Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 November 2009

Edisi Pagi : Gambar Pertemuan Mesra Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim di Parlimen

Blogger Angin Perubahan menyiarkan gambar pertemuan tersebut serta menulis komen tentangnya dan saya menyalin kembali gambarnya di sini .

Pertemuan semalam adalah menarik kerana Anwar secara terbuka membiarkan gambar pertemuannya dirakamkan. Sedangkan beliau sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya ada berjumpa Perdana Menteri. Berita klik sini


Jangan lupa semalam juga pendedahan isu Azmin Ali telah dibuat oleh Anuar Shaari yang telah berkhidmat sebagai bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Lihat laporan lengkap oleh AgendaDaily di sini http://www.agendadaily.com


Apa pandangan anda ?

Adakah :

1. Anwar ingin menunjukkan dia boleh jadi bergabung kembali dengan Dato Seri Najib samada dalam UMNO atau BN?

2. Anwar ingin memberitahu PAS dan DAP bahawa dia sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Seri Najib.

3. Anwar mahu Hakim kes liwatnya mempercepatkan kes atau melambatkan lagi ?

4. Anwar rela mempertaruhkan maruahnya demi menyelamatkan Azmin Ali yang sedang diasak teruk isu rasuah. Meskipun terpaksa bertemu dengan orang yang difitnahnya berhubung kematian Altantunya, pembelian kapal Scorpene dan lain-lain !


Cuma antara kesemua andaian tersebut saya hanya nampak satu sahaja iaitu Datuk Seri Najib begitu terbuka walaupun sedar Anwar adalah individu yang mengaitkannya dengan kes Altantunya hingga tidak sedikit yang menggelar Datuk Seri Najib dan isteri dengan perkataan tersebut.

Jika saya berada di tempat Perdana Menteri yang terpaksa bersumpah dua kali menafikan tuduhan tersebut di dua masjid maka tentu sekali saya tidak akan mahu bertemu Anwar walau di mana tempat sekalipun.

Patutlah Allah Taala memilih Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri kerana keluhuran peribadi yang begitu mulia.

Kepada sesiapa yang ingin kebaikan maka sokonglah manusia berhati mulia seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.


5 ulasan:

SUkimpat berkata...

Muka tak tau malu memang macam itu ler...Orang kata muka selamba beruk.Kalau jauh dikata-kata, dan kalau dekat senyum. Memang terer lah si Anwar ni berlakon.Kalah P.Ramlee.

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

kita matang dalam menilai..
hentikan semua prasangka sehingga sistem keadilan menentukan pesalah. apa yang paling penting sekarang adalah untuk memperkasa ekonomi, politik dan sosial MELAYU...

semua negara berpolitik.. tapi kita 24 jam berpolitik...

Musafir Kelana berkata...

bila bersama pun marah&kritik!, bila berbalah dan bergaduh pun kritik!...apa yang yang kita cari sebenarnya???
permusuhan atau kasih sayang?
Berjuang utk nafsu ke atau berjuang untuk agama?
Pening-pening dengan mereka yang menjadikan agenda politik no 1 dlm perjuangan hidup.....

catatanhamba.blogspot.com

Panglima Perang Cyber berkata...

SUkimpat : mungkin kerana ada hajat besar kot kerana azmin kesayangannya telah dimalukan berhubung isu saham berjuta ringgit.

H.R : kita kena sensitif bab politik kerana leka tak menjaga kuasa politik boleh meruntuhkan agama dan negara kita.

alfakir : siapa yang membuat permusuhan ?

siapa yang menghulur perdamaian?

Musafir Kelana berkata...

mereka ialah..................
yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan dan menjadikan mereka MUSUH MEREKA yang menghalang untuk menjadikan hawa nafsu MEREKA sbg Tuhan.....

DI SANA "ADA KEJUMUDAN,ADA KETAKSUBAN,ADA KETAMAKAN DAN ADA RASA HENDAKKAN KEHEBATAN"

catatanhamba.blogspot.com

Cari Blog Ini

Translate