Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mac 2009

Edisi Tertunda 2 Hari : Lokasi Panglima Terkini Selepas Hilang Dua Hari ~ Malaysiakini



Dua Hari Tanpa Internet…



 

Salam semua sahabat..

 



Saya sedang berada di pendalaman Terengganu untuk beberapa hari bercuti dan saya akan kembali esok ke Kuala Lumpur.



 

Sehari bermusafir sebelum dapat tiba di sini dan semalam satu hari mencuba dengan broadband Maxis yang tak dapat diguna dan tidak berguna walau beberap ratus kali mencuba.

 



Saya ketika ini menumpang talian internet kawan dan saya akan kembali tanpa talian jika tidak dapat kembali menumpang lagi selepas ini. Kebetulan juga peluang ini diperolehi dan moga ia dapat menebus sedikit kekosongan selepas dua hari tidak dapat ’bersiaran’ di alam maya ini.

 



Saya akan kembali selepas cuti ini selesai dan moga sahabat sahabat akan terus gigih mendedahkan perangai mereka yang bertopengkan agama dan juga kesamarataan serta retorik palsu yang merugikan...

 



Jangan biarkan mereka berleluasa dan pastikan kita yang akan membersihkan anasir anasir jahat yang ingin merosakkan perpaduan, kecemerlangan dan keutuhan negara kita yang sangat dicintai ini..

 



Selamat berjuang !!!





Link Penting untuk perhatian sahabat BPN




Alasan Berhenti  Fairus Yang Buat Mak Saya Gelak berguling guling



Penipuan Pembangkang Yang Cuba Dihalalkan



Malaysiakini dan Laporan Penuhnya Isu Perletakan Jawatan Fairus



Laporan jam 1.59 pm Perletakan Jawatan Fairus oleh Utusan



Rayuan Ali Rustam ditolak



Adakah anda bersetuju jika Muhammad Taib berundur suasana pertandingan akan lebih harmoni ? 



Mungkin ya mungkin tidak !



Saya setuju jika ada orang berkorban bagi laluan kepada orang lebih berpengalaman...


11 ulasan:

PARPUKARI berkata...

SALAM TUAN PANGLIMA, WAH LAMA BETUL RASANYA TUAN PANGLIMA TAKDE NI...TAPI TAKPE KAMI ADA KAT SINI TUAN PANGLIMA..HE HE HE

SEMAKIN PANAS FUCKATAN RIOT DI MAKAN SUMPAH WAHAI TUAN PANGLIMA..MUAHAHAHA

INILAH BALASAN DARI ALLAH UNTUK ORANG2 YANG FASIK DAN MEMPERMAINKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI...NAU'ZUBILLAH

Buaya-Merah berkata...

Fucking Riot(PR) diambang kehancuran...

Takbir..!!!

http://www.buaya-merah.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

SALAM BRO BPN
PAKATAN RAKYAT DH BERCELARU. BLOGGERS DIORANG DH TUNGGANG TEBALIK SKRG NI HUHUHU.

TP KITA TAK AKAN LEKA SEBALIKNYA KITA AKAN TERUS GEMPUR HABIS2AN!!!
INSYALLAH PANG5!!!

HousePK berkata...

Ngko semua dari pakatan pencacai UMNO dah riot. Kesian!... Macam cacing kepanasan korang.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

slogan Pakatan di Bukit Gantang

pas PUNYA SLOGAN-
3 M- menerang, mendampingi dan menawan hati...
(sebenarnya- Mencelaka, Menderhaka, Meracuni Hati)

PKR
3M
Meraba, Meronggeng, Menipu

DAP

3M
Mampus Melayu Manyak-manyak

http://pkrpasdap.blogspot.com

Pemuda IKS berkata...

BERANI BERUBAH!

Tanpa Nama berkata...

Buat panglima.....baguslah jika Fairus kena...lebih baik sprm masuk cepat-cepat dan dah letak jawatan pun..biar sprm dakwa dan cepat-cepat di sumbat masuk ke dalam...cumanya di sini bagaimana dengan kes politik wang atau rasuah di dalam umno?kenapa oarang yang melakukan rasuah( dah terbukti) satu kena tahan dari bertanding dan satu lagi kena amaran sahaja? apakah ini tidak mengelirukan rakyat terbanyak termasuk ahli umno sendiri? Dah kenapa pendakwaan tidak menyeluruh..memang sukar untuk membuktikannya....tetapi pengalaman ahli umno yang lain..musim pemilihan nie kalau nak kumpul setakat 10k,20k atau 50 ribu pun senang-senang aje...

sayanglah....kenapa tiada fokus penulisan BPN terhadap rasuah di dalam umno?Sekadar beretorik sahaja tidak cukup...Ya kita boleh berkata geng PR jangan dok sibuk hal ehwal dalaman umno...tetapi YB Ali Rustam merupakan Ketua Negeri...bukan sebarangan jawatan....sebagai penjawat awam adakah sekadar tindakan di dalam parti sudah mencukupi???

Buat pengetahuan geng BPN....sorrylah Muhammad Taib nak berundur...proksi masing-masing macam mana?Adakah Muhyiddin begitu mudah nak melepaskan peluang ini?Rasuah di dalam UMNO akan menjadi api dalam sekam membakar umno sedikit demi sedikit.....adakah keberanian di hati geng BPN untuk mendedahkan kesemua salah laku rasuah kepimpinan umno?? Mampukah.....?? sayangnya ini tidak akan terjadi bukan....parti umno akan pulih dan menjadi kuat semul jika percakapan Datuk seri Najib semalam di TV 1,dilog@1," persepsi umno sebagai parti yang angkuh dan sombong perlu diubah" kedua persepsi"salah guna kuasa juag perlu diubah"....mampukah? Apabila membaca penulisan BPN....ternyata kenyataan itulah kebenaranya..jika blogger pakatan rakyat hampeh serta useless dan idiot...tak kurang geng BPN.....penuh dengan keangkuhan..caci maki...mencarut.....mengeji......mungkin sdr Panglima lebih bersopan tetapi bagaimana dengan rakan BPN yang lain......lihat sahaja Parpu Kari,Perak Bangkit,GOMO,abg Mie TERJAH.....sayangnya penulisan begini merupakan liabiliti kepada UMNO...beban ini menyukarkan peluang untuk menang di Bukit Gantang......come on...berubahlah sebelum terlambat.....penulisan sdr semua,kebanyakkannya seolah-olah seperti remaja atau belia .....adakah benar begitu??? adakah penulisan sebegini mencerminkan seolah-olah ramai dari kalangan BPN merupakan golongan muda yang masih belajar...saya turut mengikuti blog pemimpin umno seperti Khir Toyo,Datuk Ali Rustam,YB Shabery Cik,Che det...dan ramai kepimpinan umno yang lain berbeza dari penulisan ramai kekawan sdr panglima yang penuh dengan mencarut,maki..keji...jadi apakah ini akan berterusan......Beri fokus kepada pilihan raya di BUkit Gantang...bukit Selambau dan Batang Ai.....kaji kelemahan buat perubahan...itu pun jika mampu.....tetapi beranikah kalian semua melakukanya..mampukah blogger BPN menegur pemimpin yang membuat tindakan kurang bijak...ya memang ada tegurun serta deklarasi terhadap che det.....tetapi bagaiman dengan kepimpinan sekarang?? Terdapat 900 adauan rasuah...takkanlah lekat 13-14 sahaja.....??? Hal ini merimaskan ahli umno biasa teruatam di kampung-kampung.....di Bukit Gantang ..turunlah ke sana dan lihatlah ahli umno terkedu...apabila rasuah ini dibangkitkan....macam mana kami nak letak muka kami...isu rasuah pilih memilih.....dan la pilih agen kena gantung 3 tahun....tuan kepada agen tak kena apa-apa sekadar kena tahan dari bertanding sahaja??? Bagaimana??? serta apakah kretiria yang diguna pakai...alahai malunya ahli umno.....

Cheguman berkata...

Panglima,
Semoga perwakilan UMNO akan menggunakan hati nurani mereka ketika mengundi.

PAPA GOMO berkata...

SALAM BRO...
HARAP PARA PERWAKILAN AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT PADA PEMILIHAN INI. YANG NYATA KETOKOHAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN AMAT MEMBANGGAKAN DAN CUKUP SERASI BERGANDINGAN DENGAN DATO SRI NAJIB BAGI MEMPERKASAKAN UMNO.

ALI RUSTAM TELAH DICANTAS OLEH PESAING YANG BANYAK SKANDAL. JIKA ANAK SULTAN BOLEH DI BAWA LARI, JIKA WANG BERJUTA JUGA DI BAWA LARI APAKAN PULA PERMAINAN KOTOR NYA DALAM MENGHANCURKAN ALI RUSTAM??? SAMA-SAMA KITA MENILAINYA.

SI KJ NI MACAM ADA SATU KISAH MENARIK....UMUR TAK SEBERAPA SUDAH MELEBIHI APA YANG ADA. EMMM ANWAR ZAMAN MUDA???
ANWAR DI BIAYAI OLEH YAHUDI.
KJ DI BIAYAI OLEH PIHAK MANA??

HARAP PARA PERWAKILAN AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DEMI MEMPERKASAKAN UMNO DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

KHAS BUAT TATAPAN PEMBACA http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/yang-nyata-dan-sahih-buat-para.html

Tanpa Nama berkata...

Kami nak Ali Rustam NATANG

Panglima Perang Cyber berkata...

Salam semua.

Pagi ini saya sudah selamat kembali ke rumah selepas 11 jam bermusafir pulang dari Terengganu. Pergi pun 11 jam sama dengan masa pulang walau pun berbeza waktu, semalam waktu malam dan hari Jumaat lepas waktu siang..

Ramai pelik kenapa kerap panglima keluar kawasan sehari dua ini !

Sebenarnya panglima mendapat jemputan untuk memberi panduan dan nasihat motivasi kepada pelajar pelajar di program anjuran sahabat panglima.

Beliau sering membuat program-program untuk pelajar pelajar dan panglima sering dijemput untuk menjadi tenaga penggerak program tersebut.

Jika sebelum ini berbulan bulan lalu sahabat panglima sering mengajak menghadiri program anjurannya tetapi terpaksa ditolak kerana BPN masih lagi di peringkat ibarat bayi yang perlu diberi sepenuh perhatian dan juga 'belaian'..

Namun selepas 4 bulan berlalu maka panglima merasakann sudah sampai masanya panglima memenuhi ajakan ikhlas beliau kerana BPN kita juga sudah mampu dan boleh berdiri sendiri. Tidak mengapa jika panglima keluar kawasan sekalipun..

Jika diikutkan perancangan awal memang panglima tidak akan terputus dengan sambungan internet semasa pergi memenuhi ajakan beliau, kerana broadband sudah dimiliki.

Namun masalah yang berlaku ekoran kawasan pendalaman menyukarkan panglima terus melayari internet untuk mengetahui perkembangan terkini alam siber.


Lagipun peluang mendidik generasi muda tidak wajar ditolak dan sememangnya untuk menolak ajakan sahabat baik pun tak sampai hati !

Meskipun panglima sedar tugas membanteras fitnah pembangkang dan juga hasutan mereka lebih besar juga, namun panglima merasakan perlu ada sesekali program seperti itu dihadiri oleh panglima agar peserta peserta yang terdiri dari generasi muda kita tidak akan terpedaya dengan dakyah pembangkang..

Walaupun ilmu tidak tinggi dan pengalaman tidaklah banyak, tetapi sedikit sebanyak yang dipelajari dan diamalkan boleh dikongsi dengan pelajar pelajar yang datang agar mereka dapat menjadi manusia berguna untuk agama bangsa dan negara.

Setakat ini sahabat2 bpn selalu menghantar sms perkembangan terkini dan terima kasih atas makluman tersebut.

Persidangan Agung Umno telah pun bermula dan panglima mengharapkan perwakilan akan memilih gandingan yang mantap antara Presiden dan Timbalan Presiden.

Kerana penentu kestabilan Malaysia adalah parti pemerintah dan UMNO tentu sangat penting untuk diisi oleh mereka yang sedar dan insaf konsep amanah melalui jawatan untuk digunakan ke jalan Allah tanpa ada unsur unsur mencari kekayaan duniawi atau kebanggaan diri.

Itu sahaja dan edisi petang Insya Allah akan menyusul suku ketiga hari ini.

Salam hormat dan selamat berjuang !

Cari Blog Ini

Translate