YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
11 April 2012
KBS Sasar 2 Juta Hari Belia Negara 2012 #HBN2012
Sasar Hari Belia Negara karnival terbaik dunia
PUTRAJAYA 9 April - Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan pada hujung bulan depan untuk tersenarai antara 10 karnival terbaik di dunia.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih istimewa kerana menampilkan kepelbagaian kebudayaan dan kesenian berskala besar dari dalam dan luar negara.
''Kalau di Asia, inilah yang terbesar dan untuk penganjuran kali ini, kita mahu lihat kedudukannya di peringkat dunia kerana menampilkan lebih 500 acara termasuklah 20 pentas yang menghidangkan pelbagai jenis muzik.
''Dalam masa sama, karnival selama lima hari bermula 23 Mei itu dijangka mampu menarik lebih dua juta pengunjung dan pelancong asing iaitu peningkatan sekali ganda berbanding tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Pelancongan dan persatuan hotel tempatan mengenai sambutan tersebut di sini hari ini.
Setakat kini, China, Indonesia, Jepun, Korea dan Brunei telah mengesahkan penyertaan dalam sambutan tahun ini.
Acara yang dianjurkan adalah membabitkan kerohanian, sukan dan rekreasi, keusahawanan serta kesenian.
Seiring dengan itu, Ahmad Shabery berkata, pihak agensi pelancongan dan hotel disaran mempromosikan dengan segera program Hari Belia Negara 2012 kepada pelanggan mereka.
Beliau menambah, ia selaras dengan persetujuan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan untuk memasukkan penganjuran sambutan itu ke dalam kalendar pelancongan negara.
''Kami menganggapnya sebagai satu produk pelancongan yang berpotensi kerana ia menghimpunkan hampir kesemua kebudayaan dan kesenian yang ada dalam negara ini," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan