Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 April 2011

AIDC Bongkar Rahsia Kenapa Eskay Dedah 'Perangai' Anwar !!!


Datuk Eskay Sahkan Anwar Hubunginya..


AIDCNews – 02/4/11 – Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubunginya sewaktu video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang disiarkan di Carcosa Seri Negara.

“Eskay! Where are you?” tanya Anwar. Menurut Eskay, “Data-data daripada maklumat panggilan telefon, data-data sms di antara Anwar dan Eskay telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan”, kata Kickdefella, kawan Eskay yang pernah sama-sama terlibat dalam sebuah filem bertajuk ‘Kacau Malaya’.

Kickdeffella berjumpa semula dengan kawan lamanya itu dalam pertemuan bersama lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif pada 30 Mac, di Shah Alam, setelah lebih satu dekad tidak bertemu.

“Saya berterima kasih kerana dipelawa ikut serta kerana terdapat beberapa soalan yang saya benar-benar mahukan kepastian dari Dato’ Eskay”, katanya.

Menurutnya, Eskay tidak menafikan Anwar lebih berminat menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik berbanding dengan dirinya, sedangkan penglibatan Rahim hanya bermula tiga hari sebelum pihak media didedahkan dengan video tersebut.

Secara jujur, Eskay mengakui bahawa beliau adalah rakan berhibur Anwar sejak tahun 1990-an ketika beliau mula curiga tentang perhubungan Anwar dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, adik angkat Anwar dari Indonesia.

“Suatu masa, Anwar duduk di kediaman rasminya sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000 di rumah tersebut….” Eskay memulakan cerita.

Menjadi Rakan Berhibur Anwar Sejak Tahun 1996

Menurut rekod mahkamah, antara bulan Jun dan Julai 1996, Anwar Ibrahim telah menghubungi Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Datuk Norian Mai kerana mengadu kehilangan wang RM4 juta dari sebuah bilik kecil di sebelah bilik tidur di rumahnya.

Eskay mendakwa ketika Anwar kehilangan wang itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengajaknya ke rumah untuk melihat tempat wang itu disimpan dan hilang.

Ketika di rumah tersebut, Eskay terlihat Sukma Darmawan di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.

“Saya tanya dia, siapa tu ? “… Anwar menjawab, “Oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa beliau curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal di bilik sebelahnya, sebaliknya, seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul di sebelah bilik tuan rumah. Apa istimewa lelaki itu ?

“You like him ?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau….”

‘Straight’ bermaksud lelaki yang hanya sukakan jantina yang berbeza. Lawan kepada straightadalah homoseksual iaitu lelaki yang sukakan jantina sejenis.

Manakala yang sukakan jantina berbeza dan sejenis secara sekaligus dinamakan biseksual.

“Selepas itu, Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering memintanya ikut serta dan kemudiannya menjadi pengatur perempuan-perempuan untuk Anwar.

“Macam (peranan) Dato’ Nalla”, kata Eskay. “Tetapi Nalla pun ada sekatan, saya tidak…” tambah Eskay yang merupakan bekas sport therapist bagi pasukan Jimnastik Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.

“Kenapa Dato’ tak dedahkan ini lebih awal?”, tanya seorang tetamu yang hadir.

“Apa bukti saya nak sokong dakwaan saya?” pantas jawapan Eskay. “Tetapi bila saya dapat video ini, bukti itu diberi kepada saya”.

Eskay yakin semua ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t.

Sebelum ini, Eskay yang dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu proses pemulihan Anwar setelah kemalangan terjatuh dari kuda.

Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah jawapan dari Allah s.w.t.

Lima Solan Eskay Untuk Anwar

Dalam sidang media di Impiana Hotel, Kuala Lumpur, 23 Mac lalu, Eskay memberitahu beliau merasakan telah diperalatkan terlalu lama oleh manusia bernama Anwar Ibrahim, tetapi bukanlah seperti kes Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana dia lelaki straight .

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. Dari satu sudut, saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”

“Tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan”, tegas Eskay menjelaskan rasional di sebalik tindakannya mendedahkan video seks tersebut.

Eskay bagaimanapun meminta penyokong-penyokong Anwar supaya tidak menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, beliau mendakwa akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak…”

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan…” desak Eskay.

Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu,” kata Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog…” minta Eskay.

Penjelasan Eskay itu menunjukkan episod ini masih berpanjangan lagi. Skandal video seks lelaki menyerupai Anwar yang sedang disiasat polis itu seolah-olah hanyalah satu permulaan.

Anwar dan Wan Azizah telah menolak permintaan Dato’ Trio yang terdiri daripada Dato’ Eskay, Dato’ Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik supaya berundur dari persada politik tanah air.

“Bermakna semua yang hadir yakin, Eskay yang merupakan ‘anchor’ dalam episod ini, mempunyai lebih dari sekadar video seks untuk didedahkan kepada umum”, rumus Kickdeffella. Klik di sini


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate