Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Januari 2011

Gemparrr : Kickdefella Dedah Husam Kata - Akan Lawan Tok Guru Demi Rakyat - Isu Bazar AlMenantunya Ariffahmi !!!


Kickdefella menulis :
" Satu ketika dahulu saya bangga mengenali seorang yang bernama Husam. Seorang yang sentiasa memperkenalkan dirinya sebagai pembela insan-insan kecil. Tetapi hari ini  Husam menurun taraf dirinya kepada sekadar pengangkat najis  Abdul Ariffahmi Ab Rahman.
“Saya tidak boleh biarkan Kerajaan buat macam ini kepada rakyat. Kalau Tok Guru tak bela rakyat, saya akan lawan Tok Guru untuk rakyat….” lebih kurang begitulah kata-kata Husam kepada saya dan para sahabat serta para peniaga yang berdiri teguh bersamanya menentang Ariffahmi pada 14 Oktober 2009 di dalam bilik mesyuarat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Lalu selepas itu, kami beredar ke bawah bayangan tangki air besar Air Kelantan di Taman Indera Petra. Sambil meneguk air kelapa, kami sahabat Husam menyatakan kekaguman kepada ketegasannya. Kita berusaha singkirkan Ariffahmi supaya Husam dapat menjalankan amanahnya kepada rakyat dan bukan menipu rakyat."

baca kisah sepenuhnya di sini http://kickdefella.wordpress.com/ 





Komen Panglima : Isu Bazar Tok Gur menunjukkan kelemahan Kerajaan Kelantan dalam mentadbir negeri. Rakyat telah ditipu dan mereka telah mengambil tindakan menyuarakannya. Maka kata-kata Husam dinukilkan kembali bagi menunjukkan bahawa Husam Musa seperti juga pemimpin PAS yang lain hanya pandai berkata-kata tetapi gagal mengotakannya.

Maka apakah pilihan pengundi Tenang 30 Jan depan akan diisi nama Normala dari PAS ? Adakah belum cukup lagi segala penipuan dan penyelewengan dalam Kerajaan Kelantan, yang diperintah sejak 20 tahun yang lalu menjadi bukti mereka tidak wajar dijadikan pilihan teratas antara pilihan yang ada !!!

Maka marilah kita  memilih dengan tengan di TENANG agar ketenangan akan berkekalan bukan berganti dengan kepincangan serta kerosakan.

Moga Allah membuka pintu hati kita semua termasuk pengundi Cina di sana.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate