Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label politik (kampus). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik (kampus). Papar semua catatan

20 Ogos 2010

Email dari Kampus : BENAR atau TIDAK PRESIDEN MPP MMU 2010 / 2011 PENCURI ?


Logo MPP MMU yang baru hasil idea si PENCURI

Itu lah yang diperkatakan oleh seorang sahabat pensyarah dari MMU Melaka dalam pertemuan singkat ketika bersahur tempoh hari. Butir bicaranya sangat lancar dan padat, manakan tidak lancar, PENCURI itu pernah menjadi anak didiknya suatu ketika dulu dan apa yang mengejutkan penulis adalah PENCURI tersebut ketika melakukan perbuatan itu sudahpun Exco MPP MMU Melaka malah barang curiannya (laptop) tersebut juga milik salah seorang Exco MPP tahun yang sama dan dikatakan ’dirembat’ didalam Pejabat MPP sendiri.

BENARKAH ?

Penulis ada menghubungi seorang lagi rakan yang penulis kenali ketika zaman mahasiswa dulu, rakan ini dari MMU Cyberjaya bagi bertanyakan isu ini namun penulis agak hampa bila dia juga tidak tahu akan perkara ini. Rakan ini meminta pula penulis menceritakan cerita yg penulis tahu kepadanya dan dia memohon penulis agar ’hold’ apa juga artikel bagi isu ini. Namun hari ini penulis buat juga posting kerana penulis merasakan perkara ini harus mendapat perhatian yang serius sekiranya dakwaan ini benar2 berlaku. Maksud penulis adakah benar si Presiden baru ini pernah MENCURI hingga membawa kepada kes polis? Atau adakah isu ini dibangkitkan oleh pihak lawan beliau yg kalah pilihanraya bagi memburukkan imej beliau ?


Inikah PENCURI yang dimaksudkan ?

atau hanya fitnah ?

CERITANYA

Gavin Clement Fernando (Exco MPP Melaka 08/09) telah dipecat dari MPP MMU Melaka 08/09 oleh Mohd Hafidz Osman (Presiden MPP Melaka 08/09) kerana didapati mencuri laptop Dinesh Tiagaraja (Exco MPP Melaka 08/09). Pemecatan ini dibuat oleh Hafiz setelah Gavin didapati bersalah mencuri laptop rakan exconya sendiri dan lebih memalukan kejadian itu berlaku di pejabat MPP sendiri.

Gavin tertangkap hasil siasatan Dinesh sendiri dengan membuat pemantauan penjualan laptop 2nd hand disebuah forum IT terkemuka. Atas faktor simpati, Dinesh telah menarik balik laporan polis yang dibuat kerana tidak mahu Gavin disabitkan kesalahan yang boleh mengakibatkan Gavin dibuang dari MMU. Lantaran moral buruk yang dimiliki Gavin, dia telah dipecat oleh Hafidz Osman kerana tidak mahu nama MPP MMU Melaka 08/09 tercalar dengan perilaku buruk Gavin. Mana mungkin HEP MMU tak tahu kes besar sebegini yang melibatkan MPP. Kes ini juga dirujuk kepada Pengarah HEP dan juga pegawai2nya pada ketika itu dan HEP turut tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada Gavin dipercayai kerana wujudnya perbincangan antara HEP dan Hafidz Osman bagi menutup kes ini dari pengetahuan mahasiswa yang lain.


Gaya seorang PENCURI ?

Ini Majlis di MMU ke ?

Hebat !

AKIBATNYA

Akibat dari ’simpati’ Hafidz Osman, Dinesh Tiagaraja dan HEP MMU yang Pengarahnya juga dikatakan mantan MPP UIA, Gavin telah dibersihkan dari segala kesalahan malahan dipercayai tiada sebarang rekod disiplin yang direkodkan atas nama Gavin Clement Fernando. Pilihanraya Kampus 2010/2011 telah menyaksikan bagaimana si Pencuri ini menggunakan ’simpati’ keatasnya untuk menjadi pemimpin utama disalah sebuah IPTS terkemuka dalam negara. Sudah tentu mahasiswa MMU yang turun mengundi ’buta’ membuat pilihan tapi tak boleh nak salahkan pengundi juga kerana mereka telah ditipu oleh Pencuri ini. Selain dari si Pencuri, mahasiswa juga telah diperbodohkan dengan kelemahan HEP MMU dalam ’menutup mata’ membiarkan si Pencuri ini bermaharajalela.


Mana TANGGUNGJAWAB MEREKA ?

kalau betullah mereka sembungikan kes

PERSOALANNYA

  1. Benarkah Gavin Clement Fernando ini PENCURI atau ianya sekadar dakwaan liar memburukkan imejnya sebagai Presiden MPP MMU ?
  2. Bagaimana Si Pencuri ini boleh dibenarkan BERTANDING ?
  3. Bagaimana HEP MMU merestui Si Pencuri ini menjadi Presiden MPP ?
  4. BENARKAH HEP MMU memang tak tahu langsung akan perkara ini ?
  5. APA AGENDA HEP MMU hanya mendiamkan kes ini hingga ke hari ini ?
  6. Kenapa Hafidz, Dinesh, MPP MMU Melaka 08/09 hanya mendiamkan diri bila si Pencuri ini naik sebagai Presiden ?
  7. Professor Dr Zaharin selaku Presiden Universiti Multimedia bersekongkol sama ke ?
  8. Sahih ke cerita yang penulis terima ini ?

Sebenarnya masih banyak lagi soalan-soalan yang bersarang didalam kepala penulis, maklumlah sudah biasa sangat dengan IPTA tapi kali ini penulis berminat pula nak ambil tahu hal IPTS maklumlah IPTS ni kan selalunya kurang mendapat perhatian. Disebalik kurangnya perhatian tu kita kena ingat juga bahawa pergerakan mahasiswa IPTS lebih liberal dan sukar dikawal, jadi tidak hairanlah ramai dikalangan mahasiswa IPTS sangat pro kepada perjuangan pembangkang.

Sehingga kini rakan penulis dari MMU masih diam seribu bahasa, tapi taperlah, penulis faham, siapa yang sanggup membuka ’pekung’ sebegini lebih2 lagi rakan penulis itu pernah juga menjadi pemimpin di MMU. Cuma penulis agak terkilan sekiranya rakan penulis itu juga dia membisu seperti HEP MMU, sekenal penulis dia tidak sebegitu tapi manusia kan boleh berubah, jadi tiada apa yang nak dihairankan. Persoalan akhir penulis adalah, BENAR atau TIDAK PRESIDEN MPP MMU 2010 / 2011 PENCURI ?




Panglima : terima kasih atas kiriman ini. Jika betul pencuri menjadi presiden pelajar maka sesuatu perlu dilakukan. Harap semua pihak dapat sebarkan perkara ini...Terima kasih!

Cari Blog Ini

Translate