Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Februari 2010

Edisi Hangat : Nik Aziz akui sudah 20 tahun tak buat Majlis Perarakan Maulid Nabi


1. Sudah 20 tahun rupanya Nik Aziz tidak merayakan Maulid Nabi dengan perarakan Maulid seperti berita di sini http://www.themalaysianinsider.com/ Beliau terlebih dahulu 'membuka jalan' kepada Lim Guan Eng untuk menyekat sambutan maulid.

Tak sangka...Di mulut kata perjuang Islam bawa ajaran Nabi, tetapi hati tidak kasih kepada Nabi hingga sanggup kata Nabi juga amalkan kroni.

Memang betul betul taraf 'cerdik terlebih diajar'

Nik Aziz membiarkan dirinya diagungkan oleh ahli PAS menerusi billboard kiri kanan jalan tetapi tidak membesarkan majlis Maulid untuk agungkan Rasulullah...

Ulama jenis apakah ini ?




2. Kelantan enggan membuat majlis sambutan Maulid Nabi sejak mengambil alih Kelantan tetapi membuat perarakan Hari Kebangsaan serta Sambutan Keputeraan Sultan.. Ini jelas menunjukkan 'kecelaruan mental' tahap serius Nik Aziz selaku MB berhubung hal ini.

Lihat video di bawah :



3. Berita terkini ''Kumpulan Bantah Nik Aziz Hina Maulid Nabi' telah pun mencecah 566 orang petang ini ( jam 5 pm ) dan semoga ia semakin meningkat lagi dengan berkat sokongan umat Islam yang tidak rela ahli politik seperti Nik Aziz menjadi acara Maulid sebagai bahan politiknya dalam usaha menyebarkan fahaman ala wahabi.....

Lagi link menarik tentang hal maulid di bawah :

- Faisal Tehrani sanggah kenyataan Nik Aziz klik sini

- Pendapat Ulama Pattani berkenaan Maulid di sini

- Pendapat Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah bidas Nik Aziz di sini

- Pendapat Dr Yusuf Qaradawi berkenaan maulid sini


Dari Kiri: TG Hj Abdullah Sa'amah, TG Syeikhuna Baba Abdul Aziz (Ketua Persatuan Ulama Fathoni),
Habib Umar al-Hafiz Bin Salim (Mudir Darul Mustafa Hadramaut).




Itu sahaja dulu, kembali bersua esok.


Selamat merayakan maulid Nabi dengan membanyakkan berselawat ke atas baginda s.a.w.



28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum. Saya nak tanya sikit. Kalau kerajaan apa pun yg merayakan maulid, tetapi melaksanakan apa yg Nabi suruh, berbanding dgn kerajaan yg tak sambut besar-besaran, tetapi laksanakan apa yg Rosulullah suruh, mana yg lebih baik?

Tanpa Nama berkata...

Ma'af, yg tadi tu salah taip x betul...Saya nak tanya sikit. Kalau kerajaan apa pun yg merayakan maulid, tetapi TAK melaksanakan apa yg Nabi suruh, berbanding dgn kerajaan yg tak sambut besar-besaran, tetapi laksanakan apa yg Rosulullah suruh, mana yg lebih baik?

MC_Shaharul berkata...

ko nk rayakn maulid nabi berarakla sampai 1 kg pn..1 malaysia pn klo ko berarak tp hukum yg nabi suruh jlnkn x laksanakn ape guna??nk tunjuk rasa cinta kt nabi berarak smpai bercampur laki ngn pmpn..kdg2 kesianla ngn korg nie bnda yg nabi x galakkn buat punye la berdegar2 pertahankn tp bila benda yg Allah n Nabi suruh buat haram x bersuara..

nk tnya skit perlis,pahang buat ker yer perarakan maulid nabi??eh nk habaq mai nie jgn lupe ye join sambutan maulidur rasul kt penang nnti,aritue hangpa punya la nk sgt perarakan maulid nabi kt penang..siap berdemo lg idup melayu!!!jgn lupa mai na..bwk anak bini,tok wan,nenek opah atuk sume yer...n jgn lupe tutup aurat leklok tau...jgn bg bini ker anak2 ker pkai tudung nmpk rmbut terjojol kluaq na..

bkn apa malu la kot org bkn Islam tgkk..nnti depa kata ajaran agama sndiri pn x ikut..kuikuikui...

mudz berkata...

PPC

Blog ni asyik cite pasal TGNA aje...dapat tajuk TGNA ke ...tajuk DSAI untuk blogger lain....berbagaikan tajuk baru syiok singgah kat sini...

Panglima Perang Cyber berkata...

ramai panas tengok tajuk tgna di sini..

jgn risau tak ada apa apa kesanlah saya tulis tajuk tgna di sini.

dah jelas tak ada orang akan ragui tgna sampai mati.

sebab mereka tak nak guna otak utk fikir yg tgna buat tu betul atau tidak.


kesian..

mereka tak ada peluang memikirkan kembaki tindakan mereka menyokong tgna.

Panglima Perang Cyber berkata...

yg saya tahu org tak ada cintakan Nabi tak ada peluang masuk syurga.

golongan ni digelar munafiq.

fikir fikirlah sendiri.

oh ye, kerajaan sekarang tak buat nabi suruh ?

kerajaan sekarang suruh rakyat murtad ke ?


fikir sebelum tulis....saya terbaca bayi dibakar tempoh hari di kelantan.

kes sumbang mahram banyak berlaku pun di kelantan.

islam jenis mana yg dipraktikkan di kelantan ?

jenis slogan saja ke atau Islam sebenar ?

atau yg pimpin kelantan tu memang nampak mcm ulama tetapi bukan ulama akhirat ?

persoalan ini perlu kita fikir kembali.

moga dibukakan pintu hati.


salam.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam saudaraku P5,

Sangat setuju dengan artikel tuan.

Bagi mereka yang tak nampak lagi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan, mintalah petunjuk dari Allah.

sememangnya TGNA semakin merapu dan tak layak menjadi mursyidul am PAS. amat memalukan rakyat kelantan secara keseluruhannya!

oh ya, apa komen P5 tentang artikel-artikel pencacai anuar CIFUT yg menyerang mantan PM dan PDRM yang agak serius ni:

9/2/2010
http://kumanddieaf.blogspot.com/2010/02/perancangan-jahat-yahudi-illuminati.html

17/2/2010:
http://kumanddieaf.blogspot.com/2010/02/rintihan-dari-bukit-aman-original-utk.html

*Dalam blognya yang lain :

16/2/2010
http://kumanddie.blogspot.com/2010/02/siapa-sebenarnya-lanun-yahudi-berwajah.html#comments

19/2/2010
http://kumanddie.blogspot.com/2010/02/pancacai-mahathir-bela-yahudi-israel.html

*harap saudara P5 dan rakan rakan BPN dapat mengambil apa-apa tindakan yg patut.

salam perjuangan.

wassalam.

eXception berkata...

Biasalah Panglima diorg tak leh kalo Tok Garu Maha Suci Lagi Berseri mcm sabun Fab Buku itu dikutuk...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Cheguman berkata...

Beza orang Islam dgn Kristian/Yahudi ialah orang Islam kasihkan Rasulullah manakala orang bukan Islam tersebut membenci Baginda.

Apa nak dihairankan ulama macam Nik Aziz tu. Pengasas Wahabi lebih hebat ilmunya berbanding Nik Aziz.

Tanpa Nama berkata...

aku nak tanya jugak kau PPC,dah berapa buah kitab kau belajar.bukan nak menidakkan ilmu kau tp kalau pakai otak saja tak guna jugak.aku pun sokong yg TGNA bukan maksum tp aku percaya apabila dia bercakap dia menggunakan nas dan mengaji.betul org yg mengaji pun banyak masuk neraka tp yg tak mengaji lagi mudah masuk neraka.Kelantan kata kau laksan islam jenis apa.kalau kerajaan negeri dok tak benar dah benda tak baik tp kerajaan pusat dok benar lg mcm mana nak jd molek.cuba kerajaan pusat pun laksana akta hiburan yg keterlaluan.raso kau apa jd.bagi aku rasanya akan jd molek.mu tak dengar pemimpin mu kata hukuman rotan pada pesalah wanita menjadikan mereka insaf,tu baru 3-4 rotan kalau buat hudud aku rasa bukan saja insaf tp terus jadi baik dan diberkati Allah.mesti PPC kata kelantan bakpo tak jalan hudud.Kelantan tu negeri dalam malaysia yg masih perlu ikut perlembagaan malaysia yg dicipta penjajah dan diikuti oleh umno untuk kepentingan.kalau laksana lepas tu dipertikai oleh kerajaan pusat terbatal jugak.rugi karan je.bukan macam kerajaan pusat dah tau ado perjanjian tp dok kianat(royalti)PPC sbg anak kelantan tak raso rugi ko tak dapat royalti.wang ehsan lain,royalti lain.bayangkan kalau umno dapat perintah bailik kelantan.kerajaan pusat berenti bagi wang ehsan,apa jd.meloponglah.royalti ni wajib bayar.tenggoklah terengganu dulu.19 tahun terima royalti,pembangkang perintah terus tak beri,carialasan-bg wang ehsan.kata terengganu tak layak dapat royalti.tp mB mat said sendiri dah pertikai.Pm kata akan bayar balik royalti-bukankan telah mempermainkan undang2.rasonya tak yah cerita lah pasal ku li kato tu.mu reti sdiri ah.kalau lah ko pengikut pas mu kata buta hati.puak pengikut umno bukan saja buta hati tp otak tahap gabang tak leh mikir.buleh duit terus tak po.
mu pikirlah weh

