KUALA LUMPUR 13 Feb. - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkeras tidak akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia meskipun terdapat pihak yang mungkin tersinggung dengan penerbitan klip video ONEderfull Malaysia CNY 2014.
"Buat apa saya nak minta maaf? Saya nak minta maaf pada siapa? Video saya telah diputar-belit oleh pihak tertentu, jadi mereka yang patut minta maaf pada saya.
"Saya rasa tiada apa-apa masalah dengan klip video itu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Teresa ditanya sama ada akan memohon maaf secara terbuka atas tindakannya menerbitkan klip video itu yang mencetuskan kemarahan rakyat, selain menyinggung perasaan pihak tertentu.
Walaupun jelas klip video itu mempersendakan pemimpin tertinggi negara dan kerajaan serta menyindir mengenai isu keselamatan di Sabah, Teresa sekali lagi menegaskan, ia dihasilkan hanya untuk 'bergurau.'
"Memanglah saya bergurau. Ini adalah sejenis satira politik dan tidak ditujukan pada sesiapa. Satira politik dipentaskan oleh pelakon-pelakon komedi di banyak tempat.
"Selagi kita merupakan tokoh yang dikenali (public figure), kita perlulah bersedia untuk dikritik dan di tertawa," katanya lagi.
Teresa bersama peguamnya, S. Nair, sebelum itu, hadir ke IPK kira-kira pukul 3 petang kerana dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 504 (c) Kanun Keseksaan berhubung kandungan video tersebut yang mungkin boleh memecah belahkan kaum.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi di sini hari ini berkata, proses mengambil keterangan itu berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira sejam.
Kata beliau, siasatan kes itu sudah lengkap dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.
Setakat ini, polis menerima hampir 500 laporan polis di seluruh negara terhadap pemimpin DAP itu bagi menggesa siasatan disegerakan ke atas beliau.
Laporan turut dibuat bagi menuntut permohonan maaf Teresa kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak-pihak yang disindir di dalam video tersebut.
Panglima : kenapa perlu minta maaf sedangkan perbuatannya menggambarkan Malaysia sangat teruk dan bahaya ekoran kejadian jenayah tinggi merupakan satu pembohongan sangat besar.
Maka sepatutnya tindakan beliau menerbitkan video tersebut sudah tentu tidak selesai dengan minta maaf kerana sudah melakukan kesalahan besar dengan menggambarkan Malaysia sebagai negara sangat teruk dan berbahaya.
Ancaman video ini sangat besar jika ia menjadi punca pelabur tidak mahu melabur ke negara kita, selain menutup hasrat pelancong melawat negara terutama ketika Tahun Melawat Malaysia sedang berlangsung ketika ini.
Bayangkan maruah Malaysia apabila penipuan ini tersebar mempengaruhi fikiran diplomat sehingga menyebabkan mereka melaporkan malaysia bukan negara selamat untuk menjadi tempat dikunjungi dan dibuat rakan perdagangan ?
Kita tidak terasa sangat lawak beliau terhadap isteri PM isu cincin tetapi apabila melibatkan isu negara maka ia sangat memalukan dan mengguris perasaan majoriti rakyat Malaysia.
Maka penyelesaian ialah dengan melakukan tindakan menahan beliau dan mengenakan tindakan keras atas tindakan lawak bodoh yang dilakukan dalam video ONEderfull Malaysia tersebut.
Ini bukan kali pertama Teresa buat kecoh seperti isu ketuk ketampi yang dituduh perempuan Cina walhal perempuan Melayu. Termasuk isu azan dan tulisan jawi.
Adakah semua ini berkaitan kerana beliau didakwa keturunan Cina Yahudi ???
Wallahu A'lam.
• Teresa enggan mohon maaf
• Ambil iktibar kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
• Adenan pastikan kesinambungan - Najib
• 'Perjuangan adalah pengorbanan, pangkat dan darjat bukan keutamaan'
• Awang Tengah tidak kecil hati, kecewa
• SPR: PRK Balingian, Kajang mungkin serentak
• Menangi hati rakyat, satukan parti komponen BN cabaran utama dihadapi Adenan
• SPR kaji hukuman lebih berat
• Tak perlu pinda undang-undang hukum wakil rakyat - Dr. Mahathir
• Shafie bidas kempen sebelum tarikh penamaan
• Anwar pamer kegelojohan sendiri dalam PRK Kajang
• Kenapa sekarang Anwar mahu bertanding?
• Halang calon ada kes mahkamah tanding pilihan raya
• Jabu enggan ulas pelantikan Adenan
• Rakyat kalau tak suka, bagi dia kalah - Tun M
• Anwar gelojoh - Zahid
• Pengerusi SPR bidas Anwar
• Mubarak mahu Teresa dikenakan tindakan tegas
• Adenan Satem masih enggan ulas pelantikannya
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140214/po_02/Teresa-enggan-mohon-maaf#ixzz2tF74AvDp
© Utusan Melayu (M) Bhd
2 ulasan:
Hantar laporan ke pendakwaraya? Emm... Simpan sampai karat ler jadinya. Sempat Taresa buat video lain pada CNY tahun depan!
simpan sampai karat ---> ayat yang terbukti kebenaranya.
Catat Ulasan