Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Februari 2014

#PRKKajang : senarai Pemimpin PAS tak setuju PKR beri laluan kepada @Anwaribrahim

Post Pic

 
SHAH ALAM: Pemimpin tertinggi PAS tetap akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang kelak walaupun timbul tentangan daripada akar umbi, demikian menurut Pengerusi Pilihan Raya parti itu, Dr Hatta Ramli.
 
"Kita telah mengumumkan hal itu oleh Naib Presiden, Sallehuddin Ayub dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu bahawa kita akan beri kerjasama untuk memastikan kemenangan calon PR di Kajang.
 
"Setakat ini pendirian kita untuk sokong Anwar dan memastikan kemenangan besar PR di Kajang. Kita sedang SPR menunggu mengumumkan tarikh penamaan calon dan akan terus turun untuk dapatkan kemenangan itu," katanya ketika dihubungiAntarapos.
 
Sebelum ini, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menyelar tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu sebagai memberi laluan kepada Ketua Umum PKR itu bertanding.
 
Nasruddin menyifatkan tindakan itu tidak boleh diterima kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh, malah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU-13, Mei lepas.
 
Pimpinan PAS lain yang turut membidas PRK ini adalah Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
 
Gesaan untuk meletakkan calon Menteri Besar dari PAS turut disuarakan atas alasan memenangi lebih kerusi berbanding PKR pada PRU-13 lalu.
 
Hatta bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila diajukan kewajaran melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru, sebaliknya mahu fokus dalam memenangi PRK ini terlebih dahulu.
 
"Tak ada walau-walau.
 
"Itulah jawapan saya, tak usah bawa yang lainlah," jelasnya ringkas.
 
Pengosongan kerusi Kajang itu dikatakan sebagai tiket mudah Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Ia juga 'sebahagian' daripada jalan penyelesaian kepada kemelut Khalid dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.



Sent from my iPhone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa juta dah kena bayar dr hatta oleh bang non.....duit dah masyukk...duit dana yahudi sudah dibayar....dr hatta sokong ajerr

Tanpa Nama berkata...

Anwar bijak main wang dan kata2..
sbb tu zmn dlm UMNO dialah pengamal rasuah politik tp utk main psikologi dia yg pura2 berlakon sbg penentang rasuah.. ini munafik paria kutti Permatang Pauhs tyle

Cari Blog Ini

Translate