Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 September 2018

Isu sebat: KJ sound Papa Gomo suruh diam | Astro Awani

Isu sebat: KJ sound Papa Gomo suruh diam | Astro Awani
Kesian bila dalam UMNO ada suara sumbang mengkritik tindakan sebat pasangan Lesbian yang dijalankan di Terengganu.

Kesian bila kawan Panglima Papagomo dihina KJ seolah beliau tidak layak komen hal ini.

Kesian melihat video luahan hati Papagomo yang begitu setia penyokong kuat KJ masa bertanding dimalukan seluruh dunia maya.

Semua kerana hukuman sebat syariah dan Papagomo patut dipuji pertahan ulama dalam hal ini.

Nasib baik KJ tidak menang baru-baru ini... lebih kesian jika ada ramai masih rasa KJ relevan dalam parti... 



Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam

Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam
Khairy menerusi akaun Twitternya membalas kenyataan Wan Muhammad yang juga dibuat di Twitter berhubung isu sebat syariah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isu mengenai hukuman sebat syariah terhadap dua wanita lesbian di Terengganu pada Isnin lalu menimbulkan perdebatan pelbagai pihak.

Terkini, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah meminta Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo supaya diam dan tidak bercakap mengenai isu itu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menerusi akaun Twitternya membalas kenyataan Wan Muhammad yang juga dibuat di Twitter berhubung isu berkenaan.

BACA: 'Kenapa KJ, kenapa jadi macam ni?' - Papa Gomo "Gomo, anda patut diam sahaja. Perkara seperti ini di luar jangkauan anda untuk memahaminya," tulis Khairy di Twitternya, semalam.

Kata-kata 'pedas' Khairy itu dibalas Wan Muhammad dengan beberapa lagi kenyataan di laman Twitter dan Instagram.

Gomo you should just keep quiet. Perkara macam ni completely beyond your bandwidth to comprehend.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj)


Katanya, hukuman rotan yang dikenakan ke atas pesalah syariah ini adalah lebih kepada mendidik dan memberikan contoh kepada yang lain agar tidak melakukan pekara yang dilarang.

"Aku tak pandai bab agama sangat dan memang bukan bidang aku pun nak cakap arif bijaksana dalam isu agama ni.

"Tetapi sebagai seorang Muslim aku berpendapat hukuman rotan yang dikenakan ke atas golongan pesalah syariah bukan lah hukuman yang kejam," katanya.

Kenyataan Khairy kepada Papa Gomo.

Kenyataan Khairy kepada Papa Gomo.



Selain itu, Wan Muhammad turut membuat sesi Facebook Live bertajuk 'Kenapa, KJ?' yang berdurasi hampir sejam mempersoal tindakan Khairy yang sejak kebelakangan ini disifatkannya sebagai 'menyimpang'.

Khairy pada Isnin lalu membidas tindakan hukuman sebatan yang dikenakan terhadap dua orang wanita yang didakwa melakukan hubungan sejenis, di Terengganu itu.

BACA: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai

Katanya, banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT, dan adalah tidak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai.


Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate