Pengikut Blog Panglima

02 Januari 2014

Laman Web Kementerian Pendidikan Kena Godam? Mana Pergi Agensi Keselamatan Alam Siber ???


Mana pergi SKMM ???


Lembaran tahun 2014 dibuka dan laman web rasmi Kementerian Pendidikan digodam?. Terkejut juga melihat gambar 'setan' kepala merah muncul pada muka laman web kementerian berkenaan. Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia selalunya boleh dilayari menerusi url – http://www.moe.gov.my tetapi apa yang muncul adalah paparan dengan tulisan merah – Hacked pada 1 Januari 2014.

Kalau ikutkan daripada informasi terhad yang diberikan, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia digodam oleh Liuk3r daripada EvilShadow Team.

Apa tujuan mereka belum dapat dipastikan tetapi ada blogger yang mendakwa kumpulan ini cuba menzahirkan bantahan akan kenaikan harga barang yang bakal berlaku pada tahun 2014. Itu sekadar teori.

Ini merupakan serangan pertama laman web rasmi kerajaan di tahun 2014 oleh penggodam. Dan ada berita diterima bahawa penggodam juga menyerang beberapa lagi laman web serta blog dengan dot my (.my).




Sent from my iPhone
Catat Ulasan