Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Ogos 2013

Ancaman AS bangkit kemarahan Syria


BEIRUT 25 Ogos - Syria memberi amaran sebarang tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Damsyik akan membangkitkan kemarahan di seluruh rantau Asia Barat.

Menteri Penerangan Syria, Omran Zoabi berkata, sebarang tindakan ketenteraan tidak akan memudahkan dan menyelesaikan keadaan, sebaliknya menjadikan sesuatu krisis lebih kompleks.

"Sebarang campur tangan AS akan mewujudkan kesan sampingan dan satu gumpalan bola api yang akan membangkitkan kemarahan Asia Barat'," katanya yang dipetik oleh agensi berita SANA.

Iran turut menyokong kenyataan Syria memberi amaran supaya AS tidak mengambil tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.

Timbalan Ketua Turus tentera Iran, Massoud Jazayeri berkata, Washington tidak sepatutnya melanggar 'garisan merah' yang disifatkan sebagai campur tangan AS di Syria.

"Sebarang campur tangan oleh Washington (di Syria) akan membawa kesan buruk.

"AS tahu had garisan merah barisan hadapan Syria dan sebarang pelanggaran (itu) akan memberi kesan buruk kepada White House," katanya yang dipetik oleh agensi berita Fars.

Presiden AS, Barack Obama sebelum ini keberatan untuk campur tangan dalam konflik di Syria, namun laporan berhubung pembunuhan beramai-ramai dekat Damsyik akibat serangan gas, baru-baru ini yang didakwa dilakukan tentera Syria, memberi tekanan ke atas White House untuk menunaikan janjinya yang dibuat pada tahun lepas untuk mengambil tindakan ke atas Damsyik sekiranya negara itu terbukti menggunakan senjata kimia. - REUTERS

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate