Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Februari 2010

Edisi Diraja : Sultan Azlan dihina di alam siber !

Salam sahabat semua.

Saya tidak tahu adakah sudah ada laporan polis dibuat terhadap komen di bawah ini


walau bagaimanapun saya percaya ini adalah satu lagi bentuk penghinaan terhadap Sultan sebagai tonggak melayu dan islam di Malaysia.

Gerakan tersusun untuk menghakis kepercayaan dan penghormatan rakyat kepada Raja dan Sultan sudah dan akan terus dibuat oleh pihak tertentu.

Mereka sudah tidak berupaya lagi untuk memecahkan tembok yang kukuh ini, yang telah menjaga dengan baik sekali hak hak Melayu dan Islam dalam perlembagaan.

Pesanan saya kepada blogger : sila menulis dan memaparkan gambar yang tidak akan menjadi isu kepada diri, keluarga, parti atau negara yang anda sayangi.

Sekali ia menjadi isu maka peluang berundur tidak akan diperolehi sama sekali. Contoh terbaik pegawai Khas Perdana Menteri.

Beliau saya percaya tidak akan bercakap bab perkauman tetapi dia telah menjadi mangsa kaum yang kuat perkaumannya sehingga beliau yang hanya seorang tua yang ditugaskan menjaga Perdana Menteri dan sangat berjasa, telah terkorban kerana mainan media dan politik puak perkauman ini.

Juga saya pesan kuatkan diri anda dengan bacaan pendinding kerana peperangan sekarang ini juga telah melibatkan 'serangan jarak jauh' yang dibantu oleh tentera syaitan dan jin jahat serta ifrit.

Kemenangan tentera Islam seperti kita akan terhasil apabila kita kuat berpegang kepada suruhan Allah dan membanyakkan amalan sunat.

Ingat bagaimana nabi sendiri telah diserang jarak jauh kerana baginda membawa kebenaran dan dibenci oleh ahli kebatilan.

" Ingatilah Allah ketika senang Dia akan ingat kita ketika susah dan kesempitan."


Ingat, solat tiang agama !!!






7 ulasan:

Cheguman berkata...

terdedah sudah bahawa PAS pun menolak sistem beraja.

C L J berkata...

Dah ramai ke yang buat report polis. Hamba sedang terkurung dalam kawasan jauh nih. Kalau tak hamba pun dah ikut buat report juga.

Tanpa Nama berkata...

dalam senario politik sekarang ini, PERKASA harus memainkan peranan menjaga kedaulatan Sultan dan ketuanan Melayu kerana ia sebuah badan NGO yang bebas. Kita tidak boleh mengharapkan UMNO melakukan lagi kerana perjuangan UMNO bukan seperti mana ia mula ditubuhkan dulu.UMNO sekarang ketandusan pemimpin yang lantang bersuara seperti Tun Mahathir dahulu untuk mempertahankan maruah dan institusi raja melayu. Sikap kerajaan yang terlalu berkompromi membuatkan ramai yang berani mencabar kedudukan raja raja melayu. Apa yang diharapkan segala tindakan yang diambil oleh PERKASA perlu mengikut peraturan dan undang-undang negara. Saman boleh dibuat kepada siapa saja yang mengeluarkan kenyataan yang menghina raja-raja Melayu atau dilaporkan kepada polis di bawah akta hasutan kerana menghasut membenci institusi raja melayu. Dengan ini UMNO lebih selamat dari menjadi bahan isu politik pihak pembangkang. Jika tidak mereka akan menghasut rakyat dengan pelbagai fitnah dan tomahan dan memutarbelitkan fakta sebenar. Biarlah UMNO menumpukan pembangunan untuk rakyat dengan memenangi hati mereka semula.

Muneera Fakhro berkata...

yarabbi, digelarnya sultan itu sebagai an.....

kalau kata dia paria, marah pulak. ini kasta bawahan punya worang ni, tak taat raja. Patut la kat negara dia, puak2 dia jadi hamba. hahahahaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

rock steady la macha!!

Man Belon berkata...

Kenapa tidak dicari punca mengapa perkara sebegini berlaku? Kenapa penulis facebook itu sanggup menulis sebegitu? Kenapa dia marah sangat dengan Sultan Azlan?

Tentu ada sebabnya.. Mungkin pinangannya mengahwini anak Sultan Azlan ditolak kot?

tin kosong berkata...

saya nak tanya?
apa tugas sultan/raja sekarang ni..sehingga dia lebih mulia daripada semua orang?

Cari Blog Ini

Translate