Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Julai 2011

Patuhi Titah Agong: Mufti Kelantan

KOTA BHARU-Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad menasihatkan pemimpin dan masyarakat mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang Sabtu ini.

“Sudah tentu titah Yang di-Pertuan Agong perlu dipatuhi, apalagi hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tuanku Mizan dalam satu kenyataan semalam bertitah mengingatkan agar sebahagian rakyat yang ghairah berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara hendaklah dipastikan tuntutan itu tidak membawa kemusnahan kepada negara.


Baginda turut mengingatkan agar rakyat tidak tidak-terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagai sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. 

Mengulas mengenai perhimpunan tersebut, Mohd Syukri berkata, Islam mengajar umatnya menjaga keharmonian kestabilan dan keselamatan dalam kehidupan.

Katanya sekiranya, berlakunya pertembungan antara kebaikan dan keburukan dalam melaksanakan sesuatu amalan, masyarakat harus meninggalkan perkara yang membawa kemudaratan kepada umat Islam.

“Perkara yang mudarat ini bukan sahaja fizikal (tubuh badan), tetapi ia turut merangkumi ekonomi, keselamatan dan lain-lain lagi,”katanya.

Ditanya terdapat dakwaan perhimpunan itu berlandaskan demokrasi, Mohd Syukri berkata, demokrasi dan kebebasan itu tidak mutlak dan mempunyai ikatan tertentu sebagaimana sebuah kereta api yang bergerak mengikut laluan di relnya.SinarHarian


Panglima : menariknya blog pro Anwar Ibrahim turut siarkan kenyataan Mufti Kelantan di atas yang boleh difahami mereka kini sudah tersepu\it dan tidak lagi dapat menolak pandangan Mufti yang meminta semua pihak mematuhi titah khas tersebut. 

Apatah lagi ramai sudah ditahan bawah Ordinan Darurat kerana terlibat dalam cubaan membuat perhimpunan haram ini termasuk orang yang bergelar YB. Kesemua mereka jelas ada kaitan dengan komunis.

Link blog bernama Agenda DSAI boleh dilayari di sini :


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate