Pengikut Blog Panglima

06 Januari 2014

Penjelasan Majlis Ulangtahun ke 61 Menteri KDN @zahid_hamidi di Hotel Semalam


1. Beberapa blog menyentuh isu sambutan hari jadi (kononnya) diadakan Menteri Dalam Negeri di hotel mewah di saat rakyat sedang susah. Meskipun ramai tidak tahu beliau bukan menggunakan duit kerajaan dan dibuat atas dasar setiakawan Sahabat beliau yang berpakat meraikannya.

2. Panglima sendiri tidak menghadiri majlis tersebut dan hanya membaca dari blog. Barangkali ia majlis Sahabat terdekat Menteri dan khabarnya dianjur Sahabat rapat beliau untuk meraikan semua yang selama ini sentiasa menyokong beliau ketika senang dan susah bersamanya.

3. Meskipun lokasi majlis hotel mewah Royale Chulan , namun menu yang disediakan tidak mewah seperti digambarkan. Hanya nasi lemak satay air sirap yang tidak melambangkan keborosan bahkan menunjukkan sikap berjimat cermat (mungkin tidak ada duit banyak) Sahabat beliau. Tidak seperti yang sering disebut ketika zaman Anwar Ibrahim di mana orang sekeliling dilimpahi kekayaan melampau gara-gara kronisme yang terlalu teruk.

4. Paling menarik email yang disebar juga didapati salah tarikhnya dan tidak mustahil ia petunjuk dari Allah bahawa email tersebut direka pihak tertentu yang tidak senang hati dengan sokongan hampir 100 % Bahagian Umno seluruh negara kepada DS Ahmad Zahid Hamidi pada persidangan yang lalu.


5. Yang tidak disebut ialah majlis tersebut mendapat sambutan begitu ramai walaupun tidak semua menerima jemputan ekoran masalah tempat terhad namun lebih 2 ribu telah menghadiri majlis semalam.


Harap politik matang kita amalkan dan jangan kerana sesuatu sebab kita mula menghentam selepas memuji beliau sebelum ini. Nasihat untuk diri dan kawan-kawan. 

Sesiapa kata Panglima kaya kerana dapat duit dengan Zahid hamidi boleh minta skrin akaun bank yang hanya beberapa ringgit sahaja yang tinggal selain hutang yang berlambak selepas mengambil keputusan memenuhkan masa dengan perniagaan produk perubatan serta pemasaran syarikat rakan sejak Oktober lalu.

Saya sokong kerana orang bukan kerana wang. Jika Zahid juga mula takbur & lupa diri maka saya juga akan memberi teguran secara hikmah tanpa memalukan maruah beliau sebagai seorang pemimpin. 

Lebih lembut kata-kata tentu lebih berkesan pada telinga dan terus jatuh dan menusuk hati !

Kata yang lembut datang dari hati yang lembut  dan bersih,  hati yang bukan berkarat dengan dosa dan maksiat. 

Bukan pelaku homoseksual, Peliwat atau peminum arak dan berpeleseran di Night Club.

Sent from my iPhone





Catat Ulasan