Sebentar tadi sedikit ucapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Mazlan berkenaan jawapan soalan Senator lain yang sempat ditulis di sini.
Tiga sebab kenaikan kos PRU 13 :
1. Kenaikan jumlah pengundi
2. Peningkatan cetakan kertas undi
3. Kenaikan saguhati kepada petugas SPR
Isu pengundi Hantu yang ditimbulkan oleh pembangkang juga tidak benar kerana tidak timbul isu nama sama dianggap pengundi Hantu.
Senator lain ( bangsa Cina) nama Ngen kalau tak salah, juga menyokong Tok Mat dengan memberitahu setelah meneliti senarai nama didapati tidak timbul kemungkinan ada pengundi Hantu.
Tohmahan terhadap BTN kononnya menanam kebencian kepada peserta juga dijawab di mana hingga kini tidak ada bukti dikemukakan.
Isu modul :
Dewan negara dimaklum BTN kemaskini sentiasa silibusnya di mana mulai 2009 Silibusnya berteraskan Gagasan 1Malaysia dan Dasar Transformasi Negara/Nationl.
Seterusnya :
SEDIKIT SEDUTAN dari Parlimen: Lebih 1,700 CCTV Dipasang lokasi utama jenayah Di Seluruh Negara - Halimah
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam usaha membanteras jenayah, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, telah memasang 1,712 unit kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tumpuan utama jenayah di seluruh negara sehingga bulan lepas.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata CCTV itu dipasang dan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bimbingan kementerian.Beliau berkata bagi pihak kementerian sendiri ia telah dan akan memasang sebanyak 992 CCTV lagi sejak 2011.Pemasangan CCTV itu dibuat menerusi dua fasa - 496 unit dipasang di 25 PBT dan 496 unit lagi di 25 PBT yang lain.
"Pemasangan fasa kedua akan bermula bulan ini dan dijangka siap Ogos tahun depan. Pemilihan lokasi pemasangan CCTV ditentukan oleh Polis Diraja Malaysia berdasarkan kawasan tumpuan utama jenayah di seluruh negara," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.Beliau menjawab soalan Senator Chandra Mohan yang bertanya mengenai jumlah CCTV yang telah dipasang di seluruh negara.
Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noriah Mahat mengenai keberkesanan pemasangan CCTV dalam memerangi jenayah di negara ini, Halimah berkata banyak langkah berterusan perlu diambil dalam memerangi jenayah."Dalam mewujudkan bandar selamat, penglibatan semua pihak perlu dengan memainkan peranan sebagai 'police citizen' (warga polis) selain tampil sebagai saksi kejadian yang memainkan fungsi sebagai 'neighbourhood watch' (jaga kejiranan)," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan