Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mac 2013

Persembahan Aerobatik Udara buka tirai #LIMA2013 Dirasmi PM @NajibRazak Cc @Zahid_Hamidi

Persembahan aerobatik udara buka tirai LIMA 2013

LANGKAWI 26 Mac - Persembahan aerobatik menarik dan mendebarkan yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tetamu kenamaan, menjadi pembuka tirai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Penyertaan 24 pesawat tempur seperti F-5E, MB 339CM, Hawk, F/A 18D, Sukhoi dan Ec 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memukau tetamu kenamaan itu, para perwakilan dan pegawai tentera dari dalam dan luar negara menerusi persembahan hebat kira-kira 15 minit itu.

Pertunjukan itu bermula dengan pesawat terbabit terbang rendah di landasan di hadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sebagai lintas hormat disertai gimik pengeboman di kawasan itu.

Yang turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz; isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad juga hadir pada pertunjukan udara tersebut.

Najib sebelum itu merasmikan LIMA 2013 dalam satu majlis ringkas dan selepas menyaksikan pertunjukan pembukaan, beliau serta tetamu kenamaan lain meluangkan masa melawat ke gerai-gerai syarikat pertahanan yang mengambil bahagian pada pameran edisi ke-12 berkenaan.

LIMA 2013 yang berlangsung selama lima hari sehingga Sabtu ini menampilkan pertunjukan udara setiap hari di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pertunjukan udara bermula dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang mulai hari ini sehingga Khamis, manakala pada Jumaat dan Sabtu diadakan sebanyak dua kali untuk sesi pagi (10 pagi hingga 11.30 pagi) serta petang (2.30 petang hingga 4 petang).

Demonstrasi maritim dan pameran statik kapal yang bertempat di Awana Porto Malai pula dibuka percuma kepada orang awam dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate