Khazanah catat untung RM5.3 bilion
Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my
2012/01/19
KHAZANAH Nasional Bhd mencatatkan pencapaian cemerlang bagi kedua-dua prestasi kewangan dan strategiknya sepanjang 2011.
Beliau berkata, arah aliran port-folio pelaburan Khazanah juga terus menunjukkan arah aliran menaik walaupun menerima sedikit kesan daripada pasaran global yang lebih perlahan tahun lalu.
“Walaupun jumlah portfolio pelaburan Khazanah susut sedikit dengan Nilai Aset Direalisasikan (RAV) merosot RM4.5 bilion atau empat peratus kepada RM108.1 bilion dan Nilai Aset Diselaraskan (NWA) berkurang RM5.2 bilion, atau 6.9 peratus kepada RM70 bilion daripada RM75.2 bilion, arah aliran keseluruhan dalam portfolio sejak pelaksanaan program transformasi pada 2004 kekal kukuh,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi Khazanah sepanjang 2011, di Kuala Lumpur, semalam.
Azman berkata, Khazanah membuat 13 pelaburan berjumlah RM5.8 bilion tahun lalu dan melupuskan lapan pegangan bernilai RM7.7 bilion, membolehkannya menjana pendapatan berjumlah RM2 bilion.
Katanya, secara keseluruhan, di antara 2004 dan 2011, Khazanah membuat 89 pelaburan bernilai RM45.5 bilion, dan 45 pelupusan kepentingan bernilai RM31.7 bilion, bagi meraih pendapatan RM13.6 bilion.
Selain PLUS Expressways, antara transaksi utama dilaksanakan Khazanah sepanjang tahun lalu ialah pelupusan 32 peratus kepentingan strategik dalam POS Malaysia Bhd kepada DRB-Hicom bernilai RM622.8 juta; kemasukan Mitsui & Co Ltd sebagai rakan strategik dan pemegang saham dalam Integrated Healtcare Holdings Bhd (IHH); serta pelaburan bersama Khazanah dan Temasek Holdings Pte Ltd bagi pembangunan projek di Singapura dan Iskandar Malaysia membabitkan Nilai Pembangunan Kasar RM30 bilion.
Azman berkata, bagi 2012 ini Khazanah akan terus fokus melaksanakan pelupusan aset secara berperingkat dan teratur bagi aset bukan teras dan pegangan bukan terasnya lain.
Beliau juga berkata, Iskandar Malaysia yang kebanyakan pelaburannya masih di peringkat permulaan pada 2011, akan menyaksikan kerancakan aktiviti tahun ini dengan siapnya beberapa projek pemangkin utama.
sumber : http://www.bharian.com.my/
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
1 ulasan:
salam mohn blok link disni
Lantak Hangpa LA
http://usezworkshop.blogspot.com/
Catat Ulasan