Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Oktober 2011

Live Dari Stadium Shah Alam : Gambar Exco Hassan Ali Di Sisi Tan Sri Harussani dan Ibrahim Ali


 SinarOnline 
HIMPUN : Fatini berkata rusuhan Natrah dulu yang menunjukan nilai kesepakatan kaum sepatutnya masih wujud, bukan...
 SinarOnline 
 :Fatini b'kata rusuhan Natrah dulu yg mnunjukkan nilai kesepakatan kaum sepatutnya masih wujud,bkn m'khianati sesama agama spt skrng
 SinarOnline 
HIMPUN : Penulis Buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob kesal ada org tidak bertanggungjawab cuba menjajah hak... 
 SinarOnline 
 : Penulis Buku Natrah Datin Seri Fatini Yaacob kesal ada org tidak b'tanggungjawab cuba menjajah hak dgn memurtadkan org Islam.



Exco Selangor Datuk Hassan Ali telah hadir bersama himpunan ini meskipun jelas ditolak oleh PAS PKR DAP secara rasminya.



Tindakan berani ini bukti hanya beliau dan Ketua Pemuda PAS sahaja yang berani menentang arus dalam mempertahankan akidah umat Islam.

Turut hadir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Sekarang sedang berucap ialah bekas pendakwah Kristian iaitu Ustaz Farhan Abdullah. Meskipun beliau ahli PAS dan menjadi perwakilan Kota Belud seperti info di sini  http://apaorangkata.blogspot.com/  dan sini ( panglima kenal beliau semasa di Mesir ) tetapi ucapan beliau dalam menyentuh bab akidah perlu didengar lapang dada oleh semua pihak.

Antara lain beliau berkata :
 
- Orang Islam perlu bersatu-padu, jangan berpecah-belah agar anasir-anasir jahat tidak dapat jejaskan kedudukan dan ketinggian Islam di Malaysia.

- Perlu bawa isu permasalahan besar murtad ini di Parlimen untuk dibahas dan dicari penyelesaian.

- Pinda perlembagaan yang bolehkan seseorang yang mencapai usia 18 tahun boleh memilih agama nereka agar ia hanya terguna pakai untuk orang bukan Islam sahaja.

- Orang Islam yang dilahirkan Islam tidak dibenarkan bertukar agama kerana itu bertentangan dengan Islam

Rupanya ini bukti jelas ahli PAS juga mahu perpaduan sesama Islam diwujudkan demi memelihara akidah dan masa depan umat Islam...





Laporan lanjut akan menyusul...


Gambar di stadium yang terkini setengah jam lalu dimuatnaik oleh geng Nadi Rakyat 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate