Ab. Rauf Yusoh (kiri) bersalaman dengan Tian Chua di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lalu.
Beliau turut melahirkan rasa kesal atas dakwaan yang dilemparkan terhadap parti politik itu seperti yang disiar dalam artikel bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO' dalam portal berita PKR,KeadilanDaily.com bertarikh 1 Mac tahun lalu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnah itu sebagai penyelesaian kes saman yang dikemukakan oleh UMNO terhadapnya dan Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit serta penulis artikel, Aisha Geoffrey.
Saman fitnah itu yang sepatutnya dibicarakan hari ini dan Rabu, difailkan pada 15 Mac 2013 menerusi Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.
Penyelesaian kes saman itu dibuat menerusi penghakiman persetujuan yang direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini.
Terma lain yang terkandung dalam penghakiman tersebut ialah Fazallah dan Aisha bersetuju menarik balik artikel tersebut serta-merta daripada portal berkenaan.
Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun hadir mewakili UMNO dan peguam William Leong mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Tiada sebarang arahan dibuat oleh mahkamah berhubung kos.
Sementara itu di luar mahkamah, Tian Chua sekali lagi mengulangi rasa kesalnya berhubung dakwaan itu.
"Artikel ini memberi implikasi terhadap UMNO namun bukan niat saya hendak mengaitkan UMNO dan bersetuju demi mengelakkan kekeliruan, KeadilanDaily.com akan menarik balik artikel ini,'' kata beliau.
Dalam pernyataan tuntutannya, UMNO selaku plaintif mendakwa Tian Chua membuat kenyataan tersebut selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
Plaintif menyatakan, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.
Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, plaintif mendakwa, reputasi UMNO terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif dan mengakibatkan pertumpahan darah serta tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang diisytiharkan milik Malaysia sejak sekian lama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140114/ma_02/Tian-Chua-kesal-fitnah-UMNO#ixzz2r2DTUS00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Analisa berita :
Panglima sudah membaca beberapa blog yang memainkan isu ini dengan membuat andaian sendiri berdasarkan info terhad tanpa bantuan sebarang pihak untuk menjernihkannya. Namun sebagai Blogger tugas kita ialah mendapatkan penjelasan pihak terlibat dengan 'first hand' info bukan 'hear say' yang tidak layak dijadikan hujjah.
Hari ini beberapa info sudah disampaikan oleh Sahabat yang mengetahui dari pihak tertentu pandangan yang mungkin sedikit berbeza dengan apa yang didengar atau difikir oleh kita.
Pertama : Tian Chua membuat kenyataan kesal sudah jelas menampakkan beliau sudah merasa tidak ada peluang untuk menang isu ini.
Kedua : perkataan kesal dan minta maaf membawa makna tidak jauh beza dan meminta maaf sama sekali tidak akan dilakukan oleh mana-mana ahli politik Pembangkang yang sombong walau sekalipun.
Ketiga : Tian Chua masih ada kes lain berkaitan Lahad Datu dan kenyataan beliau menyatakan perasaan kesal ini boleh membantu pendakwaan tersebut barangkali.
Keempat : dalam isu mahkamah Setiausaha Kerja Umno Dato' Rauf yang bertanggungjawab dan menjadi penama rasmi dan keputusan menerima tawaran Tian Chua sudah dirujuk pemimpin atasan oleh beliau sebelum dijalankan oleh peguam bagi pihak Umno.
Panglima memang tidak akan menulis perkara tidak difahami dengan jelas tanpa info yang mencukupi. Justeru mengetahui cerita sebenar dari Sahabat yang mengetahuinya dari sumber yang sahih adalah peluang untuk menulis demi kebaikan parti dan individu yang terlibat dalam kes ini.
Dari segi saman fitnah Tian Chua jika kalah hanya perlu membayar sejumlah wang bukan boleh dipenjarakan. Kecuali kes jenayah baru dia boleh dipenjarakan.
Walau digugurkan selepas kenyataan kesal dibuat dan artikel ditarik kembali ia tidak bermakna ribuan laporan polis yang dibuat sia-sia sahaja kerana ia masih dapat menjadi bukti kemarahan ahli umno terhadap kenyataan ahli politik tersebut yang mungkin menjadi punca beliau menarik kenyataannya.
Paling jelas Keadilan Daily juga telah setuju menarik balik artikel mengaitkan Umno dengan kes Lahad Datu sekaligus meranapkan imej mereka sebagai organ rasmi parti pembangkang yang sudah beberapa kali menyiar laporan fitnah dan tidak berasas. Ia akan menjadi rujukan dalam apa sahaja isu untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai organ rasmi Pembangkang yang langsungbtidak boleh dipercaya.
Kadang kala apabila melihat peguam penasihat undang-undang Umno yang telah beberapa kali PRU membantu UMNO dalam petisyen dihentam sebegitu rupa, terfikir juga saya adakah ada duri dalam daging antara kita hingga dilihat penyokong Umno melakukan perkara yang mengguris hati banyak pihak ini?
Maksud saya, jangan ada musuh dalam selimut yang mengguna wajah pro Umno namun membawa agenda musuh untuk melemahkan kita. Bukan kita tidak boleh menegur namun cara menghina dan memburukkan maruah peguam atau pihak pengurusan dalam hieraki Umno ini tidak patut dilakukan dan sama sekali tidak ada dalam ajaran Islam.
Menghina sesama kita tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menimbulkan lebih banyak masalah.
Kaedah menegur juga perlu dijaga dan sebagai Melayu Islam sudah tentu kita diajar cara kias dan sindiran untuk menyampaikan mesej agar tidak mencederakan perasaan insan sesama agama yang lain.
Wallahu A'lam.
Sent from my iPhone
3 ulasan:
Jadi apa salahnya kalau diteruskan perbicaraan di mahkamah? Walau pun hanya denda dan tidak dipenjarakan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya lebih berhati-hati, dan setidak-tidaknya menegakkan maruah pejuang-pejuang negara yang terkorban demi mempertahankan negara! Apa yg berlaku ini dgn mudah telah dimanipulasi pihak tak bertanggungjawab seolah-olah merekalah yang benar. Fikir-fikirkan ye..
Dalam hal ini maruah pembangkang sudah hancur selepas menarik balik kenyataannya. Maruah lebih bermakna walau tidak ada hukuman atau penjara. Tujuan saman fitnah juga untuk memelihara maruah Umno dari difitnah oleh Tian Chua.
Baca penjelasan terperinci http://puu-umno.blogspot.com/2014/01/penjelasan-kenapa-umno-tarik-balik.html?m=0
Catat Ulasan