Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 April 2010

Siri 17 PRK Hulu Selangor : Bukti di Blog Anwar Idea 1Israel Dalam Gabungan Pakatan Rakyat !




Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai 'teman lama dan mesra' golongan Yahudi.

Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada 'lembah bahaya' kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.

Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.

Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.

Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.

Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.

Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.

Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?

Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.



Lihat bukti Pakatan Rakyat idea 1Israel di blog Anwar di bawah :




7 ulasan:

TokJanggut berkata...

APACONO ( UMNO + APCO)

Dan ternyata hanya UMNO sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.

Selamat Mengundi...tolak MIC.

Panglima Perang Cyber berkata...

bukan umno laaa.. Pakatan Rakyat !

AnwarApco Anwarapco....

bunyi sedap sebut tu...

Scud berkata...

anuar apco semakin kepanasan..ternyata janji Allah itu benar. Yang batil akan jatuh yang Haq pasti berdiri.

PR akan hancur sepertimana hancurnya tentera firaun dilaut merah

ofekenofee berkata...

jadi tuan setuju laa dengan tindakan kerajaan ambil perunding syarikat Zionis ni?

Tanpa Nama berkata...

KALAU NAK SOKONG BN, SOKONGLAH. TAK ADA SALAHNYA. TAPI JANGANLAH KELUARKAN HUJAH MACAM NI. NAMPAK SANGAT BODOHNYA...

Panglima Perang Cyber berkata...

soalnya APCO nasihat apa kepada kerajaan ?

apakah ia mengancam keselamatan ?

tu soalan pertama sebelum soalan setuju atau tidak kerajaan guna apco.

K O R I E berkata...

A'ah eE
Kan AB DA TERKANTOI!
suke la baca blog ni
keep up ur work bro!

Cari Blog Ini

Translate