Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label Liwat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liwat. Papar semua catatan

09 Januari 2012

Video - Pengerusi UMB @tunfaisal Kata Hakim Tidak Adil Bebas @anwaribrahim ???





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Terbaru @PDRMsia Dari Bumbung Mahkamah Yang Malukan @AzminAli cc @anwaribrahim @NajibRazak #901 #bebasanwar901


Jelas hanya 5 ribu yang mampu dikumpulkan dari 100,000 yang diwarwarkan Azmin.

Apa lagi nak spin ?




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

23 Oktober 2010

Video Kenangan Anwar di Persidangan Agung Umno 1998 - Adakah Kata Taat Setianya Dikotakan ?




Adakah kata kata di atas dikotakan seperti mana disampaikannya kepada perwakilan ? 


Semasa Sidang Agung Umno 1997 Anwar ada sebut beliau ditohmah  mempunyai 8 orang isteri.. 

adakah senarainya seperti berikut :. 


10 Oktober 2010

4 KEPING SALINAN TULEN AKUAN SUMPAH RAHIMI BUKTIKAN ANWAR PUCAT SAIFUL BONGKAR KEJADIAN LIWAT !!!

SUMBER : SELANGOR DAILY




MAKA SEBAB ITU MAKA KITA DAPAT LIHAT ANWAR TERDESAK SEHINGGA TERPAKSA HANTAR SAMSENG UNTUK MENGHALANG SIDANG MEDIA RAHIMI SEPERTI VIDEO MINAQ JINGGO DI BAWAH...


09 Oktober 2010

Gempar : Akuan Bersumpah Rahimi Osman Sahkan Anwar Liwat Saiful (18SX) - Kanak Kanak Bawah Umur Dilarang Baca !!!

Hingga kini DSAI masih lagi takut bersumpah nafi liwat Saiful Bukhari...

Kisah sumpah sila ke blog ini http://pemudaenggang.wordpress.com/ 



Selangor Daily telah keluarkan akuan bersumpah Rahimi Osman siri 1 dan 2 seperti di bawah. Mendedahkan cerita sebenar yang berlaku dari awal hingga akhir kes liwat Saiful.

Sila sebarkan bagi memudahkan rakyat mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

Tetapi Panglima merasa sangat kasihan kepada memanda  Perdana Menteri dan isteri yang telah difitnah dalam kes ini dan Saiful Bukhari juga turut dilabel negatif oleh juak juak Pakatan Rakyat.

Tetapi kebenaran tetap muncul juga akhirnya dengan izin Allah Taala. Maka sebarkan kebenaran ini seluas luasnya demi Agama Bangsa dan Tanah Air kita.








tambahan :


lihat Malaysian Insider telah menyiarkan gambar Azmin dan Izzah yang berpakaian sedondon.

Apa makna tu ?

Maknanya krisis Azmin dan Izzah makin kritikal sehingga Malaysian Insider terpaksa bantu dengan menyiar gambar Azmin berpakaian sedondon dengan Izzah dalam situasi gembira semalam.


Tapi kenapa Izzah berpaling macam mengejek Azmin ?


Oh yeee we and she still remember what Azmin did last dot dot !!!


07 Oktober 2010

Kandungan Laporan Polis Rahimi Osman dan Video Gangster India 'Kacau' Sidang Media - sebarkannnnn



Saya telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada bulan Jun 2008 mengenai DSAI dan Saiful. Akuan bersumpah yang telah saya tandatangan itu adalah tidak benar dan tidak dikarang oleh saya sendiri. Saya terpaksa menurunkan tandatangan kepada akuan tersebut kerana risaukan keselamatan diri saya, memandangkan pada ketika itu terdapat ratusan penyokong dan orang kanan Dato Seri Anwar berada dikeliling Quality Hotel, tempat saya diminta untuk menurunkan tandatangan. Setelah Saiful Bukhari membuat repot Polis mengenai dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, orang orang Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga peguamnya bernama Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli telah memaksa saya untuk tinggal di Quality Hotel Shah Alam untuk beberapa hari. Saya ditahan disitu bersama seorang lagi rakan. Mereka kemudiannya telah meminta saya menurunkan tandatangan kepada akuan bersumpah, yang saya tidak langsung bersetuju dengan kandungannya.



Akuan bersumpah pertama ditandatangani pada malam 28 Jun 2008, dan akuan bersumpah kedua yang telah dipinda kandungannya untuk memalit nama dan menfitnah Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bahawa mereka terlibat merancang konspirasi terhadap DS Anwar Ibrahim dalam kes liwat ini. Akuan bersumpah kedua ini ditandatangani selepas beberapa hari saya ditahan di Quality Hotel Shah Alam dihadapan satu pesuruhjaya sumpah yang saya tidak kenali di Old Town, Petaling Jaya.



Kandungan kedua dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberi sebarang salinan kepada kedua-dua akuan bersumpah tersebut. Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu lagi akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar. Saya kemukakan akaun bersumpah tersebut dengan laporan saya.



Beberapa bulan yang lalu saya telah ditelefon oleh Latheefa Koya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah yang baru kerana dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka.



Dan saya juga meminta untuk perlindungan saksi kerana saya ada kemungkinan besar saya akan menjadi saksi dalam kes liwat Dato Seri Anwar. Saya juga perlu perlindungan daripada pihak Polis kerana saya fikir selepas laporan ini dibuat, kemungkinan besar saya akan diganggu dan diancam keselamatan saya dan keluarga.



sumber: Forum kelabchedet.com
 
 
sumber bahan : http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/
 
 

untuk lebih terperinci pembabitan PKR Klang dalam kegiatan 'keganasan' di atas sila rujuk link ini http://www.anwaraidc.com/2010/10/anwar-arahkan-amk-kacau-sidang-media-rahimi.html



apa komen anda ? PKR masih lagi relevan ? tentu pilihan kita BN dari dulu kini dan selamanya....





03 Julai 2008

Najib disabitkan dengan Altantunya ; usaha terdesak Anwar ?


Sebelum baca sepenuhnya artikel berita ini; soalan ingin dikemukakan terlebih dahulu :

1. Mana isu adik Anwar ; Rosli Ibrahim yang menjadi penasihat KDEB ? dengan gaji dikhabarkan RM 30 ribu sebulan ? hingga pening dan bercelaru kepala kita kerana dinafikan Rosli dan disahkan Khalid selaku MB..

2. Mana tenggelam isu kepala surat menteri Besar dan juga laporan BPR oleh Ezam? hingga BPR kata ada kes isu tersebut !

3. Mana pergi sumpah Ezam yang mengatakan Anwar bukan muslim yang baik ?

4. Mana isu derma yang masuk akaun PKR ? hingga PAS kecewa amat sangat.

5. Mana isu kenyataan Amerika yang cepat melenting melihat ' ayam tambatan' mereka menggelepar diasak dengan isu Liwat hingga Amerika tidak mahu Anwar dibicarakan ?

6. Mana isu isu lain seperti kaitan Amerika dan Anwar seperti di blog ini ( klik sini ) ?

7. Adakah ini strategi Anwar sendiri ? yang ingin menarik perhatian ke 'sudut' yang lain agar ' sudut' liwatnya didiamkan dan dilupa orang?

8. Mana isu perundingan PAS dan UMNO hingga ' menggentarkan' Anwar yang sangat yakin akan jadi PM september depan.

9. mana isu biadap Karpal dengan Sultan dan Yang dipertuan Agong dan anak Karpal yang bongkak tidak mahu meminta maaf dengan Speaker Dewan Rakyat yang patut diusung naik kapal pulang ke India ?

10. Mana pergi isu pembesaran kuil dan gereja di Selangor?

11. Mana isu DAP biadap dengan Sultan Johor dengan membesarkan ' kepala' dengan enggan bersongkok seperti orang lain?

12. Mana pergi Majlis Peguam proksi PKR @ Pakatan Rakyat yang beria ia menolak Kontrak Sosial ?

13. Mana hilangnya pertelingkahan PAS dan PKR isu konsert sambutan 100 hari Pakatan Rakyat ?

14. Mana pergi pemimpin PAS dan DAP ketika sambutan sambutan dan terbaru majlis ceramah Anwar di Stadium Melawati berkaitan isu liwat ?


Jika anda dah faham bolehlah baca artikel oleh Malaysiakini di bawah :


Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda.

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada 2006, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media tersebut tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan “menguruskan” kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya itu.

Hantar SMS

Balasubramaniam diupah oleh Abdul Razak selama 10 hari untuk berdepan dengan Altantuya yang datang ke Malaysia dua tahun lalu untuk berurusan dengan penganalisis politik itu, seorang kenalan Najib.

Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan “beliau telah bercakap dengan ketua polis negara”.

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa “perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara”.

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya sepanjang tujuh hari siasatan terhadapnya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Laporan polis

Balasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.

Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.

Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama Musa dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut.

Ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya memalsukan bukti dalam kes ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998.

Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.

Cari Blog Ini

Translate