Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 September 2014

myMetro | 'Trojan'' bantu kebas RM2.5 juta

'Trojan'' bantu kebas RM2.5 juta

Oleh Gaddafi Musli

Kuala Lumpur: Sindiket penggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didapati menggunakan sejenis malware Trojan Horse dikenali sebagai Backdoor.Padpin yang hanya mensasarkan mesin ATM dengan membuka 'pintu belakang' sistem komputer terbabit.

Maklumat diperoleh berdasarkan rujukan ke laman web syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene mendedahkan malware yang digunakan dikenali sebagai 'ulssm.exe..'.

'ulssm.exe..' adalah fail yang diaktifkan dalam sistem komputer berkenaan sebaik malware dimuat naik dan mula beroperasi.

Mortadza yang dipetik Bernama berkata malware berkenaan akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam "Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya malam tadi.

Menurutnya lagi, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara berkenaan.

Untuk rekod, Backdoor.Padpin adalah sejenis malware dikenali sebagai Trojan Horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan berupaya melakukan tugasan tertentu.

Sebaik malware berkenaan dimasukkan, penggodam bukan saja berupaya memberi arahan menggunakan pad kekunci untuk membuat pengeluaran wang malah boleh menghentikan sistem penggera.

Backdoor.Padpin, yang mula dikesan pada bulan Mei 2014 turut berupaya 'memadam' dirinya sendiri jika gagal mengawal pad kekunci atau tempat pengeluaran wang.

Foto

RAKAMAN CCTV dipercayai salah seorang suspek di Kota Damansara. FOTO PDRM

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

Sent from my iPhone

Salafi vs Sufi In Akhir Zaman - Syeikh Imran Hossain #Dajjal #NuclearWar #Riba #Nato #Zionis




Harap sebarkan

28 September 2014

Kerana Kritik : DAP pecat ahli majlis Pas (Bendahari PAS Negeri Pulau Pinang)


MPPP pecat ahli majlis Pas

ISZUREE IBRAHIM

PULAU PINANG 27 Sept. - Kerajaan DAP negeri yang selama ini melaungkan prinsip cekap, telus dan akauntabiliti (CAT) sekali lagi dilihat bertindak membelakangkan prinsip berkenaan apabila menyingkirkan Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta membekukan peruntukannya.

Tindakan itu difahamkan dibuat selepas Iszuree menegur kepemimpinan kerajaan negeri dalam isu perumahan di negeri ini ketika berucap di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, minggu lalu.

Iszuree ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima surat pemecatannya daripada MPPP semalam dan memberitahu beliau tidak langsung diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Surat pemecatan Iszuree yang menggunakan kepala surat MPPP dan ditandatangani oleh Setiausaha MPPP, Ang Aing Thye itu mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp awal pagi ini.

Surat itu memberitahu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang diadakan pada Khamis lalu telah memutuskan untuk mengeluarkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap MPPP dan membekukan peruntukannya.

Namun, surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh MPPP itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas negeri mengecam tindakan Kerajaan DAP negeri yang disifatkan tidak demokratik, berat sebelah dan tergesa-gesa dalam menyingkirkan Bendahari Pas Pulau Pinang itu.

Ketuanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, kerajaan negeri seharusnya memahami bahawa pelantikan Iszuree dibuat bukan atas kapasiti individu tetapi mewakili Pas.

Beliau berkata, sekiranya kerjasama dalam pakatan pembangkang masih dihormati, adalah wajar pandangan Pas diambil kira terlebih dahulu sebelum MMK membuat sebarang ketetapan untuk menyingkirkan Iszuree.

"Tindakan yang diambil kerajaan negeri ini umpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh dan untuk itu, Dewan Pemuda Pas negeri menggesa kerajaan negeri menarik balik tindakan ke atas Iszuree bagi memelihara hubungan kerjasama dalam pakatan.

"Sebelum sebarang persepsi awam timbul terhadap pemerintahan kerajaan negeri, perkara ini harus diselesaikan segera dan kami mengecam tindakan diambil kerajaan negeri kerana selama ini Iszuree menunjukkan rekod cemerlang sebagai ahli majlis MPPP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusni berkata, pihaknya percaya tindakan diambil terhadap pemimpin Pas itu adalah susulan daripada tindakan Iszuree yang menegur dan memberi pandangan supaya penambahbaikan terhadap polisi pembangunan rakyat negeri ini dilakukan ketika sesi perbahasan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, minggu lalu.

Katanya, hukuman 'gantung tugas' yang diambil kerajaan negeri berdasarkan laporan media yang disalah petik itu adalah tidak sepatutnya dan Iszuree juga seharusnya diberi ruang untuk memberikan penjelasan.

Malah kata beliau, sekiranya Pas masih dianggap sebagai rakan kerjasama dalam pakatan pembangkang, sebarang keputusan yang hendak diambil terhadap Iszuree perlu diputuskan secara kolektif dan bersama.

"Mesyuarat pakatan pembangkang yang tertangguh sejak pilihan raya umum lalu perlu segera diadakan dan perkara ini perlu diselesaikan sebagai seorang rakan, bukan sebagai lawan.

"Seperti Pas yang boleh bersabar dengan perbezaan pandangan dan terbuka menerima kritikan, kecaman dan cemuhan sehingga dituduh pengkhianat di Selangor daripada rakan-rakan pakatan, maka kami juga meminta supaya rakan sekutu yang berjiwa besar ini dapat berbuat sedemikian," tegasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140928/po_01/MPPP-pecat-ahli-majlis-Pas#ixzz3EasekKsL 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

DAP isytihar tamat kerjasama dengan PAS - Sampai Bila PAS Mahu Dipermainkan ???

27 September 2014

Jawapan Kepada Fitnah Sahih Bukhari dan Ihya Ulumuddin Ada Hadis Palsu (Mauduk) @realdrmaza @ustazfathulbari @najibrazak


1. Fitnah dilakukan terhadap Sahih Imam Bukhari yang mendakwa ada hadis palsu (mauduk) tidak sahih



Jawapan kepada fitnah Kitab Sahih Imam Bukhari mengandungi hadis tidak sahih  

http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=4&func=view&id=22922&catid=9

Kajian Ilmiah lengkap tentang Imam Bukhari 




2. Penjelasan Fitnah Terhadap Kitab Ihya Imam Ghazali seperti artikel ini 


Maka jawapan dijawab dengan panjang lebar di sini :




Link 4 : Hamka nafi hadis mauduk(palsu) dalam Kitab Ihya http://ibnuwafi.blogspot.com/2012/06/pandangan-hamka-terhadap-al-imam-al.html?m=1


Mohon kita bantu membantu atas kebenaran dengan forward mesej ini demi ilmu iman amal umat Islam akan terus terpelihara.



Sent from my iPhone

Mr @cmlimguaneng : WHO Is The Traitor ???


 

GUAN ENG : WHO IS THE TRAITOR?

 

The Chief Minister of Penang, Lim Guan Eng, has proved time and time again that he is not only unpatriotic, but a traitor as well. 

 

During the Selangor mess he called the four PAS excomembers traitors. What was it they did that was so traitorous? Oh, that's right, they didn't give up their positions and make way for PKR and DAP. It appears that Guan Eng is a fool. Did he not realize that if they had given up their positions, Khalid would have had the right to choose new members? And after the shit way that PKR and DAP treated him do you really think he would choose from their bunch? No. He would have chosen UMNO members. Probably, for no other reason than to spite Guan Eng and his band of fools.By the way Guan Eng, who the hell are you to be pointing fingers and calling people traitors? Ladies and Gentlemen if you want to know what a REAL traitor looks like go on Google images now and type Lim Guan Eng. Yep, there's your traitor. Did you know that when he went to Singapore, UK, China, and Taiwan Guan Eng gave talks? In those talks he constantly put down our country.LimGuan Eng stated that Malaysia's economy would never grow that by the year 2019 we would be bankrupt. He wasn't condemning the politicians or the government, but the people of Malaysia with that statement. He was saying that Malaysia would never grow. We would never become better. In fact we would be worse. And you know whatwe will become worse if we keep supporting unpatriotic, vile, traitorous bastards like him to 'lead' us. Wake up Malaysia. It's time to face the facts and realize that the man that we had put our hopes on, is nothing more than a faithless loser. 

 

In Singapore in 2011, you ridiculed the state of Johor, labeling Johor as the most unsafe place. Do you have to lie and ridicule your own tanah air, aren't you a traitor?

 

In 2013, in Taiwan, you urged investors not to come to Malaysia and again, you ridiculed Malaysia. Your DAP MPs demonstrated in Taiwan, urging Taiwan investors not to come to Malaysia. Now, aren't you and your party traitors?

 

You did the same in Hong Kong in 2013. You ridiculed Malaysia's GTP saying that it was unachievable, what cheap thrill do you get from all these unpatriotic behavior? 

 

Guan Eng, it seems that you simply love Singapore, Taiwan and Hong Kong where you choose to lambast your own country from there….special links with these countries is it…so who is the traitor? The four past Excosor is it you and the DAP?

 

Also, as the leader of DAP, shouldn't you keep a tighter control on your bloody MPs? For example, that idiot Kuching MP Chong Chieng Jen who took to twitter to voice his objections against playing the national anthem in the cinemas. As a Malaysian he should have been proud to hear his national anthem playing. The fact that he was upset by it begs the question; where do your loyalties lie? Then again Guan Eng wouldn't have called the Kuching MP out anyway because he was guilty of the same disrespect. At an event in Johor Guan Eng blatantly refused to respect the national anthem by standing up. What in the bloody hell is going on? Since when was standing up for the national anthem a big sin? Was he not taught basic respect? Even when another country's national anthem is playing he would have to stand out of respect, but he can't respect his own country?

 

I have another word of advice for Guan Eng and the DAP; PAS is always consistent in its stand. We never agree with the BN formula but we are never traitors. The real bloody traitor is you, Guan Eng and DAP. Guan Eng, don't try to teach PAS how to conduct politics. We are more matured than you and the DAP. When PAS was formed, you were not yet born, when PAS was active in national politics, you are the naked fool child running around in your napkins, don't ever tell us what to do. We practice matured politics not stupid racial street politics like you do. Don't ever dream or think you can speak down to us….GROW UP CHILDISH GUAN ENG.



Received by email


Sent from my iPhone

Pembelaan terhadap kitab Ihya' Ulumiddin Imam Ghazali siri 2 cc @Mynewshub @NajibRazak @Ustazfathulbari


Sila baca Pembelaan terhadap kitab Ihya' Ulumiddin siri 1 dahulu. Scroll ke bawah. Atau tekan sini.

Topik berundur ke belakang kembali. Isu akidah saya tak mahu panjangkan. Jika neraca mereka untuk mengukur kebenaran akidah seseorang masih dengan pegangan yg lama, iaitu menganggap mazhab Asyairah sebagai bukan Ahlus Sunnah, maka bukan Imam Ghazali sahaja yg terkena bahkan jumhur ummah. Jadi mudah sahaja untuk mengenali individu-individu yg ditolak mereka. Kiaskan sahaja kaedah