Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 November 2009

Edisi Malam : Hakim kes SPRM didakwa salah tahan ahli DAP bekas ahli PAS


Saya pelik kerana Hakim yang pernah menganggotai PAS dibenarkan menjadi Hakim kes membabitkan Pakatan Rakyat yang turut diwakili oleh PAS.

Jika beliau pernah menarik diri kes Nizar lawan Zambry isu Perak ( klik sini ) maka kenapa kali ini orang yang sama membenarkan dirinya mendengar isu membabitkan SPRM dan ahli parti DAP sedangkan beliau tidak dapat dilihat berlaku adil ekoran pernah menjadi ahli parti PAS.

Lihat berita :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM. ?

Saya rasa tidak ada lagi orang menyentuh isu ini..

Bukan nak pertikai kredibilit Hakim tetapi nak penjelasan kenapa situasi kali ini berlaku dan tiada siapa yang sedar tersebut.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Anda fikir ?


Maaf hari ini saya sangat sibuk dan malam ini mata pun dah sangat mengantuk...

Jumpa lagi.


6 ulasan:

C L J berkata...

Hamba dok tanya merata dah. Panglima dah memberi jawapannya. TK. Dah terjawab dah. Fahamlah sudah.

assaad berkata...

Salam.

Hakim ini, memang berlaku tidak adil. Mana boleh memberi hujah perkataan sehari-hari sama dengan menggunakan perkataan Inggeris. Sepatutnya ayat ini harus di terjemah bahasa malaysia ke bahasa Malaysia juga. Kalau di terjemah ke bahasa inggeris, kemudian Inggeris di Melayukan balik, akan jadi bercelaru dan haru-biru.

Cuba lihat peribahasa-peribahasa kita.

1) Makan Suap
2) Tangkai Jering
3) Buruk Siku
4) Bapak Ayam
5) Tangan Panjang

Kalau di Inggeriskan bagaimana. Sudah tentu maknanya akan berlainan. Mungkin Hakim ini bersekolah Inggeris. Jadi dia tidak faham bahasa Malaysia. Jangan buka kamus Inggeris Melayu. Salah pengambilannya.

Bukalah Minda, Tuan hakim. Banyak masalah akan bercelaru. Apa rasuah hanya berlaku waktu pejabat sahaja ke.

Hakim , macam inilah yang akan menjahanamkan Malaysia. Terlalu cetek membuat tafsiran. Ini akan membuatkan Tuan-tuan peguam akan membuat tafsiran yang melulu juga.

Rasuah, adalah gejala-gejala besar yang menghambat Malaysia. Serpatutnya Tuan Hakim lebih berhati-hati. Baca yang tersirat dan juga yang tersurat. Jangan-jangan Tuan Hakim ada udang di sebalik batu tak?

Bercakap yang benar dan Hak. Walaupun itu pahit!!...

Salam


Saat Jais
http://saatjais.formor.com
http://saatjais.wordpress.com
www.treat-cure.com

YANG GAMBI berkata...

Salam Panglima, inilah kalau Hakim menceburi bidang politik....... cuba kalau itu menjadi oarang kuat UMNO, apa agaknya akan diperkatakan pembangkan ini...... habis satu dunia mereka sebarkan....

Tanpa Nama berkata...

hakim apa macam ni, SPRM institusi bebas untuk membuat siasatan seberapa lama yang perlu.. kalau ikut cara hakim yang dah berat sebelah perimbangannya, maknanya semua kes2 dahulu yang pulohan ribu sebelum penubuhan SPRM pun boleh dipertikaikan.. Bangan punya hakim... suruh dia pakai topi pembangkang diatas kepalanya senang, untuk batalkan semua kes2 yang dihakiminya saperti kes2 polis dan kes2 SPRM yang lain. ini tidak lain tindakan sabotage individu berkepentingan dan berselindung dibawah payung kehakiman. Dari hakimi miskin

hilbert berkata...

Salam Panglima,

sayapun rasa sangat pelik dengan keputusan itu, jadi Hakim itu juga harus disiasat samada ada dia telah menyalahgunakan kuasa beliau atau tidak.

apa maknanya lagi Suruhanjaya ditubuhkan jika terus ada lagi pihak lain yang menekan seperti Mahkamah ?

OK..bro.. saya nak menulis diblog saya mengenai perkara ini..sebab saya rasa ada sesuatu yang tidak kena berhubung dengan keputusan itu.
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam..apabila sebut hakim,dia mesti seorang yg arif lagi bijaksana..kita mesti positif dgn keputusan hakim itu..mungkin dia faham beban tugas yang ditanggung oleh pegawai SPRM yang terpaksa bertugas hingga lewat malam atau pagi untuk menyelesaikan sesuatu siasatan..

Jadi dengan keputusan itu beban tugas pegawai SPRM akan jadi lebih rilek dan santai, tidak perlu lagi bersengkang mata dan tidur di surau pejabat..hanya menyiksa diri sendiri sahaja seperti dalam kes TBH..pegawai SPRM boleh ambil jalan mudah iaitu tangkap dulu mana-mana orang yang disyaki dan simpan dalam lokap polis selama mana yang dibenarkan oleh undang2 dan barulah jalankan proses soal siasat ikut masa pejabat..selagi soal siasat tidak habis bila cukup jam 5.00 ptg, hantar dia balik masuk lokap..sambung esok pula..

..walau bagaimana pun mengikut apa yang diberitahu oleh seorang kawan saya, biasanya seseorang saksi atau yang kena tangkap akan merayu supaya urusan soalsiasat dihabiskan pada hari itu juga walau pun hingga tengah malam kerana kalau bolih mereka tidak mahu rugikan masa untuk datang lagi atau terpaksa bermalam dalam lokap polis..tapi mungkin Mr Tan rasa seronok kalau dapat bermalam dalam lokap polis kerana bukan semua orang berpeluang tidor dalam lokap polis..

Polis Pencen

Cari Blog Ini

Translate