Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 September 2008

Komen saya di Blog Jentayu isu Zina @ Sedekah Ahli PKR

Blog Jentayu Abaka ( klik sini ) blog seorang penulis sastera dan novelis yang telah berjaya menerbitkan tulisannya sendiri dan pernah mendapat anugerah. Komen tetamu di blog beliau menarik minat saya kerana ia jelas tidak sama seperti yang digambarkan tuan blog Jentayu Abaka. Katanya artikel tersebut tersalah fakta.

Komen saya lanjutan komen tersebut berkenaan topik hangat sekarang ini iaitu isu zina disamakan dengan sedekah laporan akhbar semalam. Saya letakkan juga di sini untuk posting hari terakhir kerja hari ini di samping memperkenalkan blog yang bagi saya pedas berapi tetapi penuh fakta yang tiada sesiapa dapat nafi.

Esok sudah bercuti dan mungkin saya tidak dapat seperti selalu memenuhi posting seperti biasa. Memang membosankan hidup tanpa sambungan internet dan laptop namun hidup kena ada masa berehat juga...Namun mana tahu jika ada wireless percuma dekat kampung saya ?

Teringat iklan Man dan Ibunya yang disiarkan Petronas sempena Hari Raya ini, menginsafkan saya kerana ia menceritakan memang realiti kita termasuk saya yang sibuk hingga terbawa bawa semasa bercuti di kampung bersama ayah dan bonda. Masa dihabiskan mengadap laptop dari mengadap dan menatap lama lama wajah ayahanda dan bonda. Yang mana menjadi kurnia pahala percuma sebagaimana sabda Nabi tercinta...

Moga ramai akan insaf dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tersayang yang 4- 5 bulan ditinggalkan tanpa sebarang kunjungan.

Tulisan asal blogger Jentayu adalah seperti berikut :

Dah tahu Zina itu Dosa Besar, Dah Tahu Zina itu Haram mencium bau syurga jika taubat nasuha tidak diterima Allah SWT,


Komen saya : baca betul betul...ada perkataan JIKA di belakangnya...

Memang tiada siapa tahu taubat kita diterima tidak.maka JIKA tidak diampun maka TIDAK masuk syurga. Dan ia hak mutlak Allah.

Namun ada pengunjung mempertikaian ayat di atas...Katanya :


JENTAYU...SETAKAT ILMU YANG SAYA PELAJARI, HANYA DOSA SYIRIK SAHAJA YANG ALLAH TAK AMPUN....DOSA ZINA ALLAH AMPUN....JANGAN JADI KHAWARIJ JENTAYU....TUKAR BALIK KENYATAAN TU...

Lalu saya pun jawab sepeti di bawah dan harap anda dapat betulkan jika ia salah !!!


Perkataan HARAM masuk syurga tidak bermakna selama lamanya dia diharamkan. Mungkin diseksa terlebih dahulu.

tetapi berdosa amat besar jika kita katakan zina macam sedekah. Benda mungkar disamakan dengan amalan sunat.

takkan berzina pun nak bela juga kot ?

dah terang dia akui sendiri...nak baik sangka pun tak boleh dah...

siap 'keluar fatwa' tak bertauliah lagi. heheh

ajaran Raja ISA a.k.a Raja Pet ?

Moga jangan puter alam lah saudara...

saya akui bahawa zina diampunkan Allah jika taubat diterima Allah...

tetapi jika menghukum zina setaraf dengan sedekah adakah diampun juga ? kerana orang berhukum dengan hukum lain ( halal ditukar jadi haram atau haram difatwa halal ) dll akan menjadi samada zalim, fasiq atau kafir...

adakah kafir masuk syurga ? fikirlah...bukankah munafik masuk neraka dan bawah lagi dari kafir ?

Orang guna hukum selain Hukum ditetapkan agama Allah maka ada tiga jenis seperti dalil di bawah :

sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
(Al-Maedah :44)

sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Maedah : 45)

sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Al-Maedah : 47)


Sekian, betulkan jika salah.

25 September 2008

Akhirnya Exco Selangor Teressa Kok terpaksa mengaku dia sememangnya PENIPU

Wednesday, September 24, 2008

Selepas disiarkan kenyataannya dia kata dia tak keluarkan statement macam tu. Makanan anjing bukan dari mulutnya. Dia tukar perkataan lain dengan harapan orang akan marah kepada Utusan Malaysia yang ultra Melayu namun tidak menghina kaum Cina mahupun India yang bercakap benar...

Tetapi selepas Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Teressa di akhbar Sin Chew sama dengan laporan di Utusan, bahkan rakaman video TV3 mengesahkannya juga, Teressa terpaksa angkat bendera putih.

Dia tahu sukar lagi baginya menipu selepas satu negara sudah nampak 'tahi' yang cuba dicalitnya kepada pihak tidak berkenaan.

Namun, sikap sombong @ bongkaknya tetap dipertahankan dan nampaknya tekanan demi tekanan beliau sudah hampir 'rebah' dengan permainan liarnya sendiri di dalam mencari sesuap 'undi' bagi pilihanraya umum akan datang. Katanya: beliau sanggup disaman Utusan Malaysia. Apatah lagi sudah kena ISA tentu tidak ada lagi masalah untuknya jika di saman oleh Utusan Malaysia. Penuh bongkak !

Saya percaya tentu Cina juga tidak suka bangsa mereka yang suka menipu dan merosakkan kedamaian seperti Teressa ini. Mereka tentu gemarkan bangsa mereka yang suka berkawan dengan Melayu, yang faham dan tidak mengacau agama dan syiar Islam . Sebagaimana kita juga seperti mereka sukakan perpaduan dan tidak sesekali ingin merosakkan kepercayaan mereka amalkan serta kebebasan beragama yang mereka rasai sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang...

Baca berita KEMENANGAN bloggers mendedahkan pembohongan " Teressa Kok " ini yang disiarkan Utusan Malaysia ada di bawah ini....

Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah


Teresa Kok


KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.

“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.

Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.

Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.

Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.

Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.

23 September 2008

Cara letak lagu RAYA dalam blog : jawapan bagi permintaan dari Cheguman

Ada komen dari Cheguman ( blogger waadat ) cara masukkan lagu raya dalam blog. Saya perturunkan 'resepi' untuk tujuan tersebut. Moga dimanfaatkan :

1. Buka dashboard > layout > add a gadget > add html/java script >

2. Buka laman ini untuk pilih playlist http://www.imeem.com/tag/lagu%20raya/playlists/

3. Copy skrip dalam kotak EMBED di playlist yang anda inginkan

4. Paste dalam ruang html dan save.

5. View blog


SELAMAT MENCUBA

surat Pakatan Rakyat kepada Pak Lah - Tiada isu peralihan kuasa seperti dakwaan Anwar

Di bawah ini surat Anwar @ Pakatan Rakyat kepada Pak Lah mahu membuat pertemuan bagi membolehkan perubahan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat dibuat dengan sempurna( ikut dakwaannya ).

Di tengah orang sibuk peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najin, Anwar pula menyibuk. Dan menipu kita bahawa mereka sudah siap untuk menumbangkan BN dan surat sudah dihantar bagi membincangkannya...Sedangkan hakikatnya ialah TIPU DAN FITNAH semata mata...

Adakah semua ini kerana Anwar merasa dia lebih berhak memandangkan kedudukannya sebagai TPM 10 tahun dahulu ? Adakah 16 tahun dalam kerajaan tidak cukup lagi bagi 'pejuang Islam' satu ketika dulu ini hingga ramai masih yakin dia berjuang untuk Islam lagi hari ini ????

Moga dia akan sedar kuasa Allah lebih besar dan usaha jalan belakang tidak akan diberkati dan boleh musnah bila bila masa.

Ingat bahawa ramai orang kehilangan rumah terbakar kerana ada harta tidak halal, kemalangan hingga hancur kereta kerana duit tidak halal. Maka adakah jawatan TPM diperolehi secara tidak halal dulu - sehingga Tun Ghafar berundur kerana permainan politik Anwar - menghancurkan kuasanya sehingga dibuang begitu sahaja dari Kabinet oleh Tun Mahathir ???

Tun Ghafar ketika berundur tidak pun melatah dan diam sahaja tanpa tergila gila nak cari sokongan lagi untuk menaikkannya sebagai PM. Dia tidak kenal dan reti demonstrasi dan dia juga tidak pandai mengutuk orang atau menimbulkan huru hara seperti perbuatan Anwar sekarang ini...

Sikap pejuang sebenar seperti Allahyarham Tun Ghafar inilah yang sukar ditemui zaman ini. Yang ada hanya sikap gilakan kuasa ( baca : bukan saja Anwar tetapi ramai lagi yang sibuk berkempen cari jawatan lebih tinggi ) kerana matlamat mereka bukan saja jawatan tetapi dunia yang bakal diperolehi jika mendapat kuasa lebih besar dan jawatan lebih tinggi.

Sedangkan matlamat memperjuangkan dan mempertahan agama bangsa dan negara adalah matlamat utama perjuangan politik kita. Dan semestinya niat yang betul dan baik akan memberkati setiap langkah kita dalam mendaki tangga seterusnya...

Lihatlah sendiri surat di bawah dan fikirlah sendiri bagaimana penipuan Anwar hingga dijaja ke seluruh dunia.




22 September 2008

Blog baru GAP - Gerakan Anti PAS

Ni 'wasiat' GAP kepada Panglima Perang Cyber dan minta dismskan dlm semua blog alif ba ta...



" salam pang 5 perang...

tk ..minta tolong adervertisekan ayat aku kat blog kau boleh tak...

ayat macamni

'blog gap kena hack. sila taip penuh alamat http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com untuk layari'..

tk byk2 bro.."

20 September 2008

Mari Berkenalan dengan Bakal Ketua Pemuda Umno Malaysia !

info bakal calon Ketua Pemuda Umno Malaysia Disember nanti - Insya Allah.



SIAPA KHAIRY ?

Khairy was born in Kuwait City, Kuwait. He is the only son of former diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar and Dato' Rahmah Abdul Hamid.

Khairy had his secondary education at the United World College of South East Asia in Singapore, and his university education at Oxford University and University College London (UCL) in the United Kingdom. While at Oxford, he studied at St Hugh's College, and graduated with a Bachelor's degree in Philosophy, Politics and Economics (PPE). In 1998, he completed his Master's degree in Legal and Political Theory at UCL.

After leaving university, Khairy worked as a journalist for period. He served a presenter on the talkshow Dateline Malaysia. He also had a stint working for The Economist in 1999.

In 1999, Khairy became a Special Officer in the office of Abdullah Badawi, who was then the Deputy Prime Minister of Malaysia. He was Abdullah's Deputy Principal Private Secretary from 2003-04.

In October 2001, Khairy married Abdullah's daughter Nori Abdullah. The couple have one son, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar.


SIAPA MUKHRIZ ?

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir (born November 1964) is the third son and fifth child of former Prime Minister of Malaysia Mahathir Mohamad and Tun Dr. Siti Hasmah. He held various posts of several business firms, which include Opcom Holdings[1][2], Kosmo Tech[3] as well as the Malaysian Franchise Association.[4] He is also the executive director of Perdana Peace Global Organisation.[5]

In 2004, he won the election of the Umno Youth exco by garnering the highest number of votes[6][7] and was subsequently appointed to the post. He was also seen as a potential candidate for being the deputy chief of UMNO Youth's wing, but he later withdrew.[8] Mukhriz's older brother, Mokhzani, had also played an active role in UMNO's politics.

Mukhriz was noted for his continuous efforts in speaking for his father in the events of the rift between Prime Minister Abdullah Badawi and his father.[9][10] In 2006, Mukhriz won the election of UMNO's Kubang Pasu division, coming in fifth. Mukhriz defended his father, who had lost in the same election he took part, by saying that there is a plan to topple him.[11] Mukhriz drew flak from sections of UMNO after he commented on Prime Minister Abdullah's speech that he was a "little bit" disappointed and that it offered nothing new. [12]He later apologised for his remarks.[13]

In the 2008 Malaysian general election, Mukhriz won the Jerlun Parliament Seat (P005).[14][15]Before this, he offered himself to contest in Langkawi Parliament Seat but was rejected by 85 out of 91 UMNO branches in Langkawi[16]. However, many Langkawi leaders backed him later. The Jerlun UMNO division welcomed Mukhriz to contest in their Parliament seat and promised to give him full support in the election. [17]

Mukhriz is married to Datin Norzietah Zakaria,[18] and has three children.[19] He is currently serving as Chairman of the Board of Directors of Malaysian cancer vaccine company, Bioven. [20]

SIAPA KHAIR TOYO ?

Family

Khir was born on August 6, 1965 at Tali Air 2, Bt 4, Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, the fifth child of a total of nine siblings. His father, Joyo Erodikromo, was an immigrant from Java, Indonesia while his mother, Siti Aminah Mohd Taib, is of Malay ethnicity.[1] [2][3] Erodikromo later adopted the name Toyo bin Erodikromo upon taking up Malaysian citizenship.[4]

His wife is Datin Seri Zahrah Kechik who was born at Matang Road, Taiping, Perak. They have three children.

[edit] Education

Mohd Khir Toyo received his primary and secondary education in his hometown of Sabak Bernam. He studied in Sekolah Menengah Dato Harun Tanjung Karang in the first five years of his secondary education followed by six months in Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Next, he was enrolled in a Basic Science course in Universiti Malaya. He went on to pursue a Bachelor of Dental Surgery in Universiti Malaya's Faculty of Dentistry from 1985 to 1989.

[edit] Career

He was a dentist by profession.

He is also an active member of United Malays National Organization(UMNO), the main political party in the Barisan Nasional ruling coalition. He was also a member of UMNO's Supreme Council from 2000 to 2003 and the current Chairman of Selangor Barisan Nasional. Other positions that he holds in UMNO include the Chairman of the Selangor UMNO Communications Board and UMNO Division Head of Sungai Besar.

He was the Menteri Besar of Selangor until the 12th General Election in March 2008. The state of Selangor fell to opposition hands following its worst defeat in Malaysian history. He was succeeded by Parti Keadilan Rakyat secretary-general, Abdul Khalid Ibrahim. However, he remains the state assemblyman of Sungai Panjang constituency and might be considering reopening his dental clinic.

sumber : wikipedia

JUST INFO UTK SEMUA

19 September 2008

MALAM LAILATUL QADAR BOLEH DITEMUI - IMAM GHAZALI

MAAF KERANA ARTIKEL INI TIDAK BERSENTUH SEDIKITPUN DENGAN 'AURAT POLITIK' YANG SELALU 'DISELAK' DAN 'DISENTUH' SELAMA INI.

INI BAGI MENGHENTIKAN PERBDEBATAN KITA TENTANG ISU ISU POLITIK YANG SEMAKIN HANGAT KERANA KITA JUGA YANG 'MEMANASKANNYA'...

MARI KITA MEMBACA PANDUAN DI BAWAH UNTUK IMAN DAN AKHIRAT KITA....


Dua malam yang istimewa dalam Islam ialah malam Lailatulqadar dan malam Nisfu Syaaban. Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Diikuti malam Nisfu Syabaan. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitu takdir seperti kadar rezeki manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkan buku yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu (buku baru kata orang). Malam Lailatul Qadr juga ialah malam diturunkan Al-Quran secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya

Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu. Ramai orang tahu pahalanya 1000 bulan (84tahun)

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

Bilakah waktunya?

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :

[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;

[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;

[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;

[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;

[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?

Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?

Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innakaafuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,

“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:

  • Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
  • Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
  • Satu bendera diletakkan di Baitullah
  • Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

asal artikel dari : Blog klik sini

17 September 2008

DUA BERITA BERBEZA DARI ORANG SAMA : MURSYIDUL AM PAS

Pelik. Akhir zaman semakin pelik. Ulama dikhabarkan Nabi boleh bertukar menjadi Dajal sudah ada di kalangan kita. Yang menjadikan agama modal untuk dunia dan menyesatkan orang dengan agama.

Peliknya ramai mengikut dengan setia tiap patah kata kata mereka jenis ulama non akhirat ni. Manusia sukar membezakan benda baik dengan benda buruk. Jika benar ilmu seorang alim itu, nescaya keluarga, masyarakat dan negeri di bawah pemerintahannya ( jika berkuasa ) menjadi contoh kepada negeri lain. Bukan penuh dengan pondan atau dengan gejala tidak sihat seperti dadah dan sebagainya. Bahkan kewangan negeri dikhabarkan berada di paras teruk.

Patutnya negeri beriman dan bertakwa dilimpahkan Allah dengan rezeki yang banyak dari bumi dan dari langit. Tetapi apa jadi ? semua kita dapat lihat dan membandingkan kalam Ilahi dan sabda Nabi dengan realiti pemerintahan puak menggunakan agama untuk politik dunia ini.

Sebab itu hati hati mereka pecah dan tidak kukuh. Kerana mereka dibina atas tapak yang rapuh.

Baca sendiri berita yang berbeza dari mulut yang sama nama Nik Aziz ini @ Flip Flop



1. Bernama 22 Mac 2008 : LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.
Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.



Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan September 17 2008 yang bertajuk LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;

KOTA BHARU . - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya.
Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Utusan


Kesimpulannya : Nik Aziz masih sihat ingatannya atau sudah hilang upaya mengingat dengan baik?

Selamat Berbuka Puasa....

Selamat Nuzul Quran. Moga Quran menjadi Dustur hidup kita.

16 September 2008

Komen pedas Nik Aziz menghina kawan seperjuangan dalam Ramadhan

Satu negara sudah gempar dengan komen pedas berapi dari Nik Aziz ( Tok Guru PAS ) yang menjadi simpati kepada perjuangan Anwar Ibrahim - terhadap Mustapa Taib yang dihinanya dengan 'lidah umno' di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Surat bertarikh 11 Ramadhan bermakna hari ke 11 kita menjalani ibadat berpuasa dari makan minum dan juga menghina sesama saudara dan semua larangan Allah lebih utama. Bahkan perintah ini lebih jelas lagi bagi seorang alim di mata penyokong PAS yang memiliki ijazah dan pengalaman mengajar berpuluh puluh tahun sehingga menjadi Mursyidul Am bagi parti PAS.

Semenjak pilihanraya PRU 12 UMNO diumumkan dan semua mengetahui keputusan terburuk telah dicapai oleh Umno/ BN dan keputusan terbaik bagi Pakatan Rakyat, Umno telah digambarkan akan lemah dan karam di bawah Pak Lah. Ketika itu dengan hidung kembang kempisnya ramai termasuk pemimpin PAS juga mengatakan demikian dengan nada yang sama dan serupa.

Mereka akhirnya tidak sedar ketika bagaimana 'nikmat kemenangan ' tersebut tidak diperolehi dengan 'halal' akhirnya mengeruhkan 'rohani' PAS. Bagaimana boleh halal jika dulu dikatakan haram apabila Umno berkongsi dengan parti bukan Islam ? Apatah lagi dengan bersekongkol dengan parti kuat kecinaannya yang sering mengutuk Umno dengan sifat ultra kemelayuannya, namun kegagalan Islam diterima oleh DAP secara perbuatan dan percakapan serta iktikad jelas menjadikan PAS serba salah.

Hinggalah ia dilembutkan oleh Anwar selaku pemimpin de facto Pakatan Rakyat yang dijangka menjadi PM hari ini ( meskipun sudah ditangguhkan 2 minggu lagi atas alasan beri peluang Pak Lah berundur dengan baik ) namun ia diterima separuh 'peminat Anwar ' sahaja, bukan orang lama seperti Hj Hadi, Haron Din , Mustafa Taib , Nasaruddin Mat Isa dan lain lain.

Apabila keadaan tidak tenteram dan maruah Islam seolah olah ditekan maka PAS bermuzakarah lah dengan Pak Lah dan ditentang oleh Mursyidul Am di atas. Katanya dia tak dapat menerima perundingan dengan Umno yang dirasakannya lebih jahat dari DAP. Mungkin kerana Lim Guan Eng memuja Umar Abd Aziz dalam ucapannya ? atau kerana ada hasutan dan pendapat bernas orang kanan beliau yang saban hari ber 'mimpi laksana mat jenin' menjadi menteri dalam Kabinet Malaysia di bawah Anwar nanti ?

Semua sudah maklum golongan atau orang itu. Mereka sebenarnya bekas pengikut Anwar dan telah 'diserap' masuk ke dalam PAS. Akhirnya 'bidak' tadi telah mara dan menjadi golongan yang hampir menjadi pemimpin tertinggi di dalam PAS. Mereka digelar golongan Erdogan yang terpesona dengan janji janji manis lagi hebat Anwar ingin menjadi Kerajaan hari ini.Lebih tepat lagi kumpulan JIM yang mana dianggotai sama oleh dua anak Nik Aziz juga.

Akhir kepada episod ini ialah komen pedas Nik Aziz terhadap Mustafa Taib secara terbuka dan ia sangat dikesalkan ramai pihak termasuk Datuk Kamarudin Jaafar selaku Setiausaha Agung PAS ( bekas kawan baik Anwar ) yang meminta ia ditarik semula... Akhirnya posting artikel tersebut telah dibuang dari blog asalnya ( klik sini ) namun saya sempat mendapatkannya dari blog Jentayu ( klik sini ) dan ada juga disiar ( di sini ) .

baca dan sungguh pelik sekali kenyataan tersebut seolah olah ia sebuah skrip yang ditandatangani oleh Nik Aziz atau kata kata yang ditambah tambah oleh Anual Bakri ( penulis kenyataan ini ). Adakah sesuatu telah berlaku pada otak yang menyimpan ingatan beliau sekarang kerana terlalu tua hingga menjadi sangat nyanyuk dan sensitif atau ?

Bacalah di bawah ini kenyataan tersebut yang diambil dari blog ini

http://mudin001.com/2008/09/14/apa-khabar-mustafa-ali/




RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008.



Sekarang ini adakah PAS akan 'karam' lebih dahulu atau Umno ??? yang jelas PKR semakin kuat dan DAP semakin mantap.

Adakah PAS menjadi korban untuk Maharaja Anwar untuk masa depan PKR ?

Allah A'lam

15 September 2008

Ribut di Taiwan amaran Tuhan untuk pencatur gerakan merampas kerajaan ?


- Apa sahaja berlaku di bumi ini ada amaran dan peringatan dari Tuhan kepada manusia.

- Tindakan mengekori MP BN dengan tujuan ingin mendapatkan 'katak yang pandai melompat' tindakan tidak bermoral tetapi tidak disedari ramai dari pengundi dan rakyat kita.

- Ramai menyuarakan hasrat senang hati jika kerajaan dijatuhkan dengan alasan kerajaan sekarang terlalu teruk . Betul ke ? atau mereka yang sebenarnya ingin merasa kerusi menjadi Menteri atau Perdana Menteri? dan memberi alasan untuk ketuanan rakyat ?

- Adakah selesai masalah dengan dijatuhkan kerajaan yang sah dan telus dipilih majoriti rakyat negara kita ? selepas ia diperolehi melalui pilihanraya yang menyaksikan SPR tidak dikutuk kerana pembangkang mendapat 5 negeri terkaya di Malaysia?

- Kenapa taufan tiba tiba melanda Taiwan dan menjadikan 'pengejar berlima dari PKR ' terlekat di sana ? atau mereka kecut perut dengan ' Taufan ' ISA di Malaysia ?

- Sayangnya ada juga Melayu turut sama dalam rombongan berlima mencari 'katak di Taiwan' tersebut. Sepatutnya POLIS mengambil mereka untuk diajar undang undang dan juga sejarah dan apa sahaja yang patut bagi mencegah mereka cuba menjadi jaguh menumbangkan kerajaan lagi di masa akan datang.

Akta ISA agak agak sesuai ke ? Moga kita akan mendapat berita gembira lagi dengan lima orang yang beria ia ke Taiwan turut ditahan akta yang sama selepas 3 ditahan ISA sebelum ini...

Dulu komunis menjatuhkan kerajaan dengan senjata,

sekarang dengan kuasa melalui 'senjata' politik tidak bemoral seperti ini...


Sunday, September 14, 2008

Wakil PKR lewat pulang, bukan bimbang ISA

14-09-2008 05:38:27 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau dan empat anggota PKR tidak dapat pulang ke Malaysia hari ini seperti yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Taiwan, dan tiada kena-mengena dengan kebimbangan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tidak ada kaitan dengan ISA. Risau tu memanglah risau tapi kita pasrah...terserah kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar).

“Hari ini ada taufan di sini...sebab itu kita tidak dapat pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Katanya, semua penerbangan ke luar negara pada hari ini dibatalkan dan penerbangan mereka menerusi pesawat China Airline hanya akan berangkat pada pukul 1 tengah esok.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh turut menegaskan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA.

“Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya.

Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR.

“Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi... kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya.

sumber-Mstar.online

12 September 2008

Sahabat Sayuti Omar tulis : Pas akan hancur 16 Sept ini angkara Anwar

Isu 16 September boleh menyumbang kepada perpecahan sesama Pas

oleh : Ramly Ab Halim ( Blogger Meli Kapak Jangak )

SEANDAINYA tarikh 16 September ini yang dicanang akan berlaku pertukaran kerajaan dan jawatan Perdana Menteri akan bertukar tangan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, secara tidak langsung ianya boleh mengundangkan kepada PKR-Pas akan pecah kongsi di samping Pas pula akan berpecah dua.

Pada saya isu berkenaan juga yang semacam turut diagendakan oleh kalangan tertentu dalam Pas tanpa dapat dipastikan tujuan dan matlamat sebenarnya boleh membawa kepada kehancuran Pas, satu hakikat yang walaupun sangat pahit tetapi terpaksa juga ditelan.

Tidak mustahil Umno/BN yang diharapkan dan sering didoakan akan lebur, sebaliknya Pas yang akan hancur, Umno akan bertambah kuat dan mantap, Pas yang longlai dan menjadi umpama si buta kehilangan tongkat.

Kalau kerajaan tidak bertukar tangan dan kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, bermakna gembar gembur dan janji serta jaminan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk oleh agen-agen Pas adalah satu pembohongan yang sangat nyata.

Berbohong, menyokong dan bersekongkol dengan pembohongan adalah perbuatan terlarang dalam Islam dan tidak halal disokong, malah tidak ada cara, alasan dan kias ulamak yang boleh menghalalkannya.

Sebagai sebuah parti yang kononnya berteras, bertunjang, berlandas, berpasak dan berpaksikan Islam, pasti dikalangan ahli Pas tulen yang tulen pula Islam dan iman serta taqwanya akan dilanda rasa berdosa yang sangat kronik bila parti itu tersekongkol dengan suatu pembohongan.

Bahananya mahu tidak mahu akan berlaku konflik antara Pas sesama Pas yakni antara pimpinan dan ahli Pas yang tulen Islam, iman dan taqwanya dengan pimpinan dan ahli Pas yang tidak berapa tulen Islam, iman serta taqwanya dan tidak cukup kenal pula apa itu Pas sebenarnya.

Gara-gara bermain api dengan taktik dan teknik politik berkepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang jiwanya tidak pernah selari dengan Pas dan ini terbukti apabila dipecat dari Umno diwujudkan PKR (dulu KeADILan) yang sifatnya tidak jauh berbeza pun dengan Umno, Pas akan terpaksa membayar harga yang mahal bagi menyelamatkan parti itu dari berpecah dan tengadah sesama sendiri.
Datuk Mustafa Ali yang merupakan antara pemimpin penting Pas secara peribadi menyimpulkan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada 16 September ini. Saya yakin Mustafa bukan bersendirian dalam membuat kesimpulan itu.

Kesimpulannya itu terang-terang bercanggah dengan apa yang diharap dan diyakini oleh sebahagian lagi pimpinan Pas yang seolah-olah 16 September akan mesti berlaku pertukaran kerajaan dan Anwar pasti akan jadi Perdana Menteri yang sifatnya adalah mendahuhuli dan memaksa takdir, satu lagi sikap yang sangat tidak molek dari sudut hukum hakam.

Ertinya ekoran dari isu 16 September, Pas selaku parti pencabar utama dan merupakan parti pembangkang yang paling digeruni oleh Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain, termasuk PKR, kini ibarat sebuah kapal di tengah lautan bergelora, mempunyai lebih dari seorang nakhoda.

Dalam tempoh seminggu ini adalah masa yang cukup kritikal yang akan menentukan nasib Pas termasuk kerjasama dengan PKR dan juga PR. Kalau mimpi 16 September jadi realiti, Pas beruntung, tetapi jika sebaliknya, Pas akan rentung.

Kalau Pas lemah, apatah lagi rentung sebagai sebuah parti pembangkang, maka kekuatan Melayu dan Islam juga akan lemah. Itu adalah juga sesuatu hakikat kerana kerajaan boleh jadi hebat apabila diattack oleh pembangkang yang juga hebat.

Jika keadaan itu berlaku, jika Pas jadi lemah dan tidak bermaya selepas 16 September ini, maka mereka yang memprojek dan menagendakan isu 16 September adalah merupakan individu dan puak yang mana keturunan akan dikutuk oleh orang Melayu Islam, khususnya oleh mereka yang mana dari keturunan merekalah terasasnya Pas.

Antara keturunan yang terbabit dalam pengasasan penubuhan Pas adalah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kerana nenda dan ayahnda beliau adalah antara yang menjadi teraju dan pemacu utama dalam penubuhan Pas

09 September 2008

Ketua Perusuh : Khairy akan ambik alih PETRONAS

Hari demi hari kita didengarkan dengan berbagai berita. Antara berita yang digosipkan dan didapati salah dan palsu seperti :

1. Ketua Polis dikatakan lumpuh seperti laporan SUARA KEADILAN. Sedangkan ia salah dan tidak tepat sama sekali..

Sehingga hari ini permohonan maaf masih belum dikeluarkan setakat yang saya tahu dan KP masih lagi baik anginnya dengan tidak bercadang menyaman orang yang menfitnahnya. Baik dan bertuah polis baik seperti beliau.

Tetapi moralnya ialah rakyat telah dijangkiti sindrom ' mudah percaya ' dengan sumber tidak sahih ini dan kita percaya mereka akan jadi mangsa salah lapor hingga mengganggu ketenteraman mereka seharian.

2. Isu tuduhan Pegawai Khas TPM dikaitkan dengan majlis angkat sumpah 'coffee boy' Anwar yang dilaporkan Suara Keadilan dan juga Siasah. Ia didakwa oleh Ramlang Poringi Imam Wilayah yang menyaksikan majlis tersebut. Bahkan ada blogger menerima email bahawa Ramlang Poringi dibayar antara RM 50 -RM 150 ribu bagi tujuan berceramah tersebut...Dan ia juga gosip dunia politik yang tidak jelas benar atau tidak.

Ia satu contoh di mana berita telah dipalsukan dan malangya seorang yang bertaraf imam sanggup membuat tuduhan liar tersebut. Bahkan sanggup menaiki podium ceramah politik PKR demi 'kebenaran' yang didakwa beliau walhal dinafikan oleh pihak yang difitnah.

Sehingga saat ini saya masih belum mendengar permohonan maaf dari kedua suara pembangkang tersebut dan tentu ia satu lagi gejala 'sukar memohon maaf' yang berleluasa di kalangan pembangkang sedangkan barisan Kabinet Malaysia sangat mudah meminta maaf walaupun kesalahan belum lagi terbukti dan siasatan belum selesai. Contoh kes Datuk Ahmad dengan permohonan maaf TPM bagi meredakan keadaaan.

3. Isu SMS palsu di mana dikhabarkan bahawa beberapa MP BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Ekoran peristiwa tersebut BERNAMA membuat laporan polis dan ia sedang disiasat sekarang ini. Tindakan terdesak tersebut melambangkan usaha berterusan anti kerajaan untuk menimbulkan kekacauan dalam negara sehinggalah mereka berjaya menjadi pemerintah satu hari nanti.

Ia contoh bagaimana sudah hilang kesahihan berita dan cerita dan kita telah berada di zaman sangat gelap. Bahkan tuduhan juga sudah banyak 'gelap' dari 'terang' kerana ramai orang gilakan dunia dan seisinya.

Terkini saya baru temui kisah yang bagi saya satu lagi rekaan terkini pembangkang bagi melemahkan imej kerajaan Pak Lah.

Samada ia benar atau tidak, kebenaran sudah lama pupus seperti Dinousar zaman ini. Kita hanya menjadi mangsa yang menerima berita berita bertaraf 'mauduk' atau rekaan ini. Kebenaran sudah tidak dipedulikan lagi dan ramai sudah berani mereka reka cerita atau menyampaikan tanpa menyelidiki sumbernya terlebih dahulu sehingga fitnah berleluasa kerana ada orang yang menjadi Penambah cerita, Penyebar berita, bukannya mematikan penyebaran fitnah tersebut.

Baca lanjut kisah tersebut di Blog nama glamernya Ketua Perusuh !

Pernah diterbitkan dalam Harakah Daily tulisan blogger tersebut....

Klik sini jika anda berminat !!!!

08 September 2008

Tindakan patut dikenakan terhadap Akhbar Sin Chew kerana memainkan isu perkauman !


Kenyataan disalah lapor - PM

TASEK GELUGOR 6 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah melahirkan rasa kesal yang amat sangat ekoran kenyataannya yang menjadi kontroversi selepas sebuah akhbar tersalah lapor mengenainya walaupun bagi beliau ia satu fakta sejarah.

Menurut Perdana Menteri, Ahmad turut menyatakan beliau bukan membangkitkan isu perkauman malah memberi sokongan kepada calon bukan dari UMNO yang bertanding di kawasan itu sejak mengambil alih jawatan Ketua Bahagian.

''Saya telah minta beliau menerangkan kenyataannya itu pada mesyuarat hari ini dan ini adalah kali pertama Badan Perhubungan UMNO negeri mendengar kes berkenaan.

''Dia telah menyatakan bahawa dia bukan perkauman dan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad telah menyokong calon BN yang bertanding di kawasan itu yang bukan daripada UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di bangunan UMNO di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ketua-ketua UMNO bahagian termasuk Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.

Dua hari lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Ahmad tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Mengenai mesyuarat hari ini, Abdullah memberitahu, selain isu berkaitan Ahmad, turut disentuh ialah keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang laporan post mortem akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO Pusat untuk diteliti dan dihalusi.

''Laporan post mortem itu telah disediakan dan akan dihalusi," katanya.

Mengenai pemilihan UMNO peringkat cawangan di Pulau Pinang, beliau berkata, semuanya berjalan lancar dan tidak ada masalah yang timbul mengenainya.- Utusan Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1. Akhbar Sin Chew pernah dikenakan tindakan semasa Ops Lalang 1987 yang menyaksikan ramai tokoh politik pembangkang ditangkap masa itu..

2. Isu putar belit laporan ini hampir meruntuhkan hubungan baik UMNO dengan MCA dan GERAKAN dan meningkatkan kebencian terhadap BN khasnya UMNO.

3. Jika dibiarkan ia akan berulang. Dan terus diulang untuk memburukkan kerajaan BN.

4. Tidak patut sesiapa sahaja samada Melayu, Cina atau India memainkan isu mengeruhkan hubungan antara kaum dan menghasut.

5. Kita patut mengukuhkan perpaduan bukan menghancurkan keamanan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta atau memikirkan kesannya kepada negara dan bangsa kita..


06 September 2008

Lim Kit Siang membodohkan diri sendiri menuduh Najib manipulasi media isu ucapan Datuk Ahmad - Malaysiakini

Isu ucapan Ketua Umno Bukit Bendera masih lagi berterusan.

Pada 3 September 2008 Malaysiakini melaporkan DAP menolak permohonan maaf Najib. Kerana merasakan ia tidak mencukupi dan meminta permohonan maaf dari Datuk Ahmad sendiri.DAP memberi 5 alasan menolak permohonan Najib,,

Yang menariknya Lim Kit Siang terburu buru dalam memberi kenyataan isu manipulasi media. Beliau mengatakan Najib memanipulasi media sehingga berita permohonan maaf tersebut didakwa tidak disiarkan di beberapa media tertentu.

Ironinya Malaysiakini menafikan dakwaan Lim tersebut dan nampaknya Lim kena masuk belajar bahasa Melayu balik sebelum meneruskan tugas menjadi Ahli Parlimen untuk masa hadapan...Kerana beliau mendakwa membacanya di Pulau Pinang dan mendapati ia tidak disiarkan dalam berita bahasa Melayu sedangkan ia disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian tanpa ada sekatan sedikitpun... Malaysiakini sendiri ( organ PKR ) mengesahkan berita tersebut disiarkan sekaligus menafikan 'putar belit' LIM KIT SIANG....

Dan Lim perlu meminta maaf terlebih dahulu sebelum meminta pihak Datuk Ahmad meminta maaf kerana sikap 'kurang ajar' beliau sehingga menuduh kerajaan memanipulasi media...Atau sebelum meminta PM meminta maaf...

Dan untuk menutup 'kemaluanbeliau' satu artikel meminta badan BIRO TATA NEGARA dihapuskan dari JPM kerana didakwa mengamalkan perkauman di dalam kursus dan program mereka... Tindakan menutup malu !! selepas terkena batang hidung sendiri ..

Artikel tersebut disiarkan dalam blog beliau - klik sini -

Jelas kenyataan putar belit Lim Kit Siang ini dan anda baca sendiri berita tersebut di bawah ini atau laman asal di s.i.n.i :


Media perdana

Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan "memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya".

Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.

Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.



Keputusannya : Lim Kit Siang jelas berniat jahat dan sesuatu tindakan perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat ini kerana mencetuskan ketegangan kaum dengan menuduh TPM dengan dakwaan tidak berasas.

Perbuatan beliau tidak bermoral dan tidak layak sebagai seorang Ahli Parlimen dan kita perlu mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap Ipoh Barat ini yang sangat lantang terhadap Melayu khasnya UMNO sehingga melampaui batas dan mengganggu perpaduan antara kaum di negara kita.

Untuk itu Akta ISA dan Akta Hasutan perlu dikenakan terhadap beliau yang sudah lama 'tidak merasa' akta akta tersebut sehingga sangat lantang dan mengguris hati penduduk Melayu di Malaysia...

Sekian, mohon dicadangkan dan mohon sokongan dan juga komen dari pembaca semua.....

05 September 2008

Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad : saya tidak akan minta maaf ! - Malaysiakini

Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

ahmad ismail umno bukit benderaIni merupakan reaksi pertamanya sejak tercetusnya kontroversi itu minggu lalu, ekoran ceramahnya sewaktu pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang didakwa telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Beliau didakwa berkata orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Menurut Ahmad, beliau tidak berkata atau melakukan sebarang kesalahan, dan oleh itu, tiada sebab baginya untuk memohon maaf.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di bangunan Umno Pulau Pinang Sabtu ini berhubung isu tersebut.

Sidang akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil menafikan bahawa kenyataannya itu berbaur perkauman, Ahmad berkata, beliau berkawan dengan orang Cina dan India sejak kecil lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang bersifat perkauman.

Ahmad turut mengecam laporan media yang menuduh beliau mengelak daripada bertemu dengan wartawan dan jurugambar yang menunggunya di luar balai polis Seberang Perai Pusat di Bandar Baru Perda sejak dua hari lalu.

"Saya tidak minta mereka tunggu. Jadi mengapa mereka tuduh saya lari dari mereka?" soalnya.

Ahmad telah memberi kenyataan di balai polis negeri di Georgetown malam tadi, ekoran beberapa laporan yang telah dibuat terhadapnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara minimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Berita asal


--------------------------------------------------------------------

Jika beliau tidak mahu meminta maaf tentu ada sebab kukuh beliau berbuat demikian. Siasatan sudah dijalankan dan ada pihak akan menggunakan isu ini samada untuk keluar BN atau mengutuk BN atau menjatuhkan Pak Lah selaku PM...

Jika berani kerana benar menjadi pegangan, kita akan sokong Datuk Ahmad jika dia tidak ada buat kesalahan...

Namun jika ada tersalah cakap beliau juga kena berani mengaku salah dan meminta maaf...

Soalnya kesalahan MCA perlu dilihat juga berhubung isu isu berkaitan hak hak istimewa Melayu yang cuba disentuh. Baru adil dan saksama.

Begitu juga DAP yang menghina tulisan jawi perlu disiasat akta Hasutan juga kerana menimbulkan kebencian terhadap tulisan rasmi Islam dan memperlekehkan azan.

Siapa lebih utama dikenakan akta Hasutan sekarang ?

DAP atau Datuk Ahmad ?

02 September 2008

Ramlang Poringi bakal dibunuh ? - Malaysiakini

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas.

Sehubungan itu, peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, Ramlang mungkin memohon cuti tambahan sehingga tempoh yang sesuai kembali bertugas di masjid itu di Jalan Duta.

bimbang macam Anwar takut dibunuh ! Imam ni pun dah ada intonasi seperti Anwar juga....Takut tak bertempat. Ke takut dibuang kerja ? selepas berceramah di tiga majlis di Permatang Pauh ??

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Nizam berkata, Ramlang sepatutnya kembali bertugas semula esok.

ramlang porigi"Ramlang sedang menimbang untuk memohon cuti tambahan kerana bimbangkan keselamatan dirinya," tambahnya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, Ramlang juga ada menerima panggilan daripada "pihak atasan" berhubung dakwaan imam tersebut berkempen atas pentas calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada Ramlang berhubung perkara itu.

Sikap imam suka berceramah dan menafikan penyokong pembangkang adalah satu tindakan lidah bercabang. Jika benar ingin membersihkan nama dirinya bolehlah dipanggil media eletronik atau media massa. Kenapa pentas politik dipilih ?

Sedia beri kerjasama


Ramlang muncul di Permatang sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Pada 15 Ogos lepas, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR pada 26 Jun.

Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu.

Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Kata kebetulan dan tanpa perancangan awal ! selepas tu kata diarahkan hadir ? tak bercabang lagi ke lidah imam Linkin Park ini ???

Ahmad Nizam berkata, Ramlang bersedia memberi kerjasama dalam siasatan dalaman yang akan diadakan kelak.

Ulas kenyataan Zahid

"Kita yakin Ramlang tidak bersalah, dan beliau sedia beri kerjasama dalam siasatan tersebut," tambahnya.

Ditanya reaksinya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi mengenai siasatan dalaman tersebut, Ahmad berkata:

"Jangan bising ikut arahan kerajaan, sepatutnya ustaz ini (Ramlang) diberi penghormatan".

Sebaliknya, kata Ahmad Nizam, beliau amat menghormati Ramlang kerana beliau adalah seorang yang baik.

Ketika dihubungi hari ini, Ramlang berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan pada masa ini.

"Apa-apa, boleh berhubung dengan peguam saya," katanya.

KESIMPULAN : imam ini tidak lagi layak menjadi imam kerana dengan jelas hadir di pentas politik dalam keadaan masih berjawatan dengan kerajaan dan beliau sepatutnya DIBUANG kerana tidak memilih saluran tepat membersihkan namanya dari tuduhan yang memburukkan namanya....

- TULISAN MERAH KOMEN BLOGGER PENEMBAK TEPAT

Cari Blog Ini

Translate