jenispikir....................ni

Tanpa Nama berkata...

kerajaan malaysia penuh dengan double standart.khairy demo tak po.brahim ali bai,demo tak po.kalau pas demo tak leh menggangu ketenteraman.kalau pegawai kerajaan pembangkang dilapor buat silap terus siasat tp bila pegawai kerajaan persekutuan buat sialp lambat je bertindak(pegawai PM dah berminggu dah buat silap-apa tindakan)lu pikir la bagi waras.banyak lg rasonya contoh bleh diberi.TUN DR M dah bagitau pembaziran pah lah ,tak siasat.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan memang tak suruh rakyat murtad tp cara dan perkara yg dibuat oleh kerajaan menjurus ke arah menjadi murtad.ulamat umno dok tegur pun tak ikut,kalau ulamak pas tegur kata ekstrem.Dulu harussani kata sure heboh haram.kerajaan tak sekat pun.patutnya kerajaan kena sekat.di kelantan kerajaan sekat(tak kan mu anak kelantan tak tau undang2 ni ado di kelantan PPC)tp puak umno dok bawak jugak hibuuran melampau ni masuk ke kelantan.lepas tu kata kerajaan kelantan hanya buat slogan.porahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
cit.TGNA dok ngajar,suruh tinggi akhlak tp umno dok ajok gi pusat peranginan.buat majlis bercampur laki perempuan.nuh khidmat negara yg kerajaan buat,budak hak sebelum ni tak pernah bergaul bebas dengan laki puang dah pandai buat lagu tu.dulu pakai tudung labuuh dah pandai lepas tudung,bukan aku tentang tp kita dah bagi pendapat asingkanlah laki dan puan tp tak dengar,takut tak punah anak2 muda.dah tau minyak dengan api tak leh duk dekat,letak jugak tau lah akibatnya.mu pikirlah PPC,
Kalau aku kata ni salah aku mintak maaf.tp itu pendapat aku.......

Tanpa Nama berkata...

tu pasal Allah timpakan bala kepada negeri Kelantan, negeri rakyat ramai termiskin, rakyat paling ramai merempat mencari kerja di negeri lain,banjir yang merosakkan harta benda rakyat macam rezeki tidak berkat, negeri yang naik taraf pengotor, ramainya pengidap penyakit Aid dan penagih dadah, tambah lagi sebagai negeri pertama membakar bayi luar nikah yang baru lahir. Nauzubillah harap tidak ditimpa mala petaka yang lebih dahsyat lagi di Kelantan.Ini ke cara Parti Ajaran Sesat(PAS)memerintah mengikut apa yang disuruh oleh rasullulah. Kalau cara Islam PAS itu betul, takkan mala petaka ini diturunkan oleh Allah. Janganlah nak dibezakan dengan negeri lain sebab penduduk melayunya yang tidak seramai seperti di Kelantan. Silap-silap orang kapir yang berkuasa. Justeru, sudah tentu kerajaan tidak dapat melaksanakan hukum Islam sepenuhnya apa yang disuruh oleh Rasulullah kerana lebih mengutamakan kebajikan rakyatnya. Tetapi bagi bab ugama kerajaan mengalakkan rakyatnya supaya sayangkan kepada Islam dan rasullullah demi mendapatkan rahmat kepada Allah kerana Allah pun bersalawat ke atas baginda. Sebab itulah maulidur rasul diadakan oleh kerajaan untuk menunjukkan betapa cintanya umat Islam kepada allah dan rasulnya. Sebab apa negeri kelantan ditimpa musibah selalu kerana pemimpinnya sombong dan takbur, begitu juga rakyatnya kurang bersalawat kepada rasulullah, khutubah jumaat juga tidak mengalakkan rakyatnya berselawat kepada nabi. Tak tahulah macam mana rakyat Kelantan menjawab di kubur apabila malaikat bertanya siapa Penghulu kamu. Mungkin jawapannya Tok Guru Nik Ajis?. Kalau disebut Muhamad, Malaikat bertanya kepada Muhamad adakah Rasullulah kenal kepada orang Kelantan, sedangkan nama Muhamad tidak pernah dimuliakan oleh rakyat Kelantan. Mungkin generasi baru rakyat Kelantan dah lupa bagaimana nak berselawat kepada nabi setelah Pas memerintah Kelantan selama 20 tahun. Insaflah, kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, belajarlah di sekolah-sekolah pondok jangan asyik mendengar Tok Guru berpolitik agama yang banyak menyesatkan umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

PAS kelate pimpinan nik ajis tak sei wat maulud nabi sebab tak ada pitih. buke kerana gapo tuh.

tin kosong berkata...

buat "pahala" free kutuk orang....insyaAllah kita pakat-pakat tengok sape paling byk pahala dan siapa pahala kering kontang krn duk kata kt orang....

Tanpa Nama berkata...

ingat ke Nabi bukan satu hari saja.. hari hari.. - TGNA

ringkas dan padat.. selagi pemimpin UMNO tak nampak ikut sunnah nabi tak payahlah nak citer pasal kecintaan TGNA pada nabi.. :P gi suruh bini mu bertudung litup dulu.. pakai janggut dulu baru nak cerita pasal nabi.. nabi tak mahu pandang muka mu pun kalau mu takde janggut.. pasal ni mu cari sendiri sirah nabi.. :D

PEOPLE POWER berkata...

Ppc, dlm bab berarak ni lebih baik ko rujuk quran & hadis dulu sblum buat huraian. Bukan apa, aku tkut trpesong nanti. Taukah ko perarakn mcm ni tak pernah wujud dizaman nabi?.

Tanpa Nama berkata...

nak tanya zul : alquran mushaf tu pun tak ada zaman nabi..

nak kata apa ?

siapa kena belajar dulu, ppc ke ko?

TUNSABANBALEK berkata...

BIDAAH KECIL NI DAH BOLEH PI KE GOLONGAN SESAT .DI DUNIA ARAB DAN AHLI OIC PUN TAK BERARAK.HANYA UMNO YANG AJAR BERARAK UNTUK TUJUAN POLITIK DAN KONONNYA RAKYAT MENYOKONG MEREKA SUATU MASA DAHULU DAN JADI IKUTAN,BERTOPENGKAN HARI KEPUTERAAN JUNJUNGAN NABI MUHAMAD AS.
KENAPA YANG TAK DISURUH KITA MELENTING NAK BUAT,YANG DISURUH TAK BUAT.
uMNO DAH TERLALU BANYAK MENYERANG MENGUNAKAN AGAMA ISLAM.AWAS INGAT DOSA SAMA,JANGAN ASYIK NAKMENGEJAR KUASA DAN HARTA.

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
mana pergi brahim katak,pengerusi DPMM penang,khairy menantu paklah,muhyidin dan puak2 umno sekelian,MCA dah tunjuk taring.MCA buat demo bantah hukuman sebat.Jom kita demo.kalau dap buat aku berani kerat jari akan di gunakan oleh puak b end ni untuk buat isu perkauman.PPC apa pendapat kau.kau tak nak demo ke.tak nak anjur demo ke,ajaklah pisau,buat link untuk daftar peserta demo.hak ni tak akan merendahkan syariat agama ke.kalau tak silap PPC/pisau yg buat posting kat blognya karpal sing halang hudud.nah MCA dah halang kenapa diam.ke MCA tak buat salah?lu pikir.
gua dah fikir

GROUP BOIKOT KUMPULAN MENGHINA NIK AZIZ NIK MAT berkata...

GROUP BOIKOT KUMPULAN MENGHINA NIK AZIZ NIK MAT ada 2,358 ahli

Tanpa Nama berkata...

riyaknya gruop boikot...weeekkkkkk

Tanpa Nama berkata...

MCA bantah...PAS diam tak kata apa apa ? biar PAS demo dulu sebab PAS yang nama Islam...boleh?

L Bro M berkata...

haha, aku ketawa sambil menangis ketawa melihat kejahilan umat, menangis kerana mereka lah saudra ku,

Begitu hebat nya takrifan mereka mengenai bagaimana untk mnumpahkan rasa kasih kepada rasul iaitu dgn merayakan maulud,

saudara aku org asli kat kaawasan trpinggir nu, yg tak de duit, nk wat sambutan maulud, adakah dia dikira x kasih ke nabi,
tapi dia tiap2 hari selawat ke nabi, isteri dia pakai kain tudung

Tanpa Nama berkata...

kenape kite sesame islam cume berbeze ideologi sering bergaduh? dap, mca hanye tertawekan kite, BN byk salah dan pas pun byk buat salah. kenape kite perlu tuding jari antare satu same lain? kenape kite org melayu xnak bersatu?

knp k'jaan tidak laksanekan hukum hudud dituduh sesame islam sendiri sbg kafir?? menolak hudud mungkin boleh dikatekn kafir. tetapi tidak laksanekan hudud adakh boleh ditakrifkan sbg kafir juga?

knape pas tidak merayekan maulid nabi dikecam hebat? pade pendapat saye x semesti sambutan maulid nabi mesti dbuat dijalanan dan dihebah2kan. masjid lebih afdal. buat solat sunat, ceramah agame dan sbgainye.

kalau beterusan kite org melayu bergduh sesame sendiri x mustahil satu hari nanti tanah air kite sendiri di pimpin oleh dap@mca.
org seperti nuar brahim dijulang sedangkan die terang2an memperjudikan nasib bangsa melayu.

fikir2kanlah adakah kite rele hidup merempat di tanah air sendiri.

sye harap satu hari nanti sume bangsa melayu bersatu.
salam

Tanpa Nama berkata...

Kita terpaksa tolak PAS, kerana dia bersekongkol dengan musuh Islam Yang nyata, DAP...Selamat berkubur kepada PAS, kredit untuk BN.

ibnu abdillah berkata...

kesiannya tgk puak2 umno ni berbahas bab mawlid, kesian.. kalo kate jahil kang marah...

untuk pengetahuan tuan panglima yang dangkal lagi cetek, perayaan mawlid tu bukannya wajib pon, sesiapa yg tak merayakan mawlid tidak dianggap pon sebagai org yg tidak kasih kpd rasulallah, asal permulaan sejarah mawlid tu dibuat kerana zaman dulu rakyat lebih mengingati dan merayakan hari lahir para raja mereka, maka para ulama menganjurkan untuk membuat perayaan mawlid supaya umat islam lebih mengingati rasulallah, dan perbuatan tersebut dihukumkan sbg bidaah hasanah oleh sebahagian ulama ASWJ, saya tidak maw bercerita pjg mengenai perbahasan hukum perayaan mawlid ini, tp seingat sy sepanjang 5thn berada dikelantan, bukannya majlis mawlid tidak dibuat atau bukannya mawlid tidak disambut oleh kerajaan kelantan, tetapi yg tidak dibuat adalah perarakan mawlid yg tidak dibuat, ianya telah digantikan dengan majlis2 lain yg lebih berfaedah seperti tazkirah smp hari keputraan baginda..

kesian betul orang kelantan yg tak berarak ketika mawlid dipanggil wahabi, macam saudara2 lain2 yg dh bagi komen, kalo berarak sakan, tapi undang2 islam tak di laksanakan, tak de maknanyeeehhh...

untuk rujukan lanjut sila ke
http://en.wikipedia.org/wiki/Mawlid

oh mungkin tu mat saleh punya ok sila ke

http://pakarhowto.com/info-berguna/sejarah-asal-usul-sambutan-maulidur-rasul-dan-hukum-menyambutnya.html

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Tidak ada satu pun hadith sahih mahu pun hadth da'if yg menyarankan di adakan perayaan Maulid apatah lagi perarakan menyambut Maulid.

Kecintaan kepada Nabi SAW ialah dgn melaksanakan apa yg ALLAH dan Nabi SAW perintahkan serta meninggalkan segala larangan.
Kecintaan kepada Nabi SAW adalah dgn mengamalkan sunnah sunnah Baginda SAW.

Tidak ada juga riwayat mana2 para sahabat(yg lebih menyintai Nabi SAW daripada kita) atau para tabi'en atau tabi' tabi'en yg merayakan acara Maulid.

Ada beberapa catatan perkenaan permulaan perayaan Maulid:
1- Di mulakan oleh dinasti Fatimiyah di Mesir pada kurun ke-4 Hijriah.
2-Di mulakan di Ibril,Iraq oleh Sultan Mudhaffar pada kurun k3 7 Hijriah.

Adalah lebih baik jika kita beristiqamah dalam mengamalkan sunnah2Nab SAW sepanjang hayat dari merayakan Maulid setahun sekali, kemudian kita gasak hidup kita dgn hal2 kemungkaran.

Allahu'alam.

Cari Blog Ini

Translate