Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2013

Black Out vs Ink Out : 4 Soalan Kepada Penyokong @Anwaribrahim !

Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi?

Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal. Di ulang, 'SATU' laporan polis sahaja bagi kesemua 'penipuan'.

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana "hilang bila dibasuh" dan BUKANNYA penipuan kerana "mengundi dua kali".

Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula. Persoalannya, kenapa hanya 30? Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR? Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?

BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89. Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.

Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai? Kenapa mesti membiarkan Dato' Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan. Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.

Perlu diingatkan bahawa 'tema' himpunan bantahan Anwar ialah 'blackout' iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan 'blackout', malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema 'ink-out' bukan 'blackout'. Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan 'blackout' sedangkan yang diperjuangkan ialah 'ink-out'.

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan 'kegelapan' bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal. Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan 'blackout'.

Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi? Atau di manakah kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi berlaku? Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang?

Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan "you ulang, I saman."
Kiriman Email

Guru Cina Sokong DAP Hina Melayu - Mana Komen @LimKitSiang ???




baca seterusnya : http://dinturtle.blogspot.com/2013/05/tuntut-tindakan-segera-ke-atas-guru.html

@ZulkifliNordin Tulis Tentang 'Anwar Spring' Menteri KDN @Zahid_Hamidi


Tanya sama depa, apa fasal fening
Nanti depa tanya, apa dia Anwar Spring?*
Salam 2 all.

Teman mengutuk keras tindakan biaDap dan kurang ajar segelintir kaum cauvinis dan politikus pelampau terutamanya kaum Anwarinas yang terus menerus mempertikaikan keputusan PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram menggunakan jenama 'Blackout 505'.

Jenama BO-505 ni kononnya digunakan kerana dua alasan yang jelas suatu pembohongan dan putar-belit:

1. dakwaan mereka konon berlakunya blackout semasa proses pengiraan undi pada 05 Mei dibeberapa tempat;

2. dakwaan mereka konon mereka memenangi PRU-13 atas undi popular.

Berkaitan dakwaan pertama, adalah jelas ianya satu pembohongan kerana tiada insiden blackoutyang berlaku semasa proses pengiraan undi. Malahan tuduhan menyatakan berlaku blackout di Bentong juga ternyata kini diakui sebagai satu pembohongan. Gambar blackout yang disebar di laman siber juga terbukti satu lakonan murahan didalangi pelacur-pelacur politik yang desperado!

Yahoo Malaysia 'Tutup' Berita Menteri KDN @Zahid_Hamidi dan Menyokong PR @Anwaribrahim ???


Beberapa saat yang lalu saya sedang menyusuri laman Yahoo Malaysia mencari sesuatu. Lalu terlihat berita yang dipamerkan.

Sekali pandang Yahoo Malaysia nampaknya seperti melebihkan berita condong kepada Pakatan Rakyat dan ini amat dikesalkan.

Lebih dikesalkan lagi berita penjelasan dari menteri Kabinet Malaysia gagal dibaca seperti bukti di bawah.

Berita bertajuk EAIC akan menyiasat kematian Dharmendran, kata Ahmad Zahid gagal dibuka.




Bukan satu tetapi dua berita yang terlibat telah gagal dibuka seperti skrin imej di bawah :


Berita dimaksudkan link di sini http://my.news.yahoo.com/zahid-gesa-pakatan-bahas-dakwaan-salah-guna-akta-052856815.html

Peliknya berita yang menyebelahi Pakatan seperti komen Bung Mukhtar tentang penahanan Nurul Izzah yang dihalang masuk Sabah disiarkan tanpa sebarang masalah

Satu lagi berita tentang kritikan DAP terhadap SPR di sini http://my.news.yahoo.com/spr-buat-keputusan-berat-sebelah-semasa-persempadanan-2003-030933773.html

Adakah Yahoo Malaysia ada agenda tersendiri dalam hal ini ???

satu bahan menarik mengenai perkara ini boleh anda baca di sini http://www.akhirzaman.info/counter-culture/mediamassa/1602-tangan-yahudi-dibalik-internet-2.html

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat Mengikut Islam


KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAKYAT
DARI PERSPEKTIF ISLAM
Dr. Khalif Muammar (CASIS-UTM)

Konsep ketuanan Melayu terhasil daripada pandangan jauh ke hadapan para pemimpin Melayu di zaman kemerdekaan.  Mereka telah mengenalpasti adanya ancaman terhadap survival orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi. Umumnya orang Melayu bertani di kawasan luar bandar, mereka tidak berniaga, sehingga perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Tanpa hak istimewa ini dikhuatiri masyarakat Melayu akan terus terpinggir dari arus pembangunan, mereka akan merempat di negeri sendiri. Keadaan ini telahpun berlaku di beberapa negara. Meskipun kaum Cina merupakan minoriti kecil tetapi mereka boleh menguasai dan menjadi tuan kepada bangsa lain yang merupakan majoriti. Ketuanan Melayu adalah satu istilah bagi merujuk kepada hak istimewa orang Melayu. Sebagai tuan tanah dan penduduk asal, mereka berhak diberikan keistimewaan berbanding kaum-kaum lain yang datang pada zaman penjajahan.

