Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Februari 2014

Kumpulan Profesional Cina desak @Teresakok pikul tanggungjawab video ONEderfull Malaysia


Panglima - Tak cukup minta maaf bahkan wajar dikenakan tindakan kerana memburukkan nama Malaysia melalui fakta tidak benar yang disampaikan. 

Memburukkan Malaysia lebih besar dosa dan ancamannya kepada negara dan rakyat amnya  akibat fitnah yang memburukkan nama negara di mata dunia.

Walaupun didakwa sekadar lawak namun lawak memburukkan negara bukan lawak tetapi laknat !

Teresa Kok mesti dihukum !!!





KUMPULAN Profesional Cina (dari kiri), Phoenix Low Kai Lay, Loh Wei Jing, Wong Kok Fye, Ryan Ng Chun Yie dan Alex Lee Keat Woon pada sidang akhbar membidas Teresa Kok berhubung penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 15 Feb. - Sekumpulan lima individu yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Profesional Cina hari ini membidas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi semasa sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di sini, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya meminta Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bertanggungjawab atas pelbagai kesan buruk kepada masyarakat ekoran penghasilan video tersebut, walaupun video itu mungkin tidak menyalahi undang-undang.

Mereka juga kesal kerana video tersebut memberikan gambaran negatif kepada kaum-kaum lain bahawa perbuatan memburuk-burukkan dan menghina orang adalah sebahagian daripada tradisi sambutan Tahun Baharu Cina sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Ahli Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Wong Kok Fye berkata, kandungan klip video berkenaan jelas memaparkan 'keganasan halus' yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda.

"Teknik psikologi yang digunakan dalam video itu boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda bahawa tidak salah untuk menghina dan membuat serangan karakter terhadap seseorang individu," katanya.

Seorang peguam, Ryan Ng Chun Yie pula mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Teresa dalam klip video yang jelas 'menghentam' seteru politiknya.

Beliau berkata, daripada menghasilkan video yang mempersenda individu lain, adalah lebih baik Ahli Parlimen itu menghasilkan video yang menunjukkan sumbangan beliau kepada masyarakat.

"Itu yang orang ingin lihat kerana mereka mempunyai harapan tinggi terhadap wakil rakyat yang dipilih. Saya cadangkan semua wakil rakyat tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menggugat perpaduan yang sekian lama wujud dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Seorang pekerja sosial, Alex Lee Keat Woon yang telah membantu lebih 100 pesakit buah pinggang dan kanser di negara ini meminta Teresa mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Bak kata peribahasa, jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Jangan hanya berani bercakap kuat di belakang tetapi takut untuk mengaku.

"Tindakan mengkritik pemimpin dan negara, kalau dibiarkan akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

Seorang pendidik Loh Wei Jing berkata, tindakan menghasilkan klip video berbaur sindiran dan fitnah terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina bukan sebahagian budaya kaum Cina.

Beliau berkata, tindakan menghasilkan klip video itu merupakan satu propaganda murahan daripada Teresa demi kepentingan politiknya.

"Kita mempercayai serta memegang teguh Rukun Negara kita dan apa yang dilakukan Teresa dalam klip video itu 100 peratus bercanggah dengan Rukun Negara. Perbuatannya menghasilkan klip video itu ketika sambutan Tahun Baharu Cina tidak boleh diterima dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya dengan tegasnya menggesa Teresa untuk meminta maaf terhadap kerosakan yang telah dia lakukan," katanya.

Jurulatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata, Ahli Parlimen terbabit tidak sepatutnya menghasilkan klip video yang menggalakkan orang ramai supaya mempersenda kekurangan orang lain.

Sebagai jurulatih, Phoenix berkata, beliau sering menggalakkan orang ramai berfikiran positif serta tidak menyerang kelemahan orang lain.

"Teresa sepatutnya menyampaikan mesej yang menekankan perpaduan antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan menyebarkan pemikiran positif bukan menyindir kekurangan orang lain," katanya.




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate