Baca http://www.malaysia-terkini.com/apa-itu-gangnam-style/ untuk mengetahui lanjut tentang Gangnam Style.
Seperti biasa bila semakin kita kenal siapa dalang di sebalik dunia hiburan hari ini maka kita akan sedar setiap kata-kata lirik atau agenda menaikkan penyanyi tertentu ada motif bukan sekadar mencari untung semata.
Maka sebagai blogger, pengkaji atau pemerhati perlu melihat lapis demi lapis perkara ini agar tidak terperangkap dengan perangkap yang dipasang.
Motif utama Dajal dan sekutunya ialah melalaikan manusia dan memberi ketenangan yang bersifat sementara.
Namun Islam tidak sedemikian sifatnya di mana ketenangan yang ditawarkan lebih bersifat kekal dan mengekalkan suasana tenang di dalam hati yang akan melahirkan masyarakat yang tenang tanpa sebarang masalah sosial.
Jika hiburan hari ini ia lebih memudaratkan di mana ia banyak melibatkan perkara yang mungkar dan disukai oleh syaitan.
Kerana itu apabila lahir kumpulan yang mengajak manusia mengingati Allah dan memuji Rasulullah saw maka kita perlu membina jaringan mempromosikannya. Dengan menumpukan usaha memasarkannya.
Jika kita hanya melihat usaha mereka berakhir dengan kegagalan maka kita juga seperti mengiyakan suasana mungkar dan merestui kewujudannya.
Justeru itu tugas kita mengajak dengan penuh hikmah tanpa mencela pihak yang masih belum sedar tentang hiburan sebenar yang diredhai Allah dan RasulNYA.
Kerana tugas berdakwah jika diselit cacian dan makian bukan Islam yang akan bertambah mulia bahkan menambahkan lagi palit hitam ke atas namanya.
Sekian, sedikit pandangan untuk semua pembaca...
Ini contoh hiburan yang akan memberi makanan jiwa kepada hati kita
1 ulasan:
Geng geng Tmn Tun Dr. Ismail nih...
Selepas sorang demi seorang ahli group RnB Malaysia ini (V.E & Ruff Edge) mendirikan rumah tangga, banyak perubahan yg mereka bawa begitu juga dgn konsep musik mereka sehingga tertubuhnya Al-Maulid. Last time saya bertemu Zaf V.E ini di Shah Alam mall seksyen 9 dan memang mcm tak percaya, kemudian br saya faham market industri yg dibawa yg beserta pusingan alam ini. Hijrah... Syabas & Tahniah.
Catat Ulasan