Berita :
KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian.
Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Penulis memperolehi video berkenaan daripada laman Facebook Majlis Cinta Rasul.
Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.
Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.
Shaikh Ahmad ialah anak kepada Shaikh Muhammed Al Khazraji iaitu bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam UAE.
Beliau memiliki beberapa barangan dan tanda milik Nabi Muhammad S.A.W, kerana beliau merupakan waris daripada puak Khazraj yang merupakan antara puak terbesar di Madinah ketika zaman kehidupan baginda Rasulullah.
Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.
Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.
Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota Makkah sewaktu Perjanjian Hudaibiah. – IBNU K/Mynewshub.my
4 ulasan:
z Melampau!!!! Meniru puak=puak Katholik yang suka simpan relik-relik. Memberi perhormatan yang melampau atas benda-benda yang tidak ada apa-apa maknanya lagi termasuklah rambut Rasulullah sendiri. Apa perlu sehelai rambut di berikan layanan sedemikian rupa? Ianya rambut!!! Sifatnya rambut!!! Rambut di kepala sama sahaja dengan rambut di ketiak, bulu ari-ari, rambut dalam hidung dan sesetenagh keadaan ada juga yang berambut di dubur. Rambut hanya berfungsi dengan jelas jika ianya dalam sistem biologi manusia. Jika sudah bercerai fungsinya mungkin boleh di panjangkan kepada ilmuan forensik.
Kalau untuk di lihat-lihat dan melakukan adoration (macam orang kristian) lebih baik jangan.
Rambut Rasulullah termasuk dalam kategori benda benda yang tidak membawa mudharrat dan manfaat, triada upaya . Tetapi Mudaratnya lebih besar iaitu boleh menyesatkan seperti menjadi objek untuk bertawasul, objek untuk minta berkat. Fahamilah Rasulullah telah wafat tetapi ajaran dan utusannya masih kekal.
Kalaulah benar kita cintakan Rasulullah dan kalau benar lah rambut Rasulullah rasanya perlu di kebumikan sekali rasanya. Ianya sebahagian dari Tubuh Rasulullah juga kenapa nak buat sebegini?? Satu penghinaan besar kepada jenazah Rasulullah. Dah buat macam pamrean sahaja. Apa tubuh Rasulullah boleh di pamer-pamer macam tu sahaja?
Jangan lupa kita tidak di benarkan untuk megambarkan dan menzahirkan apa-apa bentuk Rasulullah hatta sehelai rambut pun.
Wei ko ni merepek apa..
kalau benda lain kita boleh simpan dan agungkan..ini salah satu yg ada pada diri Rasulullah.. kita muliakan krn sifat Nabi itu..bkn knr sifat rambut.. bodoh bahlol.. suka meremehkan hal yg tk sepatutnya..timbulkan isu dan fitnah. Kalau mcm tu tutup shj apa2 jenis muzium sbb semua itu simpan tinggalan2..??
kita bukan sembah rambut Nabi..kita sembah Allah yg Esa.. Kristian xsembah Tuhan. sembah Jesus.. Sedangkan Ada beberap Hadith yg menceritakan kemuliaan sifat2 fizikl Baginda yg diambil peluang oleh para Sahabat seperti peluh yang wangi, istinjak tidak berbau.. dan macam2 lagi mukjizat hissi yg Ada pada Nabi..
apa yg ko sibuk sgt pasal tinggalan ini?? kafir ke kau ni?
Kita muliakan apa yg dimuliakan Allah swt.
Kita muliakan apa yg dimuliakan oleh Para Sahabat r.anhum.
Kita muliakan apa yg dimuliakan oleh sekelian mukminin.
Apapun yg berkait dgn Rasullullah saw menjadi mulia kerana ianya dimuliakan Allah swt.
Sifat manusia, tersentuh hatinya bila melihat apa berkait dgn yg dikasihinya.
Nampaknya apa yang direstui ulama muktabar dikritik oleh anda yang nampak seperti pandai sangat dari mereka.
Catat Ulasan