Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Ogos 2018

Surat CIA: Polis ambil keterangan Hasanah | ISMAWeb

Surat CIA: Polis ambil keterangan Hasanah - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Elok yang dedahkan dokumen sulit juga disiasat.

Membocorkan dokumen bukan boleh dipandang ringan.

Surat kepada CIA mungkin satu cara untuk memberi makluman agar mereka tidak campur tangan urusan dalaman negara dengan menyokong Pakatan.


Surat CIA: Polis ambil keterangan Hasanah


Keterangan pegawai penyelidik JPM di Washington akan diambil


KUALA LUMPUR, 2 Zulhijjah 1439H, Selasa – Polis Diraja Malaysia sudah mengambil keterangan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung dakwaan beliau menulis surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Pada sidang media di Ibu Pejabat PDRM hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa individu lain termasuk pegawai daripada bahagian berkenaan yang berada di Washington, Amerika Syarikat.

"Kita sudah mengambil keterangan Hasanah dan kira-kira dua atau tiga individu akan dirakam keterangan dalam tempoh terdekat."

Bulan lalu, sebuah portal berita mendedahkan surat rahsia yang dihantar oleh Bahagian Penyelidikan JPM (MEIO) kepada Pengarah CIA, Gina Haspel.

Antara kandungan surat bertarikh 4 Mei itu meminta sokongan Amerika Syarikat terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam PRU14. Susulan itu, satu laporan dibuat Hasanah di Balai Polis Travers pada 31 Julai lalu berhubung surat berkenaan.

Najib bagaimanapun menyangkal dakwaan BN berhasrat menggadaikan negara kepada kuasa asing melalui surat itu.




Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate