Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Julai 2013

Tengku Zaihan Ada Kelebihan - Bekas Adun Kuala Besut

'Abe Ku ada kelebihan' - Metro

Jertih: "Dulu saya pun muda, baru 34 tahun ketika dilantik calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tahun 1979.

"Sebab itu bila Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, diumum calon Barisan Nasional (BN) PRK DUN Kuala Besut, pada usianya yang lebih kurang saya dulu, saya yakin sejarah boleh berulang," kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu selama lima penggal (1979-1999) Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman.


Menurutnya, BN mempunyai kelebihan memenangi kerusi itu kerana menampilkan calon 11 tahun lebih muda berbanding calon PAS Endut @ Azlan Yusof, 48.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut berkata, usia yang masih segar membolehkan Tengku Zaihan atau lebih mesra disapa Abe Ku bekerja kuat untuk memenuhi aspirasi golongan belia.


Beliau berkata demikian pada majlis pengagihan Dana Bakti Remaja di Kampung Baharu, Kuala Besut di sini.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate