Jumaat lepas Ketua AMK Shamsul Iskandar ini ditangkap (klik sini) demi membela Dr Aziz Bari yang derhaka Sultan Selangor gara kenyataan gilanya. Khabarnya ramai budak budak diangkut ke UIA untuk membantu kempen beliau. Bukti di sini http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/10/bongkar-pelajar-kuis-dan-ukm-diimport.html
Hari ini twitter brother kita ni senyap sunyi dari menyertai kempen akidah HIMPUN di Stadium Shah Alam. Beberapa minit lalu Panglima membuat semakan dan mendapat sememangnya tiada komen beliau tentang HIMPUN.
Beberapa hari sebelum ini juga twitter beliau juga tidak ada sedikitpun tweet membuat ajakan ke program NGO ISLAM HIMPUN 2011 yang jelas didokong oleh 2000 pertubuhan. Fahamlah Panglima bagaimanakah tahap iman seorang pemimpin PKR seperti beliau yang sanggup mengelak diri demi menjaga pangkat dan kuasa dari dicabut oleh manusia yang menjadi pemimpin partinya.
Skrin imej di atas membuktikan bagaimana 'kecelaruan' beliau di dalam bab individu dan agama Islam. Bersemangat membela Dr Aziz Bari tetapi kecut perut bila tidak ada restu pemimpin untuk sertai program penting ini.
Berbeza dengan Hassan Ali dan Ketua Pemuda PAS yang menyokong di twitter beliau program HIMPUN ini. Khabar dari YB Zulkifli - wakil Ketua Pemuda PAS hadir dan membaca syair nukilan Ust Nasaruddin Tantawi.
Dalam masa yang sama blog pro pembangkang sudah mula mengeluarkan berita membina persepsi perhimpunan HIMPUN ini gagal dari sasarannya.
Blog tersebut sila klik di sini http://muslimeen-united.blogspot.com/
gambar dari blog pembangkang yang jelas berniat jahat mahu mensabotaj program HIMPUN
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan