Saya tak pasti berapa ramai antara kita yang mengetahui mengenai fakta ini. Ya benar, Tun Mahathir adalah antara pemimpin negara yang pernah masuk ke dalam Kaabah. Beruntungnya Tun Mahathir kerana beliau adalah yang dipilih untuk masuk ke dalam dan merasai pengalaman yang hebat berada di dalam Kaabah. Dan kepada anda semua, agaknya apa yang ada di dalam Kaabah, boleh rujuk posting saya: The Interior of The Kaabah yang dibuat September lalu.
Tak ramai yang pernah lihat dan mengetahui mengenai apa yang ada di dalam Kaabah, apatah lagi masuk ke dalam perut Kaabah itu sendiri. Fakta sejarah menyingkap hanya keturunan Banu Syaibah yang memegang dan menjaga kunci pintu Kaabah, dan hanya pemimpin negara Islam tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.
Tun Mahathir pernah masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1993 semasa beliau mengerjakan umrah di tanah suci itu. Peristiwa 17 tahun lalu ini telah diceritakan semula oleh Rosme - bekas pegawai waran TUDM ketika bertugas sebagai kuartermaster dalam jet eksekutif Falcon-900 yang dinaiki Tun Mahathir semasa pergi menunaikan umrah di dalam Kosmo (21 November 2010).
"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45 - sumber: Sioloon
Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993. Beliau kini menetap di Langkawi, Kedah. Dan beliau juga adalah antara 14 orang yang bertuah yang dapat mengiringi Tun M masuk ke dalam Kaabah.
"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi. - sumber: Sioloon
Mereka yang dapat masuk segera mengambil kesempatan untuk menunaikan solat sunat di dalam Kaabah.
Kebetulan malam itu - 21 Oktober 2002 - ialah malam Nisfu Syaaban. Kira-kira pukul 11 malam, rombongan Dr. Mahathir dibawa masuk ke dalam Kaabah. Lama juga beliau berada di dalamnya sehingga sempatlah beliau menunaikan sembahyang sunat pada empat penjuru Kaabah itu. - sumber: Pakcikim; ditulis oleh Datuk Dusuki Ahmad - mantan Setiausaha Politik kepada Tun M. Beliau adalah cucunda kepada ulama terkenal Kelantan, Tok Selehor
Merakamkan gambar di dalam Kaabah adalah dilarang, jadi anda tidak akan menemui gambar sebenar keadaan di dalam Kaabah. Namun menurut Rosme, keadaan dalam Kaabah agak gelap dan terdapat satu sudut yang cantik bercahaya dengan sinaran perak di dinding - di sinilah tempat Tun M menunaikan solat sunatnya.
Menurut Rosme lagi, keadaan di dalam Kaabah adalah tidak 'sama' seperti dilihat dari luar. Dari luar jika dilihat, ia kelihatan seperti kecil. Tetapi bila masuk ke dalam, terasa lapang dan sangat luas. Untuk fakta, saiz Kaabah adalah 12 x 10x 15 meter dan menurut ahli sejarah, Kaabah telah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.
Antara pengalaman lain yang dikongsi oleh Rosme ialah bagaimana dia merasakan terlanggar sesuatu ketika menuju ke bahagian tengah Kaabah yang menghalang dia meneruskan lalu membelok. Dia pasti ia bukan tiang sebab ketinggiannya kurang lebih dari paras lutut.
Anda boleh baca menerusi ruangan Jurnal di Kosmo 21 November 2010.
Gambar boleh dilihat di group 'Facebooker 1Malaysia' yang telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
6 ulasan:
Memang Benar Tun Mahathir adalah pemimpin yg bertuah dapat masuk kedlm Kaabah bersama2 dgn bapa saudara saya. Pekara ini telah diceritakan oleh beliau yg juga merupakan Polis pengiring yg telah lama berkhidmat dgn Tun Mahathir.
PRU Ke-13 - Mohon ramai Adun Dan MP BN 'Mati'
'Transformasi Besar Kepada Generasi Muda Adalah Pembohongan dan Pengkhianatan Jelas Lagi Nyata Pemimpin2 Tua Nyanyuk Barisan Nasional Terhadap Generasi Baru...'
Hanya generasi muda yang bodoh dan tolol-tolol sahaja akan bersama UMNO..
Hanya pemimpin2 Barisan Nasional yang bodoh dan tolol-tolol sahaja yang syok sendiri dan perasan kalau ada generasi muda yang berminat untuk berjuang kepada generasi baru... ( Aku pun tak Hingin )
p/s: Aku sememangnya ahli UMNO... Tapi dah tak berminat, bosan dan muak dengan 'talam dua muka pemimpin2 UMNO dan kuncu2nya'...
Wartawan2 BN Bodoh, P.ukimak,sial, butoh. b.abi. anjing..
( Anak2 ko pun P.ukimak, sial, anjing macam Ko )..
Pergi Mampus wartawan2 Porno BN..
Ya, mantan PM Malaysia ini memang telah diberikan satu pengiktirafan apabila dibenarkan bersolat dalam Kaabah.
TUN! ONE IN A MILLION!
apakah akan ada seorang lagi rakyat malaysia dibenarkan memasuki Kaabah di masa hadapan? jika seseorang itu diberkati Allah & berwibawa mcm Tun, mungkin...
Wallahuaklam...
Sebab tu malaysia maju dgn berkat tun mahathir pimpin diikuti tun abdullah dan skrg ds najib.
Tun dr. Mahathir terbaik!!!
Catat Ulasan