Hari ini saya agak terlewat memulakan edisi pagi kerana berkejar ke sana ke mari untuk membayar sebahagian bil bil yang mampu dibayar. Yang tak mampu di KIV dulu hingga ke tarikah diberi kemampuan oleh Allah.
Bekerja sendiri memang memerlukan sedikit kekuatan untuk tabah menghadapi rintangan dugaan cabaran dalam menempuh hari hari mendatang.
Artikel tentang Nizar semalam sangat hangat dan dipenuhi dengan 'najis najis' dari manusia yang menyokong Nizar. Saya sudah duga walaupun tidak disangka ia begitu hebat dan hangat sekali, tidak seperti artikel biasa saya yang lain.
gambar : Mstar Online
Barangkali link blog saya yang dimasukkan dalam Malaysiakini.com menarik perhatian mereka datang baca dan komen di sini!
Hari ini saya terbaca propaganda menyeru dan mempengaruhi minda orang kita agar tidak lagi taksub atau taat kepada Raja. Tulisan orang kuat Anwar yang dulu puluhan tahun berada di luar negara kerana takut ditangkap selepas membuat huru hara di UM semasa zaman pelajarnya.
Orang yang barangkali sudah sebati dengan adat Barat sama naik dengan Raja Petra sehingga tidak kisah lagi ia disebarkan di kalangan bangsa kita dan barangkali beliau mungkin cuba merevolusikannya untuk menjadi adat baru Malaysia ?
Beliau ialah Blogger Tukar Tiub aka Hishamudin Rais ( klik sini ).
Saya tidak bercadang menyalin semua tulisan beliau di sini tetapi anda boleh baca beberapa petikan dari karangan bersirinya di sana :
- Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.
- Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.
- Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.
Apa yang anda dapat buat kesimpulan dari tulisan di atas ? Ya, mereka sudah diajar atau mengajar agar jangan lagi menghormati Rukun Negara kita yang ke-2 iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Tidak mustahil Raja benteng agama dan bangsa kita akan menjadi sejarah di tangan mereka ini jika kita tidak berusaha sekuat tenaga mempertahankan kedaulatan Raja Raja Melayu kita.
Memang benar Raja bukan orang maksum atau terbaik. Tetapi mereka dilantik dari satu generasi ke generasi untuk menjadi payung kepada kesejahteraan rakyat, yang menjadi rakyat Raja sejak awal sebelum merdeka. Sedangkan bangsa lain yang datang ke Malaysia digelar warganegara tetapi kita bangsa Melayu dipanggil ' Rakyat Raja'.
Justeru taat kepada Raja adalah termasuk dalam firman Allah berkenaan Ulil Amri selagi Raja tidak MENYURUH kepada kejahatan dan maksiat. Rasanya tidak ada lagi setakat ini saya ada mendengar mana mana Raja termasuk Raja Perak yang menyuruh rakyat minum arak, bunuh orang atau berjudi dengan titah baginda.
Ingat, hanya ada dua lagi negara beraja dan beragama Islam di Asia iaitu Brunei dan Malaysia...Selainnya sudah lama dikuburkan dan bertukar identiti mereka berajakan rakyat yang dipilih dengan perebutan kuasa bagi menjadi Presiden Negara Republik of _____
Apakah Rakyat jenis keturunan penderhaka ini sudah teringin dan terliur menjadi Raja hingga sanggup menderhaka dalam tulisan, ucapan dan tindakan mereka ?
16 ulasan:
Datuk Seri Shahidan Kassim dedah keburukan Sultan Johor - Malaysiakini
Tertarik dengan catatan dengan seorang bloggers bila memaparkan antara peristiwa besar yang pernah berlaku sepanjang merdeka khususnya berkaitan dengan RAJA-RAJA M E L A Y U.
Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan ahli UMNO apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 diluluskan.
(tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! dan terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja.
Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi.
Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini?
Siapa Yang Bersalah Buat Kerja 'DERHAKA' seperti ini? Entahlah....sendiri buat pentafsiran...
Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.
Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.
Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.
Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.
Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.
Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.
Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).
Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.
Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.
Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?
Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.
Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.
Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.
Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.
Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.
Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?
Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.
Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?
Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.
Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.
Renung-renungkanlah semua.
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’
Tak boleh ke kita lupakan sebentar tentang kepartian. Tak perlulah bertanding parti apa yang lebih jahat, jika sama-sama melakukan kejahatan yang sama. Apalah rasionalnya pertandingan ini jika kejahatan yang dipertandingkan, jawapannya memang dua-dua sama busuk.
Yang seeloknya, soal agama, bangsa dan kesultanan ini kita semua bersatu hati dan mencari jalan penyelesaian. Tak perlulah jadi budak2, tuduh menuduh, kau lagi jahat, aku jahat sedikit sahaja, kau dulupun buat juga, sekarang akupun nak tunjuk samseng, buat juga..itu watak budak2 tadika dan bukan watak PEMIMPIN atau orang dewasa. Mengapalah diperbodohkan diri masing-masing?. Inilah BALA sebenarnya bila POLITIK diletakkan lebih tinggi dari AGAMA dan ALLAH.
Muga ada yang memahami maksud yang ingin disampaikan.
UMNO NET
Orang umno faham sejarah ke?Yg aku tahu mereka buta sejarah.Kalau mereka ingat sejarah tentu mereka malu mengaku pura-pura taat kpd Raja sedang semua rakyat masih ingat apa yg telah mereka lakukan kpd Raja-Raja Melayu.
Kisah penderhakaan Umno bukan lama sangat utk rakyat lupakan, baru berlaku sekitar 20 tahun! Ramai yg masih mengingatinya dengan jelas, dengan jelas, dengan jelas, wahai Umno!!
Dasar penderhaka hipokrit!!!
PR - penderhaka dan pemusnah raja, perosak dan pengkhianat rakyat...
Bersatulah menentang PR ini.... telah banyak kerosakan yang mereka buat atas bumi Melayu ini, jangan berlembut hati lagi..
PAS melalui Setiausaha Agungnya, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara. Ini bermakna kuasa speaker adalah lebih besar dari kuasa Sultan.
Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.
Beliau juga mendakwa, kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang DUN tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan.
Katanya "Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan,"
Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,
"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya.
Begitulah 'bengongnya' YB PAS ini, jika S/U Agung PAS pun 'bengong', jadi anak buah dan penyokongnya lagilah 'berbengong-bengong' (istilah baru) ...
Nampaknya dalam isu ini bermakna, pandangan PAS adalah Speaker Perak lebih Mulia dari Sultan Perak walaupun Speaker membelakangkan titah Sultan Perak. Sebab itu kamarudin menyatakan "Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan"
Kerana sesiapa menghina Speaker maka telah menghina perlembagaan, tetapi bagaimana kalau Speaker dan pemimpin Pakatan Perosak Rakyat menghina Sultan, tidakkah seperti menghina perlembagaan kerana sultan pun sebahagian dari perlembagaan negara.
Mulianya Speaker dari Sultan, Sultan dan ulama' boleh dihina dan Speaker tak boleh... inilah demokrasi ala PAS..
Lebih malang lagi apabila tiada 'sekor' penyokong PAS pun mempertahankan Sultan Perak. Bahkan menghina dan memperkecilkan sultan Perak.
Patutlah penyokong PAS 'bengong' sehingga hari ini kerana dipimpin oleh mereka yang juga 'bengong'...
budaya suka menyalahkan org lain ni la jd tabiat pembangkang dan penyokongnya..suka menabur fitnah dan mengadu domba..bila diperiksa..sumber dr cakap2 org,dari ceramah2 pembangkang dibuat rujukan.rata2 yang saya jumpa kat mana2..patut la sama jer nada.suka mempersoalkan org lain tapi x mahu dipersoalkan.kutuk pemerintah,bila sendiri diberi peluang memerintah,apa pun x ada.pembangkang yang baik adalah berfungsi sbg "check n balance" pada pemerintah.tapi itu hanya retorik shj..x nampak pun dr dulu hingga skrg..menyerang usaha kerajaan dan peribadi orang ada la.skrg ni ekonomi tgh gawat,apa kata mereka bersama-sama bantu kerajaan menstabilkan ekonomi negara.bg idea2 yang bernas.barulah pembangkang dihormati dan disegani.jgn buat huru-hara dgn sebar fitnah sana-sini kpd rakyat..cukup2 la tu..
Panglima tulis pasal Hishamudin Rais, bekas aktivis pelajar di UM satu ketika dahulu, seangkatan dengan Anwar Ibrahim. Dia mengidolakan Che Guevera, seorang sosialis lebih mirip kepada Komunis. Hishamudin Rais lari lintang pukang bila polis serbu bilik asrama beliau. Dikatakan turun ikut paip najis. Dalam biliknya ditemui bendera komunis tergantung didinding dan banyak risalah-rislah sosialis dan komunis. Hilang dari Malaya utk sekian lama. Jadi hippies di negara orang. Baru sehari dua balik ke tanahair.Aspirasinya untuk Malaysia lebih kurang sama dengan Anwar Ibrahim..nak jadikan Malaysia REPUBLIK dan dia jadi Presiden. Tak heran kalau dia persendakan Raja kerana sememangnya dia tak suka institusi beraja.
Mereka kata tulisan saya macam kebudak budakan. taraf tadika tetapi diorang jawab panjang lebar juga.
Kalau tak ada apa apa maka tidak perlulah dijawab dengan bersungguh sungguh oleh pihak sebelah sana.
Yang peliknya, hingga sekarang mereka tidak jemu2 mengulang cerita tentang kisah silam yang terjadi demi mengatakan UMNO yang terlebih dahulu menderhaka kepada Sultan.
PAS ketika itu masih lagi baru meniti politik tanah air berbanding UMNO yang memegang tampuk kuasa sejak awal merdeka.
Itu kisah lampau dan cuba diulang kembali untuk kepentingan politik mereka hari ini.
Sedangkan kita masih belum lupa kisah terbaru penderhakaan Karpal Singh hingga kata Singh is King, Nizar yang masih enggan meletak jawatan, Sivakumar yang menggantung MB dilantik Sultan dan seluruh penyokong yang mengkutuk Sultan di blog blog atau berbaring di tengah jalan menghalang kenderaan Sultan.
Antara dua masa iaitu masa kini dan masa silam, yang mana satu lebih relevan untuk dijadikan bukti atau hujjah ?
Adakah kisah silam Saidina Umar itu diangkat dan dinilai Allah atau ketika dia sudah memeluk Islam hingga menjadi khalifah kedua terawal dan terhebat dalam sejarah agama kita ?
Jika dulu memang pernah ada orang berselisih faham dengan Raja dari kalangan UMNO, soalnya adakah ia masih ada hingga sekarang ?
Jika dulu Raja pernah diceritakan memukul rakyat, adakah ia berterusan hingga sekarang ? Berapa ramai sudah mati dizalimi Raja ?
Bukankah kisah terpencil itu tidak wajar diperbesarkan hingga menghilangkan hormat kita kepada Sultan ?
Selagi hati hati masih rasa diri macam malaikat maka selagi itulah tidak ada guna seribu hujjah kita hasilkan untuk menyanggah pendapat mereka.
Kerana " Allah telah menutup hati hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka "
Wallahu A'lam.
Panglima kata Hishamuddin menghina Raja.Umno juga telah 20 tahun menghina raja, itu fakta yg tak boleh disangkal sejarah.Jadi keduanya sama-sama penderhaka Raja.
Jadi siapa pengikut siapa?Hishamuddin pengikut Umno atau Umno pengikut Hishamuddin?
Jika kedua-duanya bukan pengikut pihak yg satu lagi, bermakna kedua-duanya mempunyai idealisme yg sama: anti-Raja.
anon seorang tu pula kata Hishamuddin pro-komunis.Dalam Umno pun ada komunis juga.Pemimpin Umno seperti Abdullah Ahmad (Dolah Kok Lanas),Abdullah Majid dan Samad Ismail pernah ditahan di bawah ISA kerana dituduh sebagai komunis zaman Tun Hussein Onn jadi PM dulu.Jadi kita boleh kata Hishamuddin juga komunis seperti Umno yg pemimpinnya juga komunis.Sekali lagi antara Hishamuddin dan Umno sama saja: kedua-duanya ada unsur komunis!
Panglima tak teringin kemuka borang Umno kpd Hishamuddin ke?Jika dihulur borang, tentu Hishamuddin setuju jadi ahli Umno kerana kerana idealisme kedua-duanya adalah sama: antiRaja dan pro-komunis!
Salam Pg5 dan kwn2...
Pakatan skrg boleh diibaratkan KETULAN AIS DITGH PADANG PASIR>>> kerana tdkan yg bodoh, kini gabungan dlm Pakatan boleh dianggap sebagai
Parti politik yg pergerusinya adalah MR BEAN...
semua orang ada melakukan kesilapan. tapi penderhakaan kepada raja melayu tetap perbuatan derhaka.
Jikalau mana mana sultan menitahkan aku membunuh semua penyokong PR, nescaya akan aku buat demikian.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Sila lihat kemuliaan yang UMNO buat:
Dari Rakyat untuk Rakyat.
Siapa sebenarnya yang adil dan membela rakyat kalau bukan UMNO sendiri?
UMNO ketika itu sanggup dikatakan derhaka kepada raja hanya kerana MEMBELA RAKYAT.
Imuniti itu dikurangkan kerana RAKYAT.
Tetapi Pakatan Rakyat menderhaka kerana GILA PANGKAT & GILA KUASA.
Ya betul Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim, Raja disanggah.
Sanggah dalam kamus bereti protest, bukan DERHAKA.
UMNO membela rakyat, tetapi kamu Pakatan Rakyat membela apa?Jawatan MB?Kereta Camry? Rumah MB?Kerusi EXCO?
NAsib baik aku jauh dari Perak, kalau tak aku dah ludah muka NIZAR al nyanyuki mukataktaumaluki
Orang yang menuduh UMNO yang bersalah menarik imuniti raja tidak buat homework agaknya. Kekebalan raja ditarik bagi mengelak berlakunya penganiayaan dan perbuatan jenayah pihak Istana yang secara tidak langsung boleh menyebabkan rakyat hilang kepecayaan kepada institusi beraja.
Tapi pembangkang bijak kalih dan spin dengan menyatakan umno yang bersalah menarik imuniti raja.
Lebih malang bila ramai yang kurang cerdik dan percaya cakap pembangkang bulat-bulat.
ha, bab raja ni, pembangkang mana ada modal? Tulah cerita basi yang diulang-ulang sampai berjuta kali. Itu sajalah. Lain kali, anak-cucu depa siar pulak, kisah PR yang sanggup menderhaka pada sultan negeri perak semata-mata kerana pangkat dan jawatan.
Pembangkang nak jadi check and balance kepada pemerintah? Diri sendiri pun tak boleh nak check and balance, jangan haraplah nak jadi check and balance pada pemerintah. Catch and killed tu bolehlah.
Catat Ulasan