Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mac 2012

Kisah Erykah Badu - Malcom X - Five Percenters - Witness Jehovah Oleh Pewaris-Wasiat cc @NajibRazak





Sumber : PEWARIS WASIAT

Asalam to all,

Hampir 2 hari Pewaris Wasiat tak jengah Blog sendiri, sibuk di Pantai Timur dengan "Special Task" dapat gak dok Hotel BerSTAR tapi bukan di Swiss Garden...Hehehee

Ok, Terlebih dahulu Pewaris Wasiat ucapkan SYABAS pada Pak Menteri kita Rais Yatim yang berana bersuara serta mengeluarkan arahan PEMBATALAN konsert ERYKAH BADU, kali ni mari kita berkongsi kongsi pengetahuan dan cerita dengan kawan kawan semua, walaupun agak lambat Pewaris menulis tentang ini tetapi bagus juga bagi mereka yang nak tahu siapakah Erykah Badu dan Apakah Five Percenter serta siapakah pengamal pangamal atau penggikut ajaran Agama ini.

Pengalaman Pewaris Wasiat selama 3 tahun lebih bersama orang orang kulit hitam diNigeria Africa ada hubungkaitnya dengan beberapa fahaman Agama, bermula dari Islam, Kristian Khatolik, Kristian Protestan, Witnees Jehovah dan bermacam agama atau Amalan Nenek Moyang mereka.

Dan Pewaris masih ada menyimpan "Surat Jemputan Gereja" yang dihantar oleh Senior Pastor Moses Wilkie kepada Pewaris Wasiat untuk membaca "Nine Lesson and Carol"pada Hari Minggu diGereja Escalet...jangan salah FAHAM....mereka tahu yang Pewaris Wasiat ni Islam atau MOSLEM ...Tetapi ini lah sebahagian daripada Serpihan Agama yang Pewaris tuliskan dibawah....



Selama 3 tahun lebih bersama mereka dan
dijemput untuk "Nine Lesson and Carol Service"



Siapakah Five Percenters
Dan Apakah Five Percenter




Tattoo dan Logo Five Percenter


 

Mereka atau kumpulan ini bukan golongan yang menganuti Islam yang sebenarnya, Five Percenters adalah kumpulan serpihan yang berpecah dariNation of Islam (NOI) pada tahun 1964 akibat dari Penafian dan Penolakan tentang Ketuhanan di bawah kepimpinan Clarence "Pudding" 13X. 


Clarence "Pudding" 13X



Nama Five Percenter ini berasal dari kepercayaan bahawa mereka adalah yang telah dipilihsebanyak Lima peratus daripada umat manusia yang hidup dalam Kejahilan, Hipokrik dan Tidak Jujur dan mereka Five Percenter hidup "dalam Islam yang Benar" dan dengan itumereka telah dimanifestasikan sebagai 'Yang kudus" iaitu mereka lah orang orang kulit hitam penghuni sebenar didunia ini dan dipanggil Allah atau Tuhan.



Clarence Pudding 13X adalah bekas anak murid Malcom X pemimpin Kulit Hitam America diawal tahun 1960an, yang mana beliu telah keluar dan meninggal kan Masjid di kawasan mereka iaitu Harlem di Mahathan, New York akibat dari pandangan dan fahaman nya yang tidak setuju dengan sifat Ketuhanan yang disampaikan pada masa itu. Beliu lah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran, mempopularkan dan reinterpreting"Lessons" atau ajaran Elijah Muhammad di kalangan generasi remaja tahun enam puluhan di kawasan metropolitan New York. 


Malcom X





Elijah Muhamad



Penggikut atau penganut Five Precenter mempercayai dan mengajar bahawa...
1.Orang Kulit Hitam adalah penduduk asal planet bumi.
2.Orang Kulit Hitam adalah bapa dan ibu-ibu tamadun.
3.Pengetahuan Sains Matematik adalah kunci untuk memahami hubungan manusia denganalam semesta.
4.Islam adalah cara hidup semula jadi dan bukan nya Agama.
5.Manusia harus dibentuk untuk membolehkan berdikari sebagai satu bangsa.
6.Masing-masing perlu mengajar mengikut pengetahuan mereka.
7.Orang Kulit Hitam adalah tuhan dan nama yang betul adalah ALLAH. Lengan, kaki, kaki,lengan, Ketua.
8.Anak-anak kita adalah hubungan untuk masa depan dan mereka perlu dipupuk,dihormati, disayangi, dilindungi dan dididik.
9.Hanya keluarga Orang Kulit Hitam yang bersatu dapat membangun negara.


Harlem - Mahathan, New York



Sejak 25 tahun kebelakangan ini, pengaruh Nation Five Percenter atau NegaraTuhan dan Bumi (seperti yang dikenali sekarang) berkembang dengan pesat naya dalam banyak lirik lagu dan dalam muzik Rap kontemporari, ianya menonjolkan rujukan secara langsung atau kiasan yang kuat tentang Five Percenter Ideologi. Superstar Rapper seperti Erykah Badu, Srand Nubian, Black Cream, Jay Z, Busta Rhymes dan ramai lagi yang tidak mendedahkan anutan dan kefahaman mereka.













Pssst : Jangan main ikut sedap kepala jer Agama ni...semuga Generasi kita kekal dalam Agama yang Benar... Islam yang suci murni....!!!! Wallahwaalam.......... 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate