SHAH ALAM - Tarikh 10 Januari 2013 hari ini, adalah satu tarikh yang istimewa bagi kedua pemimpin tanah air walaupun berbeza ideologi politik mereka.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkongsi tarikh hari lahir yang sama.
Khairy melalui laman Twitternya berkongsi perkara itu dengan mengucapkan selamat hari lahir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno itu turut menyatakan usianya di mana telah mencecah 38 tahun manakala Nik Abdul Aziz mencecah usia 83 tahun.
"Selamat hari lahir juga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"Hari ini beliau menyambut yang ke-83 dan saya yang ke-38," tulisnya lagi.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan