Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Julai 2011

PEMUDA BN PERAK Buat Laporan Polis Terhadap DAP Yang Hina YDP AGONG !!!


Ada unsur ancaman 



IPOH – Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak minta polis mengambil tindakan terhadap kenyataan berbaur ancaman dalam laman sosial twitter milik Pengarah Biro Pendidikan dan Politik Pemuda Sosialis DAP Perak (Dapsy) Perak, P Sugumaran.

Setiausahanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, Sugumaran menyebut titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, kelmarin diibaratkan seperti mengikut kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, Sugumaran menggambarkan seolah-olah titah baginda itu sebagai suatu alat terbaru politik BN.

“Kami kesal dengan kenyataan dalam laman twitter beliau yang melanggar prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan negara.

“Kenyataan itu seolah-olah menghasut rakyat untuk menderhaka kepada Tuanku. Sekiranya tindakan segera tidak diambil, ia menjadi ancaman,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini, semalam.

Pemuda BN Perak turut diiringi Pemuda PPP Perak, Gerakan 4B Ipoh Barat, Gerak Bina Bangsa Melayu Kinta dan Badan Penasihat Ayahanda Insan Malaysia.

Sementara itu, Sugumaran ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau akan memberi keterangan kepada polis setelah pihak polis memanggilnya untuk berbuat demikian.




http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9261267.asp




Artikel berkenaan penghinaan Sugumaran telah diterbitkan di blog Panglima di sini


http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/07/sah-setiausaha-politik-yb-dap.html






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate