Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2018

Rafizi dakwa ada bukti babit pegawai Mat Sabu, RM800,000 - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Rafizi dakwa ada bukti babit pegawai Mat Sabu, RM800,000 - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Rafizi dakwa ada bukti babit pegawai Mat Sabu, RM800,000

Bayaran pelbagai pihak bagi keluarkan nama daripada senarai muflis

BANGI, 4 Zulhijjah 1439H, Khamis – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa memiliki beberapa dokumen yang membabitkan pembantu kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau diberi beberapa dokumen yang mengesahkan bahawa status muflis pegawai terbabit diselesaikan dalam beberapa hari.

"Dokumen-dokumen ini menunjukkan bahawa 4 bayaran yang meragukan (masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800) dibuat dalam tempoh dua hari iaitu 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.

"Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil dari "crowdfunding" (atau biayaramai) yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut dari status muflis.

"Saya sukar menerima alasan ini kerana saya juga tahu seorang lagi pimpinan AMANAH iaitu Saudara Mazlan Aliman masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan Saudara Mazlan lebih dikenali dari pembantu YB Mohamad Sabu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi yang akan bertanding Timbalan Presiden PKR berdepan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, pada pemilihan akan datang berkata, kes seperti itu walaupun boleh memalukan Pakatan Harapan (PH), tetapi ia juga perlu diambil sebagai pengajaran untuk memperkukuhkan gabungan empat parti itu.

"Sementara pihak berkuasa wajar meneruskan siasatan dan yang disiasat berhak membela diri di mahkamah, kes ini mendedahkan risiko yang dihadapi oleh anggota Kerajaan Persekutuan yang baru ini.

"Walaupun parti yang memerintah telah bertukar, tetapi pihak-pihak yang sudah biasa untuk menawarkan rasuah, membayar tiket ke luar negara dan lain-lain tetap pihak yang sama kerana mereka merupakan pembekal kepada Kerajaan Persekutuan selama ini.

"Mereka juga tahu bahawa mana-mana ahli politik dan pembantu mereka, memerlukan wang untuk menguruskan parti dan membina pengaruh. Ada juga ahli politik dan pembantu mereka yang kelabu mata dengan tawaran kemewahan, sesuatu yang mereka tidak pernah merasai semasa menjadi pembangkang dahulu," katanya.

Beliau juga yakin Kerajaan Pusat akan terus memperkenalkan peraturan baharu untuk memperketatkan lagi kod etika pimpinan kerajaan dan pegawai-pegawai mereka.



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate