Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 November 2011

Tunku Abdul Rahman Putra Sebut Konsep 1Malaysia !

Jelas proses menyatukan (mengumpul semua entiti menjadi satu) adalah perjuangan UMNO sejak sekian lama.

Buktinya ia dalam kata-kata Tunku Abdul Rahman yang anda dapat saksikan di atas.Disiar oleh Utusan Malaysia hari ini halaman 2.

Perjuangan yang merentasi bangsa dan agama UMNOlah yang melahirkan Malaysia yang kita ada pada hari ini.

Permulaan yang baik oleh Tunku Abdul Rahman sewajarnya diikuti dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin sekarang dan masa akan datang.

Alhamdulillah Presiden Umno hari ini masih kekal dengan matlamat yang sama ke arah menjadikan semua umat Melayu menjadi 1 tanpa mengenepikan Cina dan India.

Lantaran itu lahirlah 1Malaysia untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa meninggalkan sokongan bangsa lain yang sekian lama ada dan telah pun diterima sebagai rakan sebangsa di negara kita.

Usia 62 tahun parti keramat UMNO bukanlah penghalang kepada kualiti kepimpinan yang dinamik kerana UMNO sentiasa mengalami perubahan demi perubahan termasuk isitilahnya yang terkini iaitu - Transformasi.

Transformasi termasuk politik, selain Kerajaan adalah untuk membolehkan UMNO terus diterima untuk selama-lamanya. Jika tiada perubahan, bak kata Presiden ; kita akan diubah oleh rakyat jelata.

Berbanggalah negara kita ada sebuah parti yang berjaya himpunkan anak muda dan tua merangkumi semua kaum dan agama membawa negara tinggi di angkasa kemajuan dilitupi awan kedamaian yang berseri-seri dipandang.

Selamat bersidang kepada semua pejuang-pejuang dan tekadkan diri untuk mencapai kemenangan paling besar PRU akan datang.

Bersatulah Bersetialah Berkhidmatlah demi agama bangsa dan negara tercinta!

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate