Pengikut Blog Panglima

04 Januari 2014

@PDRMsia akan letak anggota di gereja terpilih ekoran isu #KalimahAllah Esok

kalimah-masjidnegara2

 

SHAH ALAM: Semua pihak dinasihatkan supata bertenang dan bertindak rasional mengenai isu-isu sensitif, nasihat Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas terhadap bantahan dijangkakan akan berlaku berhubung kenyataan seorang paderi di sebuah gereja Katolik di Selangor yang akan terus menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan semasa perhimpunan.

Beliau berkata, anggota polis akan ditempatkan di gereja-gereja pada Ahad untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Ini adalah prosedur biasa untuk memastikan tiada apa yang berlaku," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan gereja-gereja yang akan menempatkan anggota polis.

Mohd Shukri turut meminta pihak yang merancang untuk mengambil tindakan-tindakan lain, termasuk menghantar memorandum kepada gereja-gereja, supaya memikirkan semula rancangan tersebut.

Beliau berkata, terdapat cara yang lebih baik daripada berarak dalam kumpulan yang besar untuk menyerahkan memorandum.

"Mungkin melakukannya dalam kumpulan yang besar bukan pilihan yang terbaik dan saya menggesa mereka untuk memikirkan semula," katanya.

Beliau berkata, jika mana-mana kumpulan mahu mengadakan perhimpunan haram, tindakan akan diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi tidak akan ada keperluan untuk berbuat demikian sekiranya mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

bible-spokentongue-malay-barton

Sebuah portal berita yang memetik pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew sebagai berkata pada minggu lepas bahawa gereja-gereja Katolik di negeri ini akan terus menggunakan kalimah "Allah".

Kenyataan Paderi Lawrence menyebabkan kekecohan di kalangan segelintir umat Islam, termasuk kumpulan yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang, yang berkata ia akan mengadakan demonstrasi di gereja itu melainkan sekiranya beliau menarik balik kenyataannya dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember bertitah bahawa semua rakyat di Selangor mesti mematuhi larangan terhadap penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998. – Mstar.




Sent from my iPhone
Catat Ulasan