Kenyataan Pengarah Strategik PKR bahawa PM mahu melindungi perompak apabila meminta sebarang maklumat didedah kepada SPRM, sangat biadap dan terbukti satu putar belit membersihkan dirinya yang didakwa kerana BAFIA.
Beliau yang dilihat pucat ketika ditahan, namun cuba mengawal diri dengan senyuman yang dilihat sumbing, sungguh tidak beretika apabila mengatakan PM cuba lindungi perompak. Meskipun kes NFC tenggelam bila Datuk Seri Shahrizat diberhentika setelah tamat tempoh menjadi Senator, namun kerosakan akibat pendedahan Rafizi Ramli selain kepada Bank yang menjadi majikan kepada Johari Mohamad, perlu dijadikan iktibar bersama.
Di dalam keghairan bekas pelajar cemerlang MCKK namun menamatkan pengajian hanya dengan ijazah second class lower, seperti tulisan di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/02/rafizi-ramli-rafiziramli-lulus-second.html, beliau harus sedar setiap orang berhak dilindungi undang-undang. Sekiranya beliau membandingkan undang-undang Malaysia dengan negara lain dan tidak berpuas hati dengan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya maka beliau boleh sahaja keluar menetap di negara tersebut.
Berpolitiklah mengikut undang-undang dan jangan sesekali agensi penguatkuasa mencegah rasuah seperti SPRM dihentam dan difitnah tidak telus di dalam menegakkan undang-undang. Lihat sekeliling dan kajilah sejarah pendakwaan sebelum ini yang jelas tidak memilih bulu termasuklah parti pembangkang. Jangan lupa kes Mursyidul Am PAS isu tajaan haji dan isu lain tanpa disusuli dengan pendakwaan walau menaikkan kemarahan penyokong Kerajaan, membuktikan sikap sebenar SPRM yang telus berintegriti tanpa mengira parti.
Rafizi perlu menjaga kata-kata atau akan semakin binasa dengan kata-kata beliau lantaran dipenjara dan dihukum Perlembagaan Malaysia bila didapati bersalah nanti. Kes liwat Anwar juga bukti Anwar mendapat penghakiman yang jelas tidak berat sebelah dan adil kepada yang belum jelas disabitkan kesalahan. Setiap individu di negara kita berhak mendapat keadilan dan kerana itu tidak ada akan menjadi mangsa jika semua yakin dan percaya kepada keluhuran perlembagaan.
Cukuplah menghina menabur fitnah penjawat awam tidak adil menjalankan tugas, atau membuat kezaliman kepada rakyat tidak mampu melawan kerana hari ini kesedaran menunaikan tanggungjawab tanpa dengan ikhlas dan mengikut undang-undang semakin meningkat di Malaysia. Rujuk kadar tangkapan SPRM terhadap penjawat awam yang semakin menurun dari tahun ke tahun.
Rujuk buktinya di blog Ceupac di sini yang menyiarkan kenyataan Ketua Pengarah SPRM pada 12 Oktober 2011
http://cuepacs.blogspot.com/2011/10/semakin-ramai-penjawat-awam-sedar.html
2 ulasan:
GEORGE KENT??
Knp george kent saja.... Bariskan semua nama yg dapat projek-projek kerajaan. Kalau boleh yg dapat projek Penang Bridge, Gerbang Selatan, KLIA, Sepang F1, MSC, Cyberjaya, Putrajaya, North Port, South Port, semua lebuh raya di negara ini, KLCC dan sebagainya. Bukan george kent saja yg dapat bro.
Catat Ulasan