Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Julai 2013

Mustapa seru ahli UMNO buat pilihan yang tepat #PAU2013

Mustapa seru ahli UMNO buat pilihan yang tepat

KOTA BHARU 27 Julai - Seramai 150,000 ahli UMNO yang layak mengundi dalam pemilihan parti diseru membuat pilihan yang tepat bagi memastikan imej parti tidak terjejas terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin yang dipilih harus disenangi rakyat kerana parti tersebut akan menghadapi cabaran yang getir pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, pada masa sama, pemilihan pemimpin haruslah inklusif melibatkan semua pihak tanpa ada perpecahan mengikut 'puak-puak' tertentu.

"Saya harap kita gunakan pemilihan ini untuk memastikan kita memilih pemimpin yang terbaik kerana mereka yang akan menampilkan imej parti kita. Kalau pemimpin cawangan dan bahagian tidak disenangi rakyat, imej kita untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 akan terjejas.

"Jadi saya harap semua pihak akan akur perkara ini dan ambil satu sikap inklusif. Jangan ada puak-puak, semua pihak hendaklah berada dalam satu barisan kepemimpinan," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Kelab Putra 1Malaysia dan Yayasan 1MDB di Dewan Utama Bangunan UMNO Kelantan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate