Pengikut Blog Panglima

31 Januari 2011

Panasss : Blogger Pahang Daily Online (PDO) Akui Fitnah Saiful Bukhari Dan Akan Berkecuali Selepas Ini !!!


Pahang Daily Online Pohon Maaf Secara Terbuka Kepada Saiful Bukhari


Blogger Cucu Mat Kilau atau (PDO)kanan sekali


AIDCNews – 31/01/11 – Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.


Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”,klik di sini


Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.


Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini


Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.


“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.


“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.


Blog itu juga memohon maaf secara terbuka kepada individu yang pernah difitnah sebelum ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengambil sikap berkecuali dalam kes perbicaraan liwat Anwar, sedangkan sebelum ini, blog ini mengambil sikap berpihak kepada Anwar.


“Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.


“Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya.


“Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua“, katanya lagi.


Menurut blog itu penarikan balik enam artikel fitnah dan permohonan maaf secara terbuka kepada Saiful dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak tetapi di atas prinsip ‘yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah’


“Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing.


“Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini.


“Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi “millage” kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah”, katanya lagi


Cucu Mat Kilau : Dulu cium muka Anwar, sekarang mahu ludah…

Kemaskini : Apabila Presiden PAS dihentam Blogger PKR Kalah di Tenang !!!




Semasa awal pengumuman calon Pas Normaa Sudirman, Anwar tidak muncul. Semasa penamaan calon Anwar sekali lagi tidak muncul dan menghilangkan diri.

Bukan Anwar seorang tetapi Lim Kit Siang pun ikut sekali.

Kenapa jadi begini ?

Panglima sedar bahawa kedua tokoh PKR dan DAP itu sudah merasa tidak puas hati. Apabila Presiden PAS Hj Hadi dan Nik Aziz sudah sah mengiakan jemputan makan malam dengan YDP Agong sebelum ini yang turut dihadiri PM dan TPM

Bagi Anwar yang sedang dibuai mimpi akan ke Putrajaya PRU 13 sangat kecewa mendengar berita tersebut. Begitu juga bakal TPM Lim Kit Siang.

Kerana pertemuan UMNO dan PAS yang diadakan atas jemputan YDP AGONG dilihat satu pertemuan yang luar biasa.

Pelik kenapa Anwar dan Lim Kit Siang dipinggirkan?

Semua tahu jawapannya kerna ANwar dan LKS tidak pernah pada dendam untuk memecahkan Melayu dan menghina Raja secara tidak langsung dalam perjuangan politik mereka.

Semua kisah di atas menjadi sebab kenapa blogger PKR mula menyerang Presiden Pas.

Jika perkara ini menjadi isu besar maka revolusi Pakatan Haprak akan berlaku lebih awal.

Sekarang mereka merasa teruja melihat revolusi rakyat berlaku di tanah Arab seperti Tunisia dan Mesir.

Namun mereka jangan berangan angan kerana ia tidak akan berlaku di tanah air tercinta ini.

Maka apabila blogger PKR mula menyerang Presiden PAS sudah tentu tidak mustahil bloggers mereka akan bergaduh sesama sendiri. Revolusi menjatuhkan Penasihat PKR dan DAP barangkali akan menjadi topik yang akan keluar dada akhbar satu hari nanti.

Adakah mereka sudah bersedia ?

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=BYM9tcPjPE4&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Gobala : Anwar Perkudakan Melayu Cina India Untuk Agenda Politiknya Jadi Perdana Menteri !!!


Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang telah memaklumkan dirinya yang telah keluar daripada PKR menyifatkan keputusan diambil itu sebagai tiada pilihan kerana kedudukannya di dalam PKR itu nampak genting dengan tekanan oleh sesetengah pihak di dalamnya yang cuba membuatnya mengumumkan keluar parti dengan sendirinya. Gobala adalah salah seorang pengasas kepada parti Keadilan Nasional (PKN) yang seterusnya menjadi PKR apabila bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Tindakan itu juga diambil dengan ketidakpuasan hatinya dan bosan dengan bentuk kepimpinan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan Presiden yang baru dilantik, Azmin Ali yang cuba menguasai parti sepenuhnya mengikut selera mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pemimpin PKR itu didakwa tidak menghargai pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu apabila masing-masing berbalas mesej 'pergaduhan' melalui laman web Twitter selama dua bulan yang lalu.

Gobala berkata demikian semasa sidang media di pejabatnya di Paya Besar di Lunasnya hari ini (gambar atas). Beliau turut meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai berkuatkuasa serta-merta. Penganalisa politik sebelum ini sudah lama menjangkakan Gobala walaupun menafikan akan meninggal parti itu akhirnya terbukti tetap meninggalkan PKR.

Beliau sebagai ahli parlimen Bebas akan bersama beberapa penyokongnya yang didakwa terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobala menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyertai Konsensus Bebas di Parlimen yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bekas PKR yang lain. Beliau memaklumkan tindakan keluar PKR adalah tindakan bersendirian dan para penyokongnya disarankan membuat keputusan atau pilihan sendiri.

Beliau mendakwa selama ini Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja tetapi juga kaum India di dalam mencapaikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Beliau melihat hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya tidak akan berjaya sama sekali kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

Gobala mendakwa parti PKR hanya menunggu masa untuk runtuh dan baginya perlu keluar terlebih dahulu sebelum parti itu 'runtuh'.

–KLToday.com

Sent from my iPad

Reaksi PM Kemenangan Besar BN di PRK Tenang Dari Abu Dhabi

Kemenangan jadi perangsang - PM

ABU DHABI 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini meneruskan momentum kejayaan parti itu dalam pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi, Perdana Menteri berkata, momentum kejayaan yang ditunjukkan di DUN Tenang berterusan selepas BN mencapai kemenangan di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah pada November lalu.

''Ia membuktikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata tetapi mampu diterjemahkan di tiga buah negeri yang berasingan.

''Semua ini menunjukkan trend peningkatan sokongan kepada BN termasuk sebelumnya di Parlimen Hulu Selangor boleh dikatakan semakin menyeluruh dan mantap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.

Najib mengulas kejayaan calon BN di DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menewaskan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi pada pengundian yang dijalankan hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun peratusan keluar mengundi menurun berikutan banjir yang melanda namun beliau berharap kejayaan tersebut dijadikan dorongan merangsangkan BN di negeri-negeri lain bagi membuat persediaan untuk membolehkan kejayaan lebih besar dicapai.

''Walaupun kita menghadapi tentangan agak hebat di DUN Tenang daripada jentera pembangkang tetapi segala isu yang dilemparkan oleh mereka tidak diterima oleh pengundi.

''Sebaliknya pengundi membuat keputusan yang bijak dan matang bahawa apa yang mereka penting ialah masa depan kawasan dan negara pada keseluruhan, ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka kepada BN semakin kukuh dan meningkat.

''Ia memberikan kita semangat untuk bekerja lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat. Saya selalu menekankan bahawa apa yang kita lakukan mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, mereka akan membalas balik usaha berkenaan dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," katanya.

Beliau berkata, BN akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di DUN Tenang termasuk undi-undi yang telah diperolehi sama ada di peti undi pengundi Melayu, Cina dan India.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan jentera BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sayap-sayap UMNO dan sahabat BN seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Makkal Sakhti dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu kejayaan BN. - utusan


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Sent from my iPad

30 Januari 2011

Terkini - BN Menang Dengan Majoriti 3707 di PRK Tenang !!!

Keputusan Rasmi :

BN 6699 

PAS 2992 

Undi Rosak142 

Majoriti 3707

 ( info Utusan Malaysia )


Syabas kepada semua yang bekerja keras samada di Tenang atau di alam siber !!!

Bersyukurlah atas kemenangan dan janganlah takbur sebaliknya pujuklah rakan pembangkang kita dengan hikmah agar kembali sedar nilai kebenaran yang kita bawa.


BN Peluang Cerah Menang di Tenang - Tulis Blogger Pro Pakatan !!!


Kemenangan BN sudah dijangka.

Banjir yang melanda dikatakan menurunkan minat pengundi Cina di Tenang untuk mengundi.

Faktor ini akan memberi peluang BN menang lebih cemerlang.

Melayu juga akan kembali sepenuhnya mengundi BN.

Maka tidak pelik Blogger PAS sendiri menjangka BN boleh menang dalam lingkungan majoriti 1500 undi.

Namun Panglima jangka kita boleh dapat majoriti dalam 3 ribu undi.

Namu apa jua keputusan kita tunggu sekejap lagi...

Moga Allah berkati tenang dengan memberi peluang cucu Tok Tenang menjadi wakil kawasan.

Amin.


link klik di sini




(Kemaskini ) Edisi Sedih PRK Tenang : Sah Normala Telah Berpisah Dengan Suami !!!


Suami beliau Maarof sudah sah berpisah dengan isterinya...


Gambar dari Blog Rajah Mas di bawah membuktikan perkara tersebut.

Jika isu ini tidak terbongkar maka Panglima pasti suaminya akan berterusan menyalahgunakan cuti sakit yang diberi oleh doktor untuk menemani isteri ke mana sahaja.


Selepas terbongkar dengan kuasa Allah penipuan beliau tentang cuti sakitnya maka semalam beliau tidak lagi mengiringi isteri walau masih diberi cuti MC.


Perpisahan yang menyakitkan..



tetapi menguntungkan kita kerana ia isu yang jelas adalah bukan rekaan atau fitnah oleh bloggers.



Kebenaran memang pahit untuk ditelan Normala yang kehilangan suaminya tetapi kerana membela kebenaranlah perkara sebegini kita bongkarkan bersama-sama.


link Blog Rajah Mas ada di bawah

















Sent from my iPad

Isu Tanah Calon BN sebenarnya Angkara Peguam PAS !!!



Pas telah menjadikan isu sekeping tanah milik seorang lelaki yang telah dilelong sebagai modal utama kempen mereka di prk Tenang.


Malam tadi saya telah mendapat gambaran sebenar kes tersebut dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang sebenar.


Seorang lelaki bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.


Mansor telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai cagaran.


Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank.


Berkali-kali Mansor diberi peluang oleh bank dengan cara baik agar menjelaskan pinjamannya.


Bagaimanapun Mansor tetap gagal menjelaskannya walaupun peluang demi peluang telah diberi.


Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.


Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.


Setelah kes diserahkan kepadanya, maka peguam yang juga orang Pas meneruskan tindakan undang-undang terhadap Mansor. Tindakannya ialah membuat urusan untuk melelong tanah milik Mansor bagi membolehkan bank mendapat balik wang mereka.


Untuk melelong tanah tersebut pihak bank melalui peguamnya perlu mendapat kebenaran pejabat tanah sebagai pentadbir.


Setelah bank menunjukkan segala bukti-bukti dan hujah-hujahnya mengapa tanah tersebut perlu dilelong, maka pihak pejabat tanah tidak ada alasan untuk tidak membenarkannya.


Lalu pejabat tanah telah memberi kebenaran bank untuk melelong tanah tersebut berdasarkan segala bukti dan hujah yang diberikan oleh peguam yang mewakili bank.


Beberapa hari sebelum tanah tersebut di lelong, Mansor telah datang ke bank dan berbincang dengan bank serta membuat bayaran kepada bank sebanyak RM 10 ribu bagi mengelakkan tanahnya dilelong.


Setelah menerima bayaran dari Mansor, peguam (orang Pas) yang mewakili bank TIDAK memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan tanah Mansor ditarik balik atau ditangguh kerana dia telah membuat bayaran kepada bank.


Pejabat tanah yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut telah meneruskan lelongan tanah Mansor pada hari yang telah ditetapkan untuk melelongnya.


Akhirnya tanah Mansor telah dilelong kerana KEGAGALAN peguam(orang Pas) memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan kerana Mansor telah membuat bayaran kepada bank.


Tanah tersebut telah dibeli oleh seorang wanita. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan Mansor, maka Mansor telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pejabat tanah.


Akhirnya mahkamah memutuskan agar tanah tersebut dipulangkan kembali kepada Mansor dan bank pula diminta membayar kembali wang kepada wanita yang membeli tanah tersebut.


Wanita tersebut tidak berpuashati, katanya beliau telah mengalami kerugian kerana selepas membeli tanah itu beliau telah bercucuk tanam atas tanah tersebut.


Akhirnya wanita tersebut saman pula pejabat tanah, bukannya beliau saman Azhar Ibrahim secara peribadi sebagaimana yang dicanang oleh juak-juak Pas yang otak kemetot seperti Shamsul Iskandar Mat Akin.


Perkara ini telah dijelaskan oleh blogger MIK beberapa hari lepas. Klik disini


Kesimpulannya, dalam kes ini Azhar Ibrahim (calon BN) tidak melakukan sebarang kesalahan.


Beliau menjalankan tugasnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Orang yang perlu dipertanggungjawab dan bersalah dalam hal ini adalah peguam yang mewakili bank, Firdaus yang juga orang Pas.


Dia perlu dipersalahkan kerana gagal memaklumkan kepada pejabat tanah supaya urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan.


Saya difahamkan Firdaus yang membocorkan perkara ini kepada Pas untuk didedahkan dalam kempen prk ini.

artikel dari RBF (Ruang Bicara Faisal)



klik : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/01/penjelasan-isu-tanah-calon-bn.html



Sent from my iPad

Reaksi Pucat Gementar Calon Pas Normala Semasa Jawab Isu Cuti Sakit Suaminya !!!

29 Januari 2011

Gempar : Sijil SPM Calon PAS Sudah Terdedah - Jom Tengok !

Sijil Sakit suami dah terdedah. Sijil SPM baru terdedah. Sijil kahwin je belum lagi.

Cuma bila dah tengok banyak sangat isu yang keluar maka kita terfikir apakah sesuai calon Pas ini menjadi wakil untuk rakyat di N05 Tenang?

Adakah isu MC 21 hari Cikgu Marof suami Normala yang tidak dinafikan oleh Normala adalah isu kecil? Pelik kenapa cuti diberi semasa kempen PRK. Kementerian Kesihatan perlu menyiasat perkara ini agar wang rakyat tidak dibazirkan kepada orang yang bukan hak.

Sedangkan kita tahu jika seseorang mendapat sijil sakit maka dia sepatutnya berehat bukan sibuk ke sana ke mari bantu isteri seperti yang dilakukan oleh suami Normala. Atau adakah suami beliau takut isterinya akan lari ?

Begitu juga kes perkahwinan pertama yang gagal juga memberi persepsi yang tidak baik kepada generasi muda. Kegagalan perkahwinan pertama yang terlalu singkat membuktikan bagaimana kegagalan Normala menjaga rumahtangganya dengan baik. Perkara ini juga tidak dinafikan oleh Normala sendiri.

Maka setelah segala fakta yang bukan fitnah ini disebarkan maka pengundi perlu sedar calon BN lebih berkualiti untuk menjadi wakil Tenang. Calon Wakil Rakyat yang mempunyai rekod sangat baik walaupun cuba diaibkan oleh Pakatan Haram dengan isu tanah namun ia berjaya dipatahkan dengan mudah.

Kes berkenaan adalah jelas disebabkan kesilapan kerani bukan Azahar Ibrahim selaku ADO. Dan malang sekali bagi Pakatan kerana mereka hanya ada satu sahaja kes yang dibawa ke mahkamah sepanjang Tok Ai menjadi ADO di sana untuk dijadikan modal burukkan nama Tok Ai.

Kelebihan Tok Ai yang berpengalaman luas dalam hal pentadbiran, dan merupakan keturunan pengasas kampung Tenang yang digelar Tok Tenang serta mempunyai keluarga yang ramai adalah kelebihan yang ketara berbanding calon Pas.

Maka Panglima menyeru agar pengundi di Tenang memilih calon BN yang lebih layak. Kita takut apabila amanah diberi kepada yang bukan ahlinya maka kehancuranlah yang akan dinikmati oleh kita akhirnya.

Selamat mengundi dan undilah dengan tenang demi Islam, Melayu dan Malaysia.


info : http://azlantaib.blogspot.com/2011/01/cikgu-mala-bukan-tak-pass-spm-cuma.html


Sent from my iPad

28 Januari 2011

Panasss : Rakyat Berang Suami Normala Cuti Sakit 21 Hari Walau Ikut Isteri Tiap Hari !!!

oleh: TG AZMAN TG ABAS 

image.jpeg

LABIS 27 Jan -  Tindakan  suami calon Pas,  Maarof Abd Mutalib  yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari  menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.

Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.

Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Stesen, Taib Abdullah, 51 berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t, dirinya, malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.

"Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya.  Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak.  Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.

"Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya.  Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak.  Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya."

"Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui.  Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon Pas ini," katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.

"Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

"Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini," katanya.

Sementara itu, Rokiah Ali, 53  dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

"Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.

"Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.," katanya.

Sementara itu, Robiah Majid, 47 yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.

"Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji  tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.

"Tak eloklah beliau buat begitu. Kalau dah begitu, apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen. Tak eloklah cikgu buat begitu., Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.

Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.
































































































http://www.youtube.com/watch?v=Owax4v2zNZ8&feature=youtube_gdata_player







Sent from my iPad

Panasss : Ceramah Pakatan - Walau Dihadiri Anwar - Tidak Dapat Sambutan di Tenang !!!

info : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/01/live-tenang-ahmad-maslan-provok-pas.html


Sent from my iPad

Live dari Tenang : BN mampu menang berdasarkan tinjauan di alam siber !

Blog Keris Putera membuat tinjauan pembaca blog yang telah disertai seramai 287 pembaca blog beliau tentang peluang BN untuk menang di PRK Tenang.

Keputusannya seramai 78 peratus mengundi BN akan menang berbanding 17 peratus sebaliknya dan 3 peratus berpendapat mungkin.

Moga kemenangan akan berpihak kepada BN!

Calon BN bersama Imam Tenang

Lee Kuan Yuew Bantu Anwar Pakatan di Tenang?



1. Mungkin dirancang atau secara kebetulan, tiba-tiba meletup isu Menteri Mentor kepada PAS dan DAP? menggalakkan umat islam melonggarkan amalan mereka demi perpaduan di Singapura. Sesuai dengan proses demokrasi di Tenang, kita tidak dapat mengelak membicarakannya. Ikhlas atau tidak respon harus segera diberi.

2. Tentunya reaksi kita akan menentang kenyataan biadab Lee Kuan Yew itu. PAS melalui Nik Aziz menyokong kenyataan Menteri Mentor PAS dan DAP itu. Ikhlaskah beliau berbuat begitu atau semata-mata DEMI UNDI? DAP seperti biasa akan diam membisu dalam isu membabitkan Lee Kuan Yew, namun penyokong nombor wahid LKY.

3. Dalam diam, DAP membangkitkan kemarahan kaum Cina kerana orang Islam Malaysia telah menghina Lee Kuan Yew. Kenyataan Nik Aziz diguna sebagai senjata memujuk kaum Cina mengekalkan undi mereka kepada PAS. Ingat! BN kalah di 4 peti undi bandar yang diwakili kaum Cina di Tenang pada 2008, manakala menang 8 di kawasan luarbandar melayu.

4. Tidakkah ini mengiyakan dakwaan wujud kerjasama langsung PAP di Singapura dan DAP di MAlaysia, manakala PAS pula hanya dipermainkan dalam gabungan dengan taktik halus dan 'berseni' DAP itu. Maka benarlah juga dakwaan bahawa mengundi PAS itu adalah mengundi DAP. Manakala PKR berperanan sebagai orang tengah dalam hubungan PAS-DAP ini.

