Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 April 2010

Edisi Perang Siber Hulu Selangor Siri 1 : Baram mendapat RM 50 juta berbanding Hulu Selangor RM 20 juta sahaja !!! (sila edarkan)



Hulu Selangor : PAS bidas projek politik Timbalan Perdana Menteri




Oleh Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

JAWAPAN KITA : PAS SEDAR MEREKA TIDAK MAMPU MENJANJIKAN SEPERTI APA YANG DIBUAT OLEH TPM. MEREKA JUGA SEDAR SELAMA INI DI KELANTAN PAS JUGA GAGAL MEMBINA MASJID SEDANGKAN MARKAS PAS SEMAKIN BESAR DAN INDAH.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab.


JAWAPAN KITA : Ini satu usaha adu domba antara PM dan TPM. Dengan mengaitkan dengan Menteri Kewangan tentu ia merujuk kepada jawatan disandang PM. Kenyataan ini sangat jahat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat bernama Idris Ahmad. Ia tidak patut kerana beliau adalah ahli agama bertaraf ustaz. Ini bukti bahawa PAS memang penghasut utama menyuruh perbalahan termasuk kalangan Menteri anggota Kabinet termasuk Ketua Negara kita.

Walhal TPM adalah Ketua bagi kempen PRK Hulu Selangor dan keputusan yang diumumkan bukan dari otak TPM seorang diri.


Sebagai Menteri Pelajaran beliau memang berhak umumkan peruntukan empat buah sekolah baru yang telah diperuntukan dalam Budget 2010. Tetapi bagi menangani isu banjir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kena turun padang. Peruntukan untuk Masjid pula adalah dibawah tanggungjawab Menteri yang jaga JAKIM bukan Timbalan Perdana Menteri. Beliau langsung tidak hormat potfolio Menteri lain dan turut mendahului Perdana Menteri.

JAWAPAN KITA : Jika dikira peruntukan yang diumumkan di Hulu Selangor hanya RM20 juta anggaran keseluruhannya ( satu sekolah Rm 4.25 juta x 4 = RM 17 juta dan RM 2 juta untuk atasi banjir dengan jumlah RM 19 juta)

Anggaran sebuah sekolah RM 4.25 juta berdasarkan laman ini http://www.t3s.my/

Namun di Baram, Sarawak TPM telah pun mengumumkan peruntukan RM 50 juta untuk mengatasi masalah yang berlaku di sana seperti laporan berita di sini http://www.utusan.com.my/

gambar sekolah di Baram yang akan digantikan
dengan yang baru siap 2012 nanti

Ia akan memberi manfaat kepada 20,000 penduduk di Baram dan membolehkan seramai 400 anak anak mereka berpeluang bersekolah dan menetap di asrama bagi membolehkan perhatian penuh diberi untuk menelaah pelajaran.

Nak harapkan PAS siarkan berita macam ni ? tak payahlah kerana mereka tahu hanya menipu dan menabur janji bermodalkan air liur yang digunakan sebagai asas perjuangan mereka selama ini.




Jelas PAS cuba lagakan dengan PM dalam bab ini. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa PM sendiri yang meminta TPM mengetuai jentera pilihanraya. Perkara ini sudah diamalkan sejak dahulu lagi termasuk di zaman Pak Lah dengan Najib di mana TPM akan mengetuai sebarang jentera pilihanraya kecil.

Jelas, lawatan beliau adalah lawatan politik dan Muhyiddin pulun habis untuk umumkan semua projek yang sebenarnya diperlukan rakyat sejak zaman BN memerintah lagi.


Malangnya, dalam sibuk pulun semua isu rakyat di Hulu Selangor beliau dimalukan oleh Bernama dengan pendedahan kisah empat orang guru di sebuah sekolah rendah Long Latin Ulu Baram, Sarawak termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit seluas 20 x 10 kaki dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu.


Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah dibawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan ‘double standard’ Menteri Pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.

JAWAPAN KITA : Mereka sebenarnya tidak dedahkan bahawa guru tersebut menerima kekurangan yang ada demi membolehkan tugas mengajar anak bangsa dijalankan dengan sempurna. Sila baca petikan berita BERITA HARIAN di sini.

TPM JUGA TIDAK GHAIRAH DI HULU SELANGOR SAHAJA bahkan di mana sahaja bantuan diperlukan oleh rakyat.. Fakta ini sangat banyak di dalam internet dan rakyat perlu meneliti satu persatu tindakan yang telah dibuat oleh Kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran...

Ini bermakna peruntukan tetap disalurkan kepada semua rakyat di Malaysia termasu Sabah dan Sarawak.


Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20×10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta dirumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana Kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram.


Pendedahan ini amat memalukan kerana guru-guru ini mengajar dikawasan Parlimen BN, yang mana ahli Parlimennya, Datuk Jacob Dungau Sagan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini. Sewajar sebagai Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang.


PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil dari kudis-kudis yang ada dalam pengurusan Menteri Pelajaran dan Kerajaan BN. Diluar bandar sekarang masih banyak kawasan yang belum mendapat peruntukan pembangunan yang sewajarnya. Jika inilah keadaannya, jangan harap guru-guru dari Semenanjung mahu dihantar bertugas disana.

JAWAPAN KITA : PAS jangan lupa bahawa insentif Kerajaan bagi kepada guru mengajar di pendalaman sangat besar sehingga mereka tidak perlu menggunakan duit gaji kerana elaun yang diberi sangat tinggi. Bahkan pada 30 Mac 2010 lalu Kerajaan telah menambah lagi 2 elaun pendalaman kepada guru ( berita di sini http://www.bharian.com.my ) dan disambut baik oleh blogger di sini http://mazlan66.wordpress.com/ Guru juga telah dipilih dari kalangan yang sanggup bertugas di mana sahaja kerana bumi Malaysia tidak semuanya SEINDAH PUTRAJAYA.

Mereka bukan tidak mahu membantu masyarakat disana. Mereka mahu, tetapi dengan sikap ‘double standard’ Kerajaan BN mereka khuatir akan diabaikan. PAS mahu BN buktikan keikhlasan mereka dan membantu semua kawasan Parlimen tanpa perlu menunggu ahli Parlimen dikawasan itu meninggal dunia.

PAS yakin rakyat di Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan taktik projek politik BN ini. Yakinlah, rakyat di Hulu Selangor akan dapat bantuan yang lebih banyak jika terus mengundi Pakatan. BN akan tabur seberapa banyak yang mereka mahu untuk rampas kembali Hulu Selangor. Inilah peluangnya untuk rakyat Hulu Selangor menuntut hak mereka yang telah diabaikan sejak 50 tahun lalu.

Tetapi jangan sesekali tertipu dan undi BN lagi. Jika tidak, anda akan rugi untuk 50 tahun akan datang pula kerana bantuaan BN hanya datang kali ini sahaja.




KESIMPULANNYA :

1. PAS CUBA LAGAKAN ANTARA TPM DENGAN PM MELALUI ISU INI

2. PAS CUBA MENGGUNAKAN ISU SARAWAK UNTUK PRK HULU SELANGOR DENGAN HARAPAN UNDI RAKYAT SARAWAK AKAN MENINGKAT PRU TIDAK LAMA LAGI DI SAMPING INGIN MERAIH SIMPATI PENDUDUK HULU SELANGOR AGAR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT

3. PAS JUGA TELAH MENUDUH TANPA MEMBUAT KAJIAN TERLEBIH DAHULU TINDAKAN YANG TELAH DIBUAT OLEH TPM SEBAGAI MENTERI PELAJARAN SEDANGKAN SUDAH JELAS RAKYAT SARAWAK DI BARAM TIDAK DIPINGGIRKAN SEDIKITPUN.

4. PAS TERANG-TERANGAN MENIPU RAKYAT DENGAN MENDAKWA MEREKA BOLEH MEMBANTU SEDANGKAN KUASA PERSEKUTUAN ADALAH DI TANGAN BARISAN NASIONAL. PAS JELAS MENIPU DALAM SOAL INI.

5. PAS JUGA MENGHASUT GURU GURU AGAR MEMBENCI KERAJAAN KHASNYA KEMENTERIAN PELAJARAN MENERUSI ISU GURU DI SARAWAK YANG JELAS SENGAJA DIPUTAR BELITKAN. SEDANGKAN KERAJAAN SUDAH MEMBERI BANYAK INSENTIF KEPADA GURU YANG MENGAJAR DI PENDALAMAN DENGAN BERBAGAI BANTUAN YANG MELEBIHI DARI GAJI DAN ELAUN GURU DI PUTRAJAYA.



AKHIR SEKALI, RAKYAT JANGAN BAGI UNDI UNTUK PAS.

UNDI PAS SAMA KEPADA PKR DAN DAP.

JOM PILIH BARISAN NASIONAL DAN TOLAK PAKATAN RAKYAT !!!

2 ulasan:

lelaki tulen berkata...

Aku bila baca cerita tentang PAS mesti meluat gila sebab cara mereka berpolitik tidak melambangkan kesucian dalam islam yang kononnya menjadi intipati perjuangan mereka.Suka mengadu domba dan memfitnah tapi serban setinggi bukit,bila dengar ceramah mereka masa permulaan aje ok tapi lepas tu penuh dgn maki hamun,mengutuk dan memfitnah.
Samalah mcm cerita diatas,taraf ustaz tapi perangai mcm org jahil agama.

Unknown berkata...

Apakah bantuan PAS kepada sekolah-sekolah pondok di Kelantan ? Hampir tiada kerana sekolah pondok adalah aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah, sedangkan kepimpinan PAS (Nik Aziz) pula berfahaman Wahabiyyah.

Yang tersergamnya ialah bangunan-bangunan milik parti PAS. Sedangkan sekolah-sekolah pondok terkial-kial membangun secara perlahan hasil sumbangan jariah dan wakaf orang ramai.

Cari Blog Ini

Translate