Memang tidak percaya apabila melihat bagaimana dekatnya Pulau Batu Putih dengan negara kita.Nampak sangat bahawa kita lebih berhak ke atas Pulau Batu Puteh yang dipanggil juga Peda Branca..
Namun, selepas berdoa dan solat hajat ( di Johor )sahaja kerana tidak sempat disebarkan aktivit tadi di dalam masjid dan surau surau ke seluruh negara, sepatutnya kita dapat Pulau Batu Putih tersebut.
Namun kita difahamkan isu surat dari Johor kepada Singapura menjadi sebab penolakan di samping tiada usaha dari pihak kita menjaga pulau tersebut selama ini berbanding negara jiran...
Adakah kerana doa kita tidak elok ? atau hati kita sudah teruk hingga tidak diterima masuk ?
Tentu Allah Maha Mengetahui di sebalik cerita dan kisah yang akan berlaku selepas ini di sana. Kita tentu tidak akan mengetahuinya sekarang ini lantaran kedangkalan ilmu kita berbanding ilmu Nya.
Rakan saya , wreckunit sempat menyelitkan gambar salinan surat yang dikatakan dari Pejabat Setiausaha Negeri Johor ...lihat surat tersebut sendiri...klik gambar untuk zoom in...
Di saat kita ditewaskan oleh keputusan Mahkamah Keadilan Dunia ( ICJ ) tentu kita pun rasa kecewa dan reda dengan keputusan tersebut.
Meskipun dua batu diberi kepada negara, kita tetap merasa kehilangan sesuatu. Lebih lebih rakyat Johor yang menjadi tuan tanah pulau tersebut...
Namun, halangan 22 tahun mendekati perairan tersebut telah terhapus akhirnya. Walaupun kita kehilangan satu pulau kerana sekeping surat yang
menenggelamkan harapan kita memenangi kes tersebut.
Namun pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, turut mahukan kita mengelakkan dari menghampiri Middle Rock yang telah 22 tahun dihalang dari menghampirinya...
Ini kerana kerajaan masih lagi di dalam proses berbincang dengan pihak Singapura berkaitan keputusan tersebut dan implikasinya dari segi undang undang maritim kepada rakyat negara kita...
Jika anda ingin melihat lebih dekat Pulau Batu Puteh tersebut, ini ada foto lengkap yang saya jumpa di blog Muststopthis
Di situ anda akan dapat melihat dua batu yang telah diperolehi negara kita bernama Middle Rock dan juga Pulau Batu Putih yang sepatutnya juga adalah hak warisan kita. Yang dikesalkan ialah sikap sesetengah pihak yang menjadikan isu kekalahan tersebut disebabkan barisan peguam yang mewakili negara sedangkan mereka adalah pasukan yang sama memenangi kes Pulau Sipadan sebelum ini.
Cuba kita tengok laporan berita tentang faedah yang kita perolehi sebenarnya selepas anda meneliti surat tentang Pulau Batu Putih oleh Setiausaha Johor kepada Singapura pada tahun 1953. Tentu ia dibuat ketika tahap teknologi pemetaan tidak secanggih zaman kita sekarang.
Apa kata peguam negara kita hasil penghakiman tersebut ?
Nelayan-nelayan di Johor terutamanya di kawasan Pengerang yang dihalang selama 22 tahun daripada mendekati perairan Middle Rocks, kini bebas menangkap ikan di kawasan tersebut berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini semalam mengekalkan kedaulatan bentuk maritim itu kepada Malaysia.
Lebih daripada itu, Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Putih semata-mata.
Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, biarpun keputusan menyerahkan kedaulatan Batu Putih yang diakui oleh ICJ dari sudut sejarah adalah milik Kesultanan Johor (Malaysia) kepada Singapura dilihat oleh banyak pihak sebagai mendukacitakan tetapi hakikatnya, kedudukan nelayan-nelayan adalah lebih bebas berbanding sebelum ini.
Malah, katanya, Malaysia kini bebas dan mempunyai kuasa untuk melakukan pelbagai kegiatan di Middle Rocks dan perairan sekitarnya termasuk menempatkan kapal tentera laut, menjalankan kajian meteorologi dan mengawal ruang udara di kawasan tersebut - kesemuanya tidak dapat dilakukan sebelum ini.
”Keadaan akan menjadi lebih berfaedah apabila kita dengan penuh yakin dapat mengekalkan kedaulatan ke atas South Ledge berikutan kedudukannya yang begitu hampir dengan Middle Rocks.
”Berdasarkan pengamatan dan kajian terhadap kedudukan South Ledge, Malaysia amat yakin kita akan memperoleh satu lagi bentuk maritim menjadikan aktiviti kita di perairan tersebut lebih luas,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, malam tadi. - Utusan
Jika anda warga bertanggungjawab tentu isu ini tidak menjadikanya isu yang menguntungkan politik anda kerana ia hanya satu keputusan berdasarkan penghakiman dari pihak tidak berkepentingan dan bebas.
Anda baca anda fikirlah betul atau tidak kata kata saya ini.....
Nak tambah, klik komen dan tulis sepuas hati.
1 ulasan:
Tak pandai nak jaga harta sendiri.Sampai kena rampas.Yang penting masyyuuukkk.....
Catat Ulasan