5. Sudah terang lagi bersuluh! Masyarakat harus bijak menilai, slogan 'Membangun Bersama Islam PAS' kini hanya terletak di tayar-tayar buruk yang dicat hijau putih serta diletakkan di tepi-tepi jalan sahaja. PAS kini semakin teruja dengan 'umpan' kuasa yang dijanjikan oleh AnWAR dan DAP dalam gabungan mereka.

6. Ternyata di sebalik dakwaan angkuh Kuan Yew itu, beliau akan menggunakan apa sahaja ruang untuk memperlekehkan melayu-islam di Malaysia. Bagi mengukuhkan cita-citanya, beliau menggunakan sekutunya di negara ini. Taktik mereka secara halus menggunakan orang melayu-islam sendiri bagi mengelirukan masyarakat melayu-islam yang akhirnya menjuruskan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini, dan akhirnya, siapa yang untung dari perpecahan ini.....

Sekian




tulisan : x-PKR
http://x-pkr.blogspot.com/2011/01/kuan-yew-bantu-pas-di-tenang-anwar.html

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

27 Januari 2011

Video Ummi Hafilda Selepas Buat Laporan Polis Tengah Hari Tadi Ke Atas Blogger Tukar Tiub Dan Laman Tranungkite !!!

berita lanjut klik di link wartawan AgendaDaily di bawah :

Paling Gempar : Ibu Normala Ahli Umno Hingga Sekarang dan Apakah Normala Sudah Derhaka Lawan Ibu Kandungnya Sendiri ???

Maaf berita ekslusif ini perlu dibaca di blog Tuannya sendiri iaitu Bro RBF.


Panglima sekadar mewar-warkan untuk menarik perhatian jentera kita di sana dan blogger agar dapat mengembangkan lagi cerita ini.

Patutlah tak ada gambar Normala dengan ibunya kan ???

Bapa dia pula pergi mana ?


Adakah benar perkahwinan pertama tidak menjadi kerana ia dipilih oleh ibubapa Normala ?

Maknanya Normala memang tidak mahu mentaati pilihan ibubapanya sendiri.

klik sini untuk info http://kumankumin.wordpress.com/2011/01/23/normala-derhaka-terhadap-ibubapa/



Cuma untuk memudahkan info dipetik sedikit tentang Ibu Normala yang masih aktif Umnonya :


Nama : Mumini Bt Yahya 
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor


Maaf tak dapat bantu lagi melainkan tuan puan kena klik link ini

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/01/calon-pas-anak-derhaka.html

Gemparrr : Kickdefella Dedah Husam Kata - Akan Lawan Tok Guru Demi Rakyat - Isu Bazar AlMenantunya Ariffahmi !!!


Kickdefella menulis :
" Satu ketika dahulu saya bangga mengenali seorang yang bernama Husam. Seorang yang sentiasa memperkenalkan dirinya sebagai pembela insan-insan kecil. Tetapi hari ini  Husam menurun taraf dirinya kepada sekadar pengangkat najis  Abdul Ariffahmi Ab Rahman.
“Saya tidak boleh biarkan Kerajaan buat macam ini kepada rakyat. Kalau Tok Guru tak bela rakyat, saya akan lawan Tok Guru untuk rakyat….” lebih kurang begitulah kata-kata Husam kepada saya dan para sahabat serta para peniaga yang berdiri teguh bersamanya menentang Ariffahmi pada 14 Oktober 2009 di dalam bilik mesyuarat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Lalu selepas itu, kami beredar ke bawah bayangan tangki air besar Air Kelantan di Taman Indera Petra. Sambil meneguk air kelapa, kami sahabat Husam menyatakan kekaguman kepada ketegasannya. Kita berusaha singkirkan Ariffahmi supaya Husam dapat menjalankan amanahnya kepada rakyat dan bukan menipu rakyat."

baca kisah sepenuhnya di sini http://kickdefella.wordpress.com/ 





Komen Panglima : Isu Bazar Tok Gur menunjukkan kelemahan Kerajaan Kelantan dalam mentadbir negeri. Rakyat telah ditipu dan mereka telah mengambil tindakan menyuarakannya. Maka kata-kata Husam dinukilkan kembali bagi menunjukkan bahawa Husam Musa seperti juga pemimpin PAS yang lain hanya pandai berkata-kata tetapi gagal mengotakannya.

Maka apakah pilihan pengundi Tenang 30 Jan depan akan diisi nama Normala dari PAS ? Adakah belum cukup lagi segala penipuan dan penyelewengan dalam Kerajaan Kelantan, yang diperintah sejak 20 tahun yang lalu menjadi bukti mereka tidak wajar dijadikan pilihan teratas antara pilihan yang ada !!!

Maka marilah kita  memilih dengan tengan di TENANG agar ketenangan akan berkekalan bukan berganti dengan kepincangan serta kerosakan.

Moga Allah membuka pintu hati kita semua termasuk pengundi Cina di sana.


Kartun PRK Tenang Tok Ai vs Normala vs Mazlan

Sindiket peralat anak yatim akhirnya tumpas!

Syabas kepada pihak berkuasa yang telah berjaya menumpaskan kegiatan
memperalatkan anak yatim ini.

Mari kita berderma kepada anak yatim agar mereka tidak perlu mengemis
untuk mencari dana.

Moga rezeki kita akan ditambah Allah !!!

26 Januari 2011

Video Mazlan Aliman Bukti Felda Akan Dimansuhkan Pakatan Rakyat Dan Nasib Muslim di Champa Untuk Iktibar Peneroka Felda !!!



Bila Felda dimansuhkan maka segala jasa baik Felda seperti di bawah akan terhenti... 

Bahkan jasa Felda sejak ditubuhkan memberi keselesaan hidup kepada Peneroka dan anak cucu mereka akan terhenti sama sekali.

Felda hari ini dikenali di dunia bukan setakat negara kita sahaja. 





FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)



FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)



FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.



FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.













Video di bawah barangkali boleh sedarkan peneroka Felda 
betapa beruntungnya mereka berada di bumi bernama Malaysia ini !!!






Jikalau fakta-fakta diatas sukar untuk difahami atau diterima 
dengan mudah oleh mereka.






Calon BN Jawab Fitnah PAS Isu Tanah - Ahli PAS Dicabar Tengok Video dan Artikel ini !!!



Baca juga tulisan blogger Cucu Tok Selampit di bawah :


Di saat-saat kempen pilihanraya DUN Tenang memasuki fasa-fasa akhir, PAS kelihatan terdesak untuk meningkatkan peluang calonnya bersaing dengan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai.


Semalam, PAS telah mengarahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang lebih mesra dipanggil Din Puduraya danAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin untuk memanipulasi kes lelongan sesorang tanah penduduk Labis yang dilakukan atas arahan mahkamah atas permintaan pihak Bank. Petikan dari Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya. Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.Salahuddin berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.


Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk. Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka. Dalam sidang media yang sama juga Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan bahawa pendedahan yang dibuat “tidak sama sekali tergolong kepada satu serangan peribadi terhadap calon Umno”. Sebaliknya apa yang kami ingin dedahkan adalah menyentuh isu integriti dan kelayakan calon Umno bagi mewakili rakyat di DUN Tenang. PAS percaya bahawa sebelum mana-mana calon dari mana-mana parti politik ingin meminta rakyat memilih mereka dalam mana-mana pilihan raya, adalah penting calon tersebut mengamalkan budaya ketelusan," tegasnya.


Salahuddin berkata, tanpa ketelusan sudah tentu rakyat tidak berupaya untuk membuat satu keputusan yang bermaklumat dalam memilih calon yang mereka ingini. Mansor yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut pula berkata, sekiranya beliau tahu tanah itu akan dilelong, beliau akan bertindak awal dengan membeli draf bank dan meletakkan nama tanah itu ke atas nama adik atau saudaranya.


“Pada pagi (itu), saya bayar duit kepada bank sebanyak RM10,000. Kemudian saya pergi beritahu kepada calon (Mohd Azhar), ini resit yang saya dah bayar kepada bank. Dia (Mohd Azahar) cakap nak kena lelong juga,” katanya sambil menambah beliau tidak berniat untuk berkempen di atas pentas Pakatan Rakyat.
Hasil siasatan penulis di Pejabat Daerah Segamat dan merujuk perkara ini kepada keputusan penghakiman Mahkamah mendapati beberapa fakta kes di dalam fitnah ini gagal atau cuba disembunyikan oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh tukang fitnah, Din Puduraya, Hanipa Maidin dan balachi PAS yang pastinya dibayar, Mansor Mohammad:
  • Mansor Mohammad gagal menjelaskan ansuran banknya untuk pinjaman tanah. Pihak Bank mengambil tindakan lelong ke atas tanah berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada melalui tindakan mahkamah. Pejabat Tanah Daerah tidak ada kena mengena dengan proses lelongan berkenaan dan mereka hanyalah bertindak atas arahan mahkamah.
  • Tidak mungkin Mansor Mohammad tidak mengetahui tananhnya akan dilelong oleh pihak Bank memandangkan pihak bank melalui peguam-peguam Bank akan menghantar setiap surat saman secara AR Register atau "subsitute service". Tindakan saman bermula dari tindakan "Notice of Demand" sehinggalah tindakan melelong dilakukan semuanya dilakukan secara teratur dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Malah proses lelongan akan diiklankan di semua suratkhabar-suratkhabar tempatan dalam tempoh tertentu sebelum lelongan.
  • Tindakan pemilik tanah yang setelah membayar kepada pihak Bank sebanyak RM10,000 dan kemudiannya cuba menyerahkan resit berkenaan kepada Pejabat Tanah Daerah adalah tidak tepat. Beliau sepatutnya berurusan dengan pihak bank dan pihak peguam /mahkamah bagi menghalang tindakan lelongan itu dari terus dilakukan oleh pelelong berlesen yang dilantik.
  • Seperkara lagi, pihak Pejabat Tanah Daerah tidak sama sekali terlibat di dalam proses lelongan. Lelongan dilakukan oleh Pelelong Berlesen mengikut undang-undang yang sedia ada. Pihak Pejabat Tanah Daerah hanya sebagai orang tengah yang mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib.
Kegagalan dan kebodohan Din Puduraya dan peguam Hanipa Maidin memutarbelitkan fakta perundangan amat dikesali. Sepanjang hampir 20 tahun saya bekerja dengan Bank, inilah kali pertama saya mendengar bahawa Pihak Pejabat Tanah Daerah mempunyai kuasa untuk melelong tanah. Bodoh betul. Kalau Pejabat Tanah Daerah hanya menjadi orang tengah dan tidak terlibat dengan perlelongan tanah, bagaimana hendak dikatakan bahawa calon BN cuai di dalam menjalankan tanggungjawabnya. Sekali lagi saya kata puak ini bodoh dan bangang!

Saya tidak peduli sama ada Normala Sudirman atau dikenali sebagai Cikgu Mala pernah berkahwin dua kali. Saya tidak peduli sekiranya perkahwinan pertamanya hanya kekal selama 3 hari. Saya juga tidak peduli sama ada bekas suami pertamanya adalah bekas pekerja KFC Labis dan kini bekerja di Marrybrown, Kajang. Ini masalah peribadi beliau dan tidak ada kena mengena dengan pilihanraya. Oleh itu, saya juga tidak bersetuju dengan tindakan PAS menabur fitnah yang tidak berasas kepada calon BN. 


Tindakan mereka yang hanya berpijak kepada khabar angin dan tidak bersandatran bukti nyata semata-mata hanya mahu mengaburi keputusan pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka Ahad ini. Tindakan mereka tidak lebih dari seperti pepatah English, "If you can't convince them, confuse them!"