Namun ketuanan Melayu telah disalahtafsir menjadi Malay supremacy, yang memberi isyarat wujudnya diskriminasi dan penindasan kepada kaum lain. Ia seharusnya diterjemahkan kepada Malay ownership, sebagaimana ditegaskan oleh Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud dalam buku beliau Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (2011). Pengakuan bahawa bangsa Melayu adalah tuan rumah, tuan tanah, perlu difahami sebagai sebahagian daripada kontrak sosial ketika kemerdekaan dicapai. Ia bukan hanya kerana orang Melayu telah menduduki tanah Melayu lebih lama daripada kaum lain. Tetapi hakikat sejarah bahawa orang Melayu, yang terdiri daripada pelbagai etnik, telah membangun suatu peradaban jauh sebelum kedatangan British dan Belanda di gugusan kepulauan ini. Mereka telah memiliki dan menubuhkan banyak kerajaan atau kesultanan Islam, yang disegani sejak abad ke-11 Masehi sehingga abad ke-20.Sebagaimana ditunjukkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunyaHistorical Fact and Fiction (2011), Umat Melayu yang telah memeluk Islam sekitar seribu tahun yang lalu telah membina banyak kerajaan di wilayah-wilayah yang hari ini dikenali dengan Indonesia, Malaysia, Fatani, Singapura, Brunei, dan Selatan Filipina, kesemua kerajaan ini merupakan peradaban Melayu yang menjadi sebahagian daripada peradaban Islam.

Malaysia Spring vs Anwar Spring - Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Ia hanya Anwar Spring - Zahid

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 28 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

Beliau menegaskan, beberapa pemimpin pakatan pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Pas sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis propembangkang.

30 Mei 2013

'Najib-Anwar Deal' Prove That @Anwaribrahim Knew He Would Lose


'Najib-Anwar Deal' Prove That Anwar Knew He Would Lose


The expose made by former Vice President of Indonesia, Jusuf Kalla regarding an effort to held a deal involving Dato' Seri Najib with Anwar Ibrahim has really made Anwar nervous. Anwar admitted that he did offer a deal with Dato' Seri Najib through Jusuf Kalla but it was not agreed by Dato' Seri Najib.

After realizing that his statement was not politically correct, Anwar tried to explain that his offer to Dato' Seri Najib was done so that BN would accept their lose in good manner for GE13 and that they would not organize any rally. As if Anwar knew that PR would win.

Any Malaysians do not have to be a genius to detect Anwar's lie in the statement.

Belaga Boat Accident - An Answer For @LimkitSiang

Belaga Boat Accident: Comprehending Sarawak's Rural Development Issues

After failing to deny BN of its 'fixed-deposit' seats in Sarawak, Lim Kit Siang clearly has not given up in trying to win the heart of the people of Sarawak. The Belaga boat accident provided him a perfect opportunity to portray himself as the champion of the fate of the Sarawakians.

So, Kit Siang blogged about the accident as a proof of failure of 50 years of development in Sarawak under BN. He claimed that DAP is shocked and outraged at the tragic Belaga boat disaster and blame it on the non-existence of road access to rural districts of Sarawak.

Now, to blame the BN government is easy and anybody can do so without having to go to school or become a Member of Parliament. Anybody can criticize and condemn, but only the smart ones can offer solutions.

Nobody would say that BN has abandoned the Sarawakians in the rural areas if, they have actually been to the rural areas of Sarawak. Therefore, we suspect that Kit Siang hasn't really been there.

The landscape of Sarawak is largely covered by primary jungle dissected by trails of fast flowing rivers, swamp forests and as well as low and high mountains.

The population in Sarawak is spread all over from up the mountain to the deepest jungles and by the rivers. In many of these places, should there has never been any development at all, one would have to go through a complete adventure from jungle trekkings, mountain climbings and swimming in rivers just to get to the nearest town.

Of course we can call for the government to build access roads up to the doorsteps of the population in all these areas.

But the problem is that there only about hundreds of people in any one of these areas.

Therefore, how do we justify spending RM600 millions for every 150km road in order to accommodate about 600 population or less, in all these rural areas in Sarawak? Imagine multiplying the cost for every 150km, and every remote villages and long houses, in this biggest state of Malaysia. As a note, Sarawak has an area of about 124,000 km2 of which is almost equivalent to the total area of 11 states that formed the Peninsular Malaysia.

The BN government however, does provide all these areas with speedboats and ferries and proper roads up to each and every point of access. Those places where all is impossible, flights are available for emergencies, as well as reliable communication system. Schools and hospitals are also available as per necessary in each and every district in order to ensure the people's access to education and healthcare.

The Sarawakians are well aware of the reality of their landscape and the problems that come with it. And they are also aware that the BN government has been doing all it can to improve and change their lives for the better and has never and will never stop doing so. Now that the new cabinet sees more line-ups from this part of the country, the Sarawakians can surely expect more from BN. Thanks to the Chinese who voted DAP and refused the cabinet posts.

Sarawakians are smart not to fall for Kit Siang's act of heroism because they know that Kit Siang too, has no solution nor ideas to offer, in order to tackle the problem of the rural development of the state to the core. All Kit Siang has are baseless promises and pointless talks and curses for BN and nothing else.

It isn't hard to see that Kit Siang is not a naturally caring person to actually feel 'outraged' at the tragedy of Belaga boat. Kit Siang or DAP has so far only shown concern over its own people – the Chinese. Should other race being wrongly treated, like a woman who was forced to strip naked by the police, DAP immediately dropped the fight for her as soon as they learned that the woman was a Malay, and not Chinese.

Kit Siang may fool his own people into believing that DAP is a caring, clean and transparent party, but Kit Siang can never fool other races, including the bumiputeras of Sarawak with his act of concern or 'outraged'.

The Sarawakians know for a fact that BN gave them real promises based on the reality of the situation, and BN has all the while been trying its best to accommodate them. Unlike Kit Siang, BN's concern is real, and we all can see it in in the party's track records, or even in Dato' Seri Najib's personality alone.
Email From Blog's Reader

29 Mei 2013

Tulisan Blogger Belantan Isu Masa Depan Cybertrooper Kerajaan Bantu PM @NajibRazak Dan Penubuhan Unit Media Baru Setiap Agensi & Kementerian


Berikut tulisan blogger lama sezaman dengan panglima yang diulas berdasarkan video berita di bawah :


1) Sudah pun diiktiraf peranannya sebagai saluran perdana oleh Institut Kajian Oksidental, UKM.

2) Bakal menjadi medium propaganda utama dalam PRU14.

3) Malangnya, perwira dalam media sosial masih lagi dipandang sebagai kumpulan sampingan oleh pihak yang menang dalam PRU13.

4) Pihak yang menang perlu memperkemaskan semula jentera dan langkah jangka panjang untuk bertempur dengan Red Bean Army dalam PRU14.

5) Kemenangan PRU14 akan ditentukan oleh media sosial. Kini jumlah pengundi muda adalah 42%, bayangkan jumlah itu sudah menjadi 70% (campuran generasi muda sekarang) pada PRU14. Sudah tentu medium persepsi dan propaganda utama adalah media sosial.

6) Usah pandang rendah dan main main dengan media sosial. Kuasanya sudah menjatuhkan kerajaan di beberapa buah negara. Berilah perhatian serius. Jagalah veteran perang media sosial PRU13. Mereka aset berguna bagi BN dalam PRU14.

7) Usah menyesal selepas segalanya berakhir pada PRU14 nanti.

Penulis agak terkilan dengan nasib blogger-blogger jalanan yang Pro UMNO/BN di Selangor yang 'berperang' siang dan malam dalam PRU ke-13 yang lepas dalam membantu jentera UMNO/BN, namun sangat menyedihkan kerana mereka dilayan macam PENGEMIS?

Kebajikan mereka langsung tidak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN Selangor? Renong-renongkan lah untuk persiapan PRU ke-14 nanti! Adakah mereka (blogger) ini akan 'letak senjata'atau berpaling tadah? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

http://belantan.blogspot.com/2013/05/media-sosial-akan-terus-main-peranan.html


lihat pula pandangan ahli akademik tentang kepentingan media baru 




Panglima : setiap agensi perlu mempunyai pasukan media barunya yang aktif menjawab setiap isu berkaitan agensi atau kementerian mereka. Pasukan ini akan memantau semua isu yang dibangkitkan berkaitan dasar Kerajaan. 

Kepentingan pasukan media baru ini bertugas sepenuh masa melayari internet dan membuat laporan selain menjawab setiap soalan yang dibangkitkan samada di blog, twitter, facebook atau instagram.

Sekurangnya empat pegawai dan kakitangan perlu diletakkan di dalam pasukan ini menjaga setiap platfom dii atas, di setiap agensi dan kementerian yang secara tidak langsung akan membantu tugas Kementerian Penerangan dan agensi berkaitan untuk menjawab sebarang isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Lebih penting jawapan isu dalam bahasa Cina Tamil Iban Kadazan juga perlu diperbanyakkan agar pengundi Cina tidak lagi terpedaya dengan janji palsu pembangkang selain menyedarkan mereka betapa bahaya DAP yang tidak mampu memberikan apa-apa jaminan mereka boleh memerintah Malaysia di dalam sebuah pakatan yang hingga kini masih gagal didaftarkan.

Jika tidak kita khuatir PRU 14 akan berlaku tsunami lebih besar yang boleh meranapkan kelangsungan Kerajaan Barisan Nasional.

Penubuhan unit ini secara rasmi pasti mampu menangani isu di alam maya yang kebanyakannya melibatkan dasar kerajaan yang sekarang ini sukar dijawab dengan pantas akibat kekurangan tenaga dan info yang mencukupi untuk menjawabnya.

Sekian untuk diperhalusi oleh pihak yang berkenaan.


Apa Yang Cuba Dituduh PR ialah Yang Dilakukannya

PR Cuba Blackout Penipuan Pilihan Raya

Satu perkara yang perlu difahami oleh khalayak apabila timbul tuduhan oleh pemimpin PR terhadap pihak lawan, penting diketahui kebiasaanya tohmahan itu menggambarkan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh PR.

Maksudnya, bila mana pemimpin PR sibuk mencanang wujud salah laku rasuah dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN, maka yang sebetulnya ialah amalan rasuah sudah lama mendarah daging di kalangan pemimpin PR.

Amalan politik wang dalam UMNO misalnya, ia hanya wujud selepas kehadiran Anwar dalam parti itu dan agak memuncak ketika Ketua Umum PKR itu berusaha untuk merampas jawatan Timbalan Presiden daripada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Sebelum itu, semua pemilihan dalam UMNO dilakukan secara bersih tanpa melibatkan wang ringgit dan kini bila Anwar berada dalam PKR dan mengetuai PR, gejala yang sama menjangkiti PKR dan rakan sepakatannya seperti DAP dan PAS.

Demikian bila PR rancak memperkatakan berlakunya penipuan dalam pilihan raya kelolaan SPR, maka ketahuilah tipu daya dan silap mata dalam pemilihan parti-parti gabungan PR sudah lama menjadi adat kebiasaan.

Tengok sajalah apa yang berlaku dalam pemilihan DAP yang hiruk piruk dan serba meragukan baru-baru ini di mana Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim yang tersingkir dari pemilihan tiba-tiba saja menjadi anggota CEC DAP. Ajaib, bukan?

Begitu juga dengan pemilihan PKR sekitar 3 tahun lalu di mana wujud penipuan jumlah mengundi dan berlaku kekecohan sana sini sehingga kerusi dan meja berterbangan.

Kini dalam PRU-13, mereka sibuk memperkatakan mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR walhal yang berlaku sebenarnya ialah cubaan PR untuk mengalih pandangan umum dari membicarakan kemungkinan yang melakukan penipuan ialah PR sendiri.

PR yang melakukan konspirasi mengupah warga Bangladesh untuk berlakon sebagai pengundi, kemudian mengarahkan pula penyokongnya dari keturunan India berlakon sebagai warga asing, tapi akhirnya SPR yang dituduh semata-mata untuk menimbulkan keraguan umum.

Dalam kes yang lain pula, warga Sabah dijadikan sebagai bahan taruhan politik apabila dituduh sebagai pengundi hantu sedangkan di masa yang sama puluhan ribu warga China yang 'hilang' kemudian mengundi untuk PR cuba disembunyikan.

Untuk mewujudkan momentum kemarahan di kalangan penyokongnya pula, PR menyebarkan pula beberapa video parodi yang dilakonkan bagi menyakinkan khalayak kemudian menganjurkan himpunan blackout di merata-rata tempat.

Semua ini sebenarnya hanyalah satu taktikal strategik yang dilaksanakan semata-mata untuk menutup kejahatan mereka sendiri dengan harapan rakyat akan bangkit di jalanan sama seperti Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab.

Menyedari hakikat ini, amatlah perlu untuk rakyat Malaysia berlapang dada setiap kali wujudnya tohmahan atau tuduhan dari pemimpin PR, jangan sesekali tertipu untuk kali yang seterusnya.Kiriman Email

28 Mei 2013

Anwar Rayu PM @NajibRazak Elak Didakwa Isu Lahad Datu ?

Kerajaan Wajib Dakwa Lebih Ramai Peserta Himpunan 505

6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap hari ini telah tidak mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan. Jika disabit kesalahan, mereka bakal menerima hukuman denda maksimum RM10,000.

6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus, Setiausaha PKR Pahang, Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, Ong Eu Leong, Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang, Thomas Su Keong Siong, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Mohammad Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran Setiausaha Eksekutif PKR Johor.

Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas hati. Ramai yang ingin melihat 'ikan yang lebih besar' ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya 'lekat di celah gigi' yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa.

Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan. Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas 'ikan besar'.

Apatah lagi dengan pendedahan mengenai 'perjanjian' antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia. Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato' Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat.

Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato' Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya. Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13.

Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato' Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju. Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan. Keduanya, Dato' Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara.

Ketegasan Dato' Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah.

Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja 'ikan besar' tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi. Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara.

Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan 'ikan gergasi' ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini.

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya.

Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan. Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri.
Kiriman Email

Dunia Termasuk Jusuf Kala Kritik @anwaribrahim Gagal Tunai Janji Kepada PM @NajibRazak

ANWAR KINI HILANG ARAH, KECEWA

Anwar Ibrahim kini seorang yang penat, letih dan kecewa.

Sepanjang tempoh berkempen pilihan raya Anwar cukup yakin impian pembangkang menawan Putrajaya akan tercapai tetapi apakan daya takdir tidak menyebelahinya.

Setelah mengadakan siri jelajah seluruh negara sejak 8 Mei lalu kerana tidak dapat menerima kekalahan pembangkang di tangan Barisan Nasional, beliau masih juga gagal menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat.

Walau puluhan ribu penyokongnya hadir pada setiap perhimpunan yang diadakan, namun hakikatnya mereka tidak dapat mengubah kenyataan bahawa majoriti rakyat menolak Anwar dan masih mahukan BN memerintah negara.

Kehendak rakyat dan takdir Ilahi nampaknya tidak mahu Anwar memimpin tanah Islam yang bernama Malaysia.

Kini kebenaran telah timbul apabila media mendedahkan terdapat persefahaman 'gentleman' antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar April iaitu beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan.

Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 secara baik dan menjanjikan peralihan kuasa secara aman dan tenteram sekiranya berlaku perubahasn dalam kerajaan.

Malah perkara ini telah ditegaskan di dalam ucapan Perdana Menteri semasa siaran langsung televisyen ke seluruh negara ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 Mei lalu.

Malangna apabila kalah sahaja pakatan pembangkang, Anwar dengan pantas sekali melanggar perjanjian secara lisan tersebut antara pengerusi BN dan beliau sendiri.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Wall Street Journal yang dilihat sebagai sekutu media Barat yang kuat kepada Anwar.

WSJ menganggap Anwar sebagai seorang yang tidak 'gentleman' kerana gagal mematuhi syarat-syarat perdamaian yang dipersetujui bersama.

Integriti adalah satu nilai yang amat penting ang diperlukan oleh seseorang jika mahu menjadi pemimpin yang berwibawa dan diyakini rakyat.

Rakyat tertanya-tanya apa telah terjadi dengan janji Anwar beliau akan mengundur diri daripada politik sekiranya pembangkang kalah atau adakah ini satu lagi pembohongan yang sudah menjadi 'trademark' politiknya.

Datuk Seri Najib secara berani dan terang menyatakan kesediaan beliau untuk menerima kekalahan sekiranya BN kecundang pada PRU lalu tetapi Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin politik yang tidak boleh dipegang kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat.

Malah akhbar itu menyatakan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla telah menalipon Anwar secara peribadi sehari selepas pilihan raya untuk mengingatkan beliau tentang perjanjian yang dibuat dengan Perdana Menteri.

Sebagai seorang sahabat, Jusuf menasihati Anwar supaya menerima kenyataan dan melihat kepada realiti dengan hati yang terbuka.

Sungguh malang nasihat yang berguna daripada seorang negarawan seperti Jusuf diketepikan begitu sahaja dan Anwar memilih untuk mengengkari akur janji yang dibuat hanya beberapa minggu sebelumnya.

Pendedahan yang dibuat oleh WSJ sudah cukup mencerminkan kepada rakyat jenis pemimpin mana satu Anwar tergolong - pemimpin yang mempunyai harga diri dan integriti atau pemimpin yang suka menabur janji dan pada masa yang sama mengkhianati janji-janji yang dibuat?

Kepada penyokong pembangkang mereka mungkin buta untuk melihat bagaimana Anwar telah memanipulasi kepercayaan yang diberi untuk keuntungan dirinya sendiri.

Tetapi kepada masyarakat antarabangsa dunia seluruhnya, karektor Abnwar sebagai seorang yang suka berbohong, pengkhianat dan takut menerima kekalahan tidak dapat diselindungi lagi apatah lagi yang mendedahkan itu adalah salah satu akhbar yang paling berpengaruh di dunia.

Bak kata pepatah Inggeris, 'what is the worth of a person, if not his worth?' atau apakah nilai seseorang jika tidak kepada janjinya?

Anwar bukan sahaja telah mengecewakan penyokong pembangkang terutamanya Dap kerana gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang kerap dijanjikan dalam ceramah dan ucapan beliau, tetapi juga dilabel sebagai seorang yang membuat pelbagai alasan dan helah untuk menyelamatkan dirinya.

Perhimpunan haram yang diadakan untuk membantah keputusan PRU13 dan mendesak supaya pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meletak jawatan tidak akan memberi apa-apa kesan hatta disokong oleh 500,000 atau satu juta sukarelawan sekalipun.

Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi.

Pembangkang perlu mengotakan janji untuk menghormati konsep 'rule of law' atau negara daulat yang sering kali diwar-warkan oleh pemimpin mereka.

Jika mereka fikir, pembangkang adalah golongan yang mengatasi undang-undang dan segala tindak tanduk mereka yang melanggari undang-undang tidak diambil tindakan, mereka silap besar sebenarnya.

Rakyat yang cintakan keamanan sudah cukup muak dengan sikap angkuh pemimpin pembangkang yang hanya mengatakan mereka sahaja di pihak yang benar serta tidak memperdulikan pandangan orang lain.


ends


Kiriman email

MMI : Bila Tun Daim Bersuara Minta Penasihat PM Ditukar !!!


Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.antarapos 

Untuk PRU 14 jangan pening-peningkan kepala. Bermula saat ini beri tumpuan kepada 133 kerusi yang BN menang dalam PRU 13 dan tumpukan kerusi-kerusi yang kita boleh menang balik sahaja. Sebagai contoh, Temerloh, Sepang, Kuala Nerus, Dungun dan beberapa kerusi lagi. Lupakan Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang, Ipoh Timur, Ipoh Barat dan kerusi-kerusi yang memang kita tak boleh menang. 

Dari segi kos atau pun tenaga ianya lebih menjimatkan apabila kita hanya memberi tumpuan kerusi-kerusi yang kita boleh menang sahaja. Jaga kawasan dan rakyat di kawasan yang kita menang agar mereka tidak lari dalam PRU 14. 

Lagi sedap jika boleh buat persempadanan semula, satukan Petaling Jaya Utara dengan Selatan dalam satu parlimen. Begitu juga Ipoh Timur dengan Ipoh Barat Barat, Subang dengan Kelana Jaya, Shah Alam satukan dengan Klang. Manakala pecahkan parlimen Pekan kepada dua tiga parlimen. Begitu juga dengan Pagoh, Gua Musang, Johor Bharu, Hulu Terengganu dan bla...bla...bla...mana-mana kerusi melayu lagi. 

Tapi itu semua hanya sekadar khayalan....tak mungkin itu semua dapat dilaksanakan kerana BN tidak ada 2/3 di Dewan Rakyat.

Ulang sekali lagi....formula untuk menang PRU 14 senang sahaja. Jaga kaum bumiputera habis-habisan dan wakil rakyat jaga kawasan mereka. Yang ada kuasa jadi menteri janganlah kedekut untuk salurkan peruntukkan atau kemudahan kepada ahli-ahli parlimen yang memerlukan di kawasan mereka.sumber 

Setuju dengan RBF Online

http://mahamissa.blogspot.com/2013/05/bila-tun-daim-bersuara.html


Sent from my iPad

27 Mei 2013

Tidak Patut Penolong Kanan Sekolah Rendah Seksyen 19, Shah Alam Denda Murid Pilih BN Di Sekolah ! Cc @MuhyiddinYassin


CTS telah menerima mesej Whatsapp daripada jiran CTS yang kebetulan tinggal selang beberapa biji rumah. Ternyata mesej yang disampaikan amat mengejutkan. CTS tidak sangka politik Rakyat Selangor telah sampai ke peringkat ekstream. Apabila guru berpolitik di sekolah dan murid didenda berdiri atas kerusi apabila menjawab sebagai menyokong BN, ini sudah lebih.

CTS berharap Pejabat Pegawai Daerah (PPD) akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas guru berkenaan. Kami tak akan berdiam diri selagi kes ini tidak selesai! Baca mesej dari jiran saya di bawah:

Salam tuan,

Hari ini ada satu Penolong Kanan sekolah anak saya cakap pasal politik dlm kelas anak. Sapa yg sokong BN berdiri atas kerusi. Anak saya dan 17 org lagi murid2 pun berdiri atas kerusi dan disoal kenapa pilih BN. Anak saya jawab sebab Dato Nawawi dan cikgu tersebut mencebik dan suruh duduk.

Cikgu tersebut juga menulis di papan hitam berkenaan manifesto BN dan PR. Beliau mengatakan PR bijak dan BN bodoh. Esok saya nak jumpa Pejabat Pegawai Daerah dan adukan perkara ini. Cikgu tersebut kurang ajar. Ini berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, tengahari tadi. Nama guru Shamsuddin bin Majid, guru Ko-Kurikulum (koko) .

Hina sangatkah sokong BN, mohon dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan. Guru seperti itu tak perlu ada di sekolah kerana bukan mahu mendidik tapi menghasut. Kerana beliau habis rosak nama sekolah dan perlu dibenteras. Saya rasa terhina.

Jamil Mohamad Isa



Panglima : sikap sebegini sangat tidak wajar. Adakah patut guru mengajar kebencian kepada anak murid di sekolah rendah? 

Semua pihak patut mengutuk tindakan ini yang jelas tidak akan dipersetujui oleh mana jua pihak atau parti politik kerana ia tidak wajar dilakukan di tempat anak kita menimba ilmu.

Ini yang diketahui dan didedahkan oleh pihak blogger manakala banyak lagi yang mungkin kita tidak ketahui oleh kita tentu boleh menjadi barah jika tidak dicegah.

Mari bersama menghalang perkara ini, mohon Kementerian Pendidikan menyedarkan guru terlibat dan ribuan guru lain yang kekurangan info yang tepat mengenai isu semasa negara kita.

Jika benar perkara ini berlaku seperti didedahkan.

Sent from my iPad

Dikemaskini : Demi @Anwaribrahim Presiden PAS @AbdulHadiAwang 'diserang' Akhbar Parti Sendiri !


Lihat imej akhbar Harakah edisi 27-30 Mei 2013 di bawah.


Wajah Timbalan Presiden PAS diangkat dan dengan jelas dinyatakan Himpunan Blackout 505 di Kuala Terengganu tidak hadiri Presiden Hj Hadi Awang.
Ia disiarkan di muka hadapan Harakah. Sekali lagi diulang berita sindir Hj Hadi ini disiar di muka depan Harakah suara rasmi Pas.

Sedangkan Pesuruhanjaya Pas Terengganu bukan orang lain iaitu beliau sendiri. Jelas seperti satu serangan dan sindiran terhadap kedegilan Hj Hadi dan geng Ulama untuk menentang demonstrasi jalanan Blackout 505 yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dan gengnya.

Selepas itu berita Mat Sabu diletak muka 3 dan Anwar Ibrahim muka 4 sedangkan Hj Hadi di muka 8.


Lihat gambar :


Lebih mengejutkan artikel bertajuk 'Kelebihan Anwar berbanding Ku Li dan Musa' ditulis Abu Firdaus disiar di dua halaman !!!

Dulu perkara ini pernah ditimbulkan oleh Panglima dan disentuh oleh perwakilan Pas di dalam muktamar mereka. Seperti dilaporkan media massa yang disiar oleh blog http://persadapasirmas.blogspot.com/ dan http://syburi-times.blogspot.com/  :

Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.    

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.  


Kali ini ia diulang kembali dan ternyata ia seakan satu gerakan terancang untuk menjatuhkan kredibiliti Hj Hadi yang telah bertindak menyingkirkan Nik Aziz dan Husam selepas banyak masalah menimpa Pas dari dia individu yang pro Anwar ini.

Tidak cukup dengan itu artikel menyindir Hj Hadi juga disiarkan bertajuk 'Besut, Setiu ibarat Sabah, Sarawak? ' yang dengan jelas mengaitkan kekalahan dua kawasan Parlimen itu dengan kepimpinan Pas negeri Terengganu di bawah Hj Hadi.

Ayat yang ditulis berbunyi 'maaf cakap, kesungguhan Pas Terengganu sendiri untuk menawan kerajaan tidaklah begitu menyakinkan.'


Keruntuhan imej Pas bukan sahaja akibat tahaluf siyasi yang menggadaikan Negara Islam dan Hudud, bahkan akibat keceluparan dan kegagalan dua tokoh besar Pas yang begitu anti perpaduan Islam ini. Hingga Nik Aziz mahu meludah pihak yang mahu menyatukan parti Pas dan Umno! 

Serangan halus ini wajar dibaca ahli dan kepimpinan Pas seluruh negara bahawa parti mereka sedang dikuasai fanatik Anwar yang digelar Anwarinas. Selain itu Harakah juga meletakkan berita Anwar di muka belakang tanda Harakah memang menyanjung Anwar melebihi Hj Hadi bukan sebaliknya. 

Adakah perlu Harakah ditukar menjadi Lidah Rasmi PKR selepas ini? Kita biarkan ahli Pas yang tentukanya.



kemaskini jam 1.05 tengah hari

POLITIK HARIAN: Sambutan Meriah di Perasmian Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 @FestivalBelia13 - Tahniah @NajibRazak @Khairykj

Sambutan Meriah di Perasmian Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013







Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.

"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari Sabtu.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.

"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.

"Sebagai generasi muda, kita mesti faham tuntutan perubahan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam negara kita," katanya.

Najib menyarankan generasi muda agar berfikiran waras dan rasional serta tidak termakan hasutan dan penipuan khususnya dalam ruang siber.

Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.

"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.

"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.

"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.
http://brojinggo.blogspot.com/2013/05/sambutan-meriah-di-perasmian-pelancaran.html?


Sent from my iPhone

26 Mei 2013

@anwaribrahim hanya 'tunggang' rakyat demi kuasa menuju Putrajaya

ANWAR HANYA TUNGGANG RAKYAT UNTUK JADI PM

Pembangkang akan menganjurkan 'finale' atau kemuncak Perhimpunan 505 pada 26 Mei bagi menghasut rakyat supaya menentang serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih melalui sistem demokrasi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Hakikat BN menang walaupun kurang tujuh kerusi parlimen lagi berbanding PRU 2008 tidak dapat diterima oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Sekutu PKR, Pas dan Dap sudah pun menerima realiti bahawa mereka gagal untuk merampas Putrajaya kali ini walaupun sungguh yakin dan percaya ia akan berlaku.

Namun majoriti pengundi tetap bersama BN dan mahu kesinambungan pentadbiran negara terus berada di bawah naungan BN.

Malah dalam tentangan pembangkang terhadap keputusan pilihan raya yang diurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemimpin pembangkang tidak segan silu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang serta Menteri Besar di Kelantan.

Dwi standard atau sikap hipokrasi yang dipamerkan oleh pembangkang telah di cemuh oleh rakyat mahu wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk pantas memberi khidmat dan menyelesaikan berbagai rencam masalah rakyat.

Rakyat tidak mahu ahli politik terus berpolitik meskipun gendang PRU ke-13 sudah lama mati.

Rakyat mahu keadaan yang aman, hidup yang tenteram serta suasana yang kondusif untuk meningkatkan kualiti sosio-ekonomi mereka.

Keadaan yang tenteram, kacau bilau dan huru hara ditambah dengan suasana politik negara yang terumbang ambing sudah tentunya tidak akan membolehkan rakyat mencapai aspirasi kehidupan yang lebih sempurna.

Namun inilah keadaan yang mahu diwujudkan oleh Anwar dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang membuat bantahan jalanan serta menimbukan keadaan politik yang tegang.

Apakah perbuatan Anwar untuk menimbulkan perbalahan dalam masyarakat atas sebab beliau kecundang ke Putrajaya menjadi alasan untuknya bertindak di luar batas undang-undang negara?

Pada fikiran Anwar biarlah Malaysia terbakar hangus asalkan hatinya puas bak seperti orang yang ingin melepaskan dendam kesumat dan rasa marah tiada kepalang.

Jika Anwar tidak dapat apa yang dicitanya biarlah Tanah Melayu yang keramat ini turut hancur lebur sebagai balasan kerana menghancurkan impiannya menjadi Perdana Menteri.

Sebagai agen kuasa Barat serta pelobi Yahudi yag teguh berdiri di belakangnya, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan agenda jahat pendokong dan tuanya yang menyembunyikan identiti mereka.

Tidak terfikirkah penyokong pembangkang di mana Anwar mendapat kekuatan dan keyakinan di dalam perjuangan politiknya jika ia tidak disertai dengan sokongan moral serta kewangan yang besar.

Bukti sudah cukup tersebar luas samada di dalam media atau internet pembabitan Anwar dengan tokoh-tokoh besar yang berkait rapat dengan gerakan Zionis-Yahudi.

Tidakkah kenyataannya yang secara terangan menyokong kewujudan dan keselamatan negara haram Zionis Israel sudah cukup untuk menyakinkan penyokong pembangkang untuk menolak individu seperti ini?

Malah sebaliknya berlaku hinggakan Anwar berjaya menipu orang Melayu bahawa kononnya dek kerana beliau dizalimi dan ditindas maka perjuangannya adalah untuk menuntut keadilan.

Sebenarnya perjuangan Anwar hanyalah untuk dirinya sahaja supaya beliau dapat duduk kerusi empuk Perdana Menteri dan berkuasa ke atas segala sesuatu di negara ini.

Penyokong pembangkang perlu tanya kepada diri mereka sendiri apakah bentuk bantuan atau pertolongan yang telah diberikan oleh Anwar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga?

Apakah dengan bersama-sama menyokong Anwar untuk sentiasa berdemonstrasi dan melakukan protes jalanan mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Jangan haraplah jika Anwar menjadi Perdana Menteri beliau akan mengotakan janji-janjinya.

Contoh isu Kampung Buah Pala dan Kampung sudah cukup untuk membuka mata rakyat seluas-luasnya mengenai pembohongan dan temberang Anwar.

Apakah rakyat yang cintakan keamanan, berpegang kuat kepada ajaran Islam serta sayangkan tanah air yang bertuah mahu benarkan seorang individu menghancurkan sebuah negara yang begitu payah dibina dari sekeping tabah yang gersang kepada kemakmuran yang kini melimpah ruah dinikmati oleh semua?

Adakah rakyat akan hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa dan membiarkan Anwar melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya bersama-sama penyokongnya yang turut mahu melihat negara ini mundur disebabkan keadaan politik yang parah?

ends

Kiriman email

Bravo to @PDRMsia

BRAVO TO POLICE AND DO NOT BE INTIMIDATED BY THE OPPOSITIONS THREATS

BRAVO to the police for acting now before matters come to an uncontrollable stage. We hope the arrests of Tian Chua, Tamrin Ghafar and Harris Ibrahim is just the beginning of more to come.
Malaysians who love peace and harmony are fed-up with the antics of these people who do not respect the law and do not want to accept the democratic process of the general election.
The people have spoken through the process and it is only fair and democratic that every citizen accepts the results.
But this people, led by the rebel rouser Anwar Ibrahim who is obsessed and thinks he should be the Prime Minister, have not only broken the law but worse is making the life of innocent citizen miserable with their weekly rallies.
Anwar and gang do not exactly want to contest the results of the general election but in reality they want to topple the duly democratically elected government.
This is a different story altogether – it is no longer a protest but a coup, a plan to topple the government through 'back door'.
This is a no-no matter and not to be taken lightly because Malaysia is not a third world country anymore where anybody with sufficient support go to the streets and stage demonstrations, crippling the country's police and armed forces as well as economy, strangling the duly elected Prime Minister to surrender to their demands.
It is good that the police are acting now – detaining those responsible including the organisers because this is the only way to stop them from further 'corrupting the minds and hearts' of the innocent to the extent that they may just go wild and take to the streets.
The speakers at these rallies did not actually explain the 'unfairness' during the election process as they claimed but instead incite the audience with their fiery speeches with wild and unfounded allegations.
This may lead to the audience who are young become 'possess' and may go to the street with their highly charged emotions and when this happen, violence will rule as the sane and rational minds ceased functioning.
The police know better about this subversive tactics and they know how to stop the 'fire from spreading' and their action now is lauded and supported by all Malaysians who love peace and harmony.
Acting now is the best option and the police should act without fear and do not be 'cowed or softened and intimidated' by the oppositions' aggressive responses to these actions.
Just follow the law and let the oppositions cry in whatever ways they want because in the end, it is the police that will be held responsible and the oppositions are good in playing the blame game.
Thus, continue with the good work and actions and do not stop until the country is free of these undesirable elements that are out to ruin not to make the country better.

Pembaca Cina turut sokong tindakan terhadap Red Bean Army demi keamanan Malaysia !

KUALA LUMPUR 25 Mei - Ekoran penyiaran berita tentang anasir jahat dalam laman siber, Utusan Malaysia turut menerima surat daripada pembaca berketurunan Cina yang menyokong agar tindakan diambil terhadap pihak terbabit.

Pembaca tersebut yang mahu dikenali sebagai Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang dalam satu surat kepada akhbar ini berkata, Red Bean Army telah membuat pelbagai tohmahan yang berniat jahat sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Berikut surat beliau yang dihantar kepada Utusan Malaysia.

Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.

Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.

Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.

Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.

Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.

Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.

Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.

Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.

Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.

KEVIN J.C. CHUAH

Pulau Pinang


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130526/dn_05/Pembaca-Cina-sokong-tindakan-terhadap-Red-Bean-Army


Sent from my iPhone

STRATEGI MENGEPUNG CHINA YANG DIATUR AMERIKA

20130526-004457.jpg

Ini dilaporkan oleh media Thailand, AlThaiNews (Alternatif Thai News Network).

Menggulingkan kerajaan BN Malaysia sangat penting bagi Amerika Syarikat dalam STRATEGI MENGEPUNG CHINA YANG SEDANG DIATUR AMERIKA.

Malaysia berada di lokasi strategik dalam konflik Amerika-China.

Malaysia meminggiri Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua laluan laut yang sangat penting dan perlu dikuasai Amerika bagi mengepung China serta menghadapai perang dengan China di masa depan.

UNTUK KUASAI SELAT MELAKA DAN LAUT CHINA SELATAN, AMERIKA PERLU KUASAI MALAYSIA SECARA PROXY. AMERIKA DAH AMBIL KEPUTUSAN ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT MESTI MEMERINTAH MALAYSIA NO MATTER WHAT!

Maka setelah PRU 13, Amerika meneruskan usaha menggulingkan kerajaan BN melalui rusuhan jalanan yang akan dilakukan oleh NGO2 Malaysia yang dibiayai Amerika seperti Bersih 2.0, SUARAM dan lain2 lagi.


http://www.pisau.net/strategi-mengepung-china-yang-sedang-diatur-amerika/


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate