Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label mukhriz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mukhriz. Papar semua catatan

20 Disember 2009

Edisi BPN : Pengumuman Genjatan Senjata oleh Blogger Pro KJ - Syabas Bro Jinggo !


khairy jamaluddin and mukhriz mahathir putrajaya

Alhamdulillah usaha BPN untuk mengukuhkan saf perjuangan para blogger semakin mendapat sokongan bloggers yang ada di alam siber. Kesudian 'otai' puak KJ iaitu Saudara Bro Jinggo yang menggesa agar bloggers Pro KJ membuat genjatan senjata ( klik sini ) dan kembali menentang Pakatan Pembangkang, sangat mengharukan saya.

Jika rintangan kecil ini berjaya kita hadapi maka fokus utama kita pasti akan lebih mantap dengan kesatuan hati-hati para sahabat bloggers sekelian. Tidak kira di mana sahaja kita berada tentu segala tohmahan dan fitnah jahat kepada pemimpin berjiwa rakyat yang bertungkus lumur mentadbir negara kita akan dapat dijawab dengan mudah dengan izin Allah. Kerana kita berada dalam satu 'pasukan' dengan 'satu semangat' yang menuju 'satu matlamat'....

Jika tidak, maka kita akan membuang masa memerah otak untuk melawan sesama sendiri sahaja. Kita akan kalah sebelum berjuang masuk ke gelanggang. Inilah yang dinanti oleh kumpulan bloggers yang melawan kita selama ini. Mereka menunggu waktu perpecahan berlaku dan kita tidak boleh biarkan perpecahan yang mereka tunggu menjadi kenyataan hingga meruntuhkan kota pertahanan siber negara yang kita sama sama bina selama ini.

Umum sudah tahu bahawa Pakatan Pembangkang sudah mengakui kesan serangan bloggers yang gigih membela negara dan mereka sudah sedar tinggi dan rendahnya langit siber ini. Meskipun pada awalnya kita ketinggalan 10 tahun dari mereka dan kita juga kekurangan masa dan tenaga namun usaha dan niat yang baik serta pengorbanan tidak berbelah bagi oleh kita semua telah menghasilkan kejayaan yang agak boleh dibanggakan ini.

Ia adalah kejayaan kita bersama dan ia bukan kejayaan mana mana pihak kecuali kejayaan rakyat Malaysia yang bergelar Blogger Pembela Negara secara zahir atau batinnya. Demi negara kita rela berkorban apa sahaja. Demi bangsa kita rela gadaikan harta benda. Demi agama kita rela tewaskan siapa sahaja yang kurang ajar dan biadap terhadap Tuhan dan Rasul kita.

Terima kasih kepada Saudara Bro Jinggo atas pengumuman genjatan senjata ini dan saya mohon maaf terlewat memproses komen saudara ekoran sedikit kekangan masa dan broadband yang tersekat beberapa minggu ini.

Di bawah saya perturunkan kembali genjatan senjata pejuang siber yang disimpan dalam kotak komen blog saya. Semoga kita akan lebih berjaya untuk misi alam siber.

Takbirrrr !! Allahu Akbar !!!!


Bloggers Pro Kerajaan di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kukuh dan terus memerintah negara. Kesemua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.

Kepada perjuang-perjuang PRO KJ saya menyeru agar sahabat sahabat sekalian membuat genjatan senjata dan kembali ke perjuangan asas! Menentang Pakatan Pembangkang! Kita sudah kesuntukan masa untuk menghadapi Pilihanraya yang akan datang. Sebaiknya gunakanlah senjata terbaik dan kepakaran yang sedia ada untuk menjahanamkan Pakatan Pembangkang dialam cyber ini!!!

Para sahabat sekailian sudah tiba masanya kita menumpukan kepada peperangan yang sebenarnya dialam cyber ini, iaitu menghancurkakan Pakatan Pembangkang! Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara seterusnya menyatupadukan masyarakat.

Dengan ini saya menyokong penuh atas RESOLUSI yang dikeluarkan oleh BPN dan atas tanggungjawab sebagai pembela AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!

Usaha menjayakan penyatuan bloggers dan masyarakat perlu diutamakan dan bukannya berbalah, berpecah dan bertelingkah disebabkan perkara yang tidak membolehkan parti itu bersatu.

Justeru ini dengan rendah diri saya menyeru kepada semua bloggers Pro KJ atau mana-mana pihak sekali pun ayuh kita rapatkan barisan!!!

GEMPUR ! GEMPUR ! GEMPUR!!!!!!!


p/s : saya menunggu komen bloggers yang mendakwa pro Mukhriz ( saya pun ragui benarkah Dato Mukhriz kenal mereka ) jika mereka sudi menurut langkah Pro KJ di dalam membuat genjatan senjata.... semoga kita akan dapat berkorban perasaan ammarah dan dendam demi nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara.

Terima kasih semua !!!

Cari Blog Ini

Translate