Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Januari 2014

SU Umno @TengkuAdnanreal : Isu Tuduhan Lahad Datu : @TianChua Belum Terlepas Dari Hukuman cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Isu Tuduhan Lahad Datu : Tian Chua Belum Terlepas Dari Hukuman

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ekoran daripada polemik berkaitan kes UMNO tarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang masih berlarutan, Ibu Pejabat UMNO telah mengemukakan dokumen mahkamah bertajuk Perintah Penghakiman Persetujuan antara UMNO dengan Tian Chua dan 2 yang lain bertarikh 13 Januari 2014.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa daripada Perintah Penghakiman Persetujuan tersebut jelas bahawa Defenden Pertama iaitu Tian Chua kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO' telah dirujuk kepada UMNO, sementara Defenden Kedua dan Ketiga iaitu Fazallah Pit (Editor KeadilanDaily.com) dan Aisha Geoffrey (pengarang artikel) dengan serta-merta mengeluarkan artikel tersebut dari sesawangnya.

"Di sini juga ditegaskan bahawa tawaran untuk menyelesaikan kes tersebut dibuat oleh Tian Chua kepada pihak UMNO melalui peguam UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam kehadiran Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan bukan sebaliknya."

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan walaupun UMNO menyelesaikan kes saman tersebut namun Tian Chua masih lagi berdepan dengan kes tuduhan jenayah hasutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang mana laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu adalah terangkum dalam kes jenayah tersebut.

"Saya menegaskan bahawa, sebagai sebuah parti yang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan."

Antara kandungan pertuduhan jenayah yang dihadapi oleh Tian Chua ialah:

"Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuatkan kenyataan bahawa

a. Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

b. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

c. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

d. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama."- MediaUMNO

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-01

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-02

dokumen-penghakiman-kes-mahkamah-tian-chua-fitnah-umno-03

Muat Turun Dokumen Penghakiman Kes Mahkamah Tian Chua Fitnah UMNO Sini :


Berita Bertarikh Pada 22 January 2014 6:31 PM





Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ok..Ok, asal bukan peguam umno.

Cari Blog Ini

Translate