Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2011

Pelajar Tahfiz Turut Diperguna Untuk Sokong Penyokong Murtad & IFC - AMBIGA Yang Anjur BERSIH


Anak-anak adalah anugerah Allah yang perlu dididik ke arah yang betul. Mereka mudah dibentuk samada untuk menjadi yahudi, nasrani atau muslim sejati. Terpulang kepada ibubapanya untuk mencorakkan identiti anak mereka.

Guru juga turut memainkan peranan yang sama . iaitu mendidik anak murid menjadi orang berguna untuk agama bangsa dan negara. Namun guru yang mengajar perkara sebaliknya adalah guru yang patut dikeji dan dicerca oleh kita.

Perhimpunan BERSIH adalah jelas haram. Kerana melanggar undang-undang dan juga menyakiti umat Islam. Siapa suka jalanraya jem disebabkan perhimpunan ini ? Siapa suka kerugian beratus ringgit kerana demonstrasi jalanan ini ? Siapa suka negaranya diburukkan oleh media asing melalui demonstrasi sebegini ?

Namun tindakan guru tahfiz di Madrasah Tahfiz Ad-Diniyyah menyemai benih muda kita untuk membuat perkara bertentangan nas agama dan undang-undang sangat tidak wajar sama sekali. Ini apabila anak murid sekolah tahfiz tersebut telah diajar menyokong BERSIH AMBIGA yang menyokong MURTAD dengan memakai baju kuning seperti gambar yang disiarkan di bawah.



pelajar bersama guru tahfiz mereka

Apakah budaya kuning mahu diterapkan dalam diri anak muda kita yang sepatutnya menjadi orang berguna kepada agama bangsa dan negara kita ? Adakah ibubapa mereka bersetuju dengan tindakan guru mereka yang merakam gambar kanak-kanak tersebut memakai baju BERSIH ? Bukan sahaja surau diguna untuk tujuan politik tetapi sekolah tahfiz juga turut tidak terkecuali digunakan oleh puak yang terdesak ini.

Diharap pihak berkenaan menyiasat perkara yang didedahakn di sini kerana semua orang tidak boleh menerima apabila anak muda di sekolah agama dipergunakan untuk menyokong gerakan demonstrasi haram seperti BERSIH tajaan AMBIGA penyokong IFC MURTAD ini !!!

Bukan salah pelajar tetapi salah guru yang mendidik pelajar tersebut kerana mengajar politik kepartian dari ilmu keagamaan yang jelas menolak dan melarang kita menyokong orang yang membela MURTAD dan mempertikai agama Islam di negara kita !

Lihat gambar dari Facebok Tahfiz Ad-Diniyyah di bawah :




Tahfiz Ad-Diniyyah ini beralamat di Surau Ad - Diniyyah Jalan 2A/5 Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A 68100 Selangor Darul Ehsan. Keterangan berkaitan tahfiz boleh dibaca di sini http://suraukini.blogspot.com/2010/10/maahad-tahfiz-ad-diniyyah.html


Siapakah Ambiga dan kaitannya dengan murtad dan IFC seperti berikut :




Nama: Ambiga Sreenevasan
Agama Hindu

Bekas Presiden Majlis Peguam

Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Penyokong Tegar Kes Murtad

Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.

Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak


Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

14 Tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)

Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.


Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.


Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.


Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.


Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam.


Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.


Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.


Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.


Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.


Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.


Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.


Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah




info : http://dnobiz.com/info/datuk-ambiga-siapakah-datuk-ambiga-pengasas-perhimpunan-bersih/ 

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bagus juga budak-budak tahu sokong Bersih daripada sokong Kotor. Pakaian mereka pun bersih. Soal murtad ke apa ke itu semua adalah modal UBN sejak dulu. Nampak murtad yang itu sahaja, sedangkan banyak program UBN memurtadkan orang kita tak tahu, dalam kesenian, dalam program UBN dalam apa agenda pun sehingga orang memuliakan Pak JIB berlebihan. Tentang orang burukkan Amiga tu biasalah, sebab bukan ras dia. Malaysia ni sampai bila gagal capai perpaduan sebab otak rasis ada di mana-mana. Berkawan pun dikata nanti murtad. Yang UBN berkawan dengan apa tak ada pula dikata murtad.

Cari Blog Ini

Translate