Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 November 2009

Edisi Khas :Isu Tauliah dan Khalid Samad gagal kerana kes Jenayah - Malaysiakini

Siapa Khalid Samad ? .. Jika belum kenal elok dibaca sedikit penerangan tentang beliau. Beliau adalah Ahli Parlimen Shah Alam atas tiket PAS

1. Beliau adalah geng Erdogan ( pro Anwar )
2. Pernah berceramah di Gereja Shah Alam
3. Menyokong kalimah Allah diberikan kepada penganut Kristian ( macam Dr Asri )
4. Menyokong pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam
5. Mencadangkan kawasan kubur umat Islam dijual kepada Cina.

Penerangan di atas berdasarkan sumber di sini

Sebelum itu berita Malaysiakini ( diragui kesahihannya ) menyebut bahawa pegawai khas beliau sedang mengerakkan usaha mengumpul tandatangan membantah tauliah dihalang diberi kepada YB Khalid Samad.

Sedangkan beliau dilarang memberi ceramah kerana disebabkan tapisan keselamatan yang mendapati namanya ada kes jenayah.

Yang memalukan ialah kempen mengumpul tandatangan dibuat oleh pegawai khas beliau seperti laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/117695 di sini..

Alim sangatkah Khalid Samad sehingga beria-ia menuntut tauliah diberi kepadanya? adakah untuk mendapat lesen berceramah dalam masjid dan surau untuk politik PAS ?

Ingat lagi ketika Khalid Samad membuat rekod tersendiri dengan menjadi juara Ahli Parlimen Pertama Muslim yang berceramah di Gereja Divine Mercy Roman Katolik pada Mac 2008 di Shah Alam.

Anda berminat melihat ucapannya ? Jom kita saksikan



Barangkali itukah yang menyebabkan beliau dihalang dari mendapat tauliah ?

Cadangan saya apa kata Khalid Samad teruskan usaha berceramah di gereja-geraja menerangkan Islam ?

Tentu tidak perlu tauliah kerana beliau tidak mengajar di Surau / masjid...

Dalam video di atas, bab yang paling menarik sekali Khalid Samad turut menyentuh hal politik dan mengatakan BN korup di gereja tersebut. Jika begitu, tentu sekali Khalid Samad tidak akan segan silu mengutuk dan menggunakan politik dalam berceramah dan mengajar di surau dan masjid orang Islam. Kerana di gereja tempat ibadat Kristian pun digunakannya untuk tujuan politik. Siapa berani kata Khalid Samad tidak akan mempolitiikan masjid / surau di Selangor ?

Ingat lagi titah Sultan Selangor selepas PRU 12 yang lalu yang antara lainnya berbunyi :

*Orang Islam diminta menghentikan percakapan berunsur cacian, memfitnah, menyakiti hati dan menghina Islam ketika di dalam masjid.

*Masyarakat Islam khususnya orang Melayu perlu sentiasa mengeratkan perpaduan dan persefahaman.

*Jangan jadikan masjid sebagai hotel, rumah tumpangan atau tempat penginapan.

*Penceramah di masjid perlu mempunyai tauliah.

lihat sumber di sini

Tahniah kerana saya tahu Khalid Samad adalah murid yang setia kepada sifunya bab Islam Liberal tajaan Anwar Ibrahim. Hingga Anwar Ibrahim sendiri mendapat sokongan gereja Sabah atas perjuangan mereka mempertahanakn kalimah suci Allah dibenarkan kepada Kristian.

Lihat surat di bawah :






jadi nak beri ke tak tauliah kepada Khalid Samad ni ? Fikir fikirkanlah !!!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Panglima, kalau macam itu semua yang menjadi wakil rakyat PAS boleh diberi tauliah..... PAS mengikhtiraf mereka ini ustad tak kira tahu atau tak tahu langsung dalam bab agama...... Ulama yang ada dalam PAs hanya diberi tauliah oleh PAS untuk berceramah politik berwajahkan Islam, tetapi hati mereka tidak sebenar-benar mengikut landasan Islam...

Semau ulama atau ustad yang berpolitik tak payah diberi tauliah untuk memberi ceramah agama dalam Masjid atau Surau..... melainkan pegawai-pegawai agama sahaja.....

lagenda berkata...

Salam Ziarah......

Siapa dia ni nak tauliah .Kira sapa yang menjadi wakil rakyat PAS semua tok guru ka ada latar belakang agama .Setuju dengan pandangan Yang Gambi ,jika ustaz atau mufti sekalipun yang pro mereka akan sokong 100% tetapi jika menentang mereka macam-macam caci maki yang akan dapat........

Datuk Panglima Jika tak keberatan linkkan blog saya ke blog datuk k terima kasih......

http://lagendabaling.blogspot.com/

Cari Blog Ini

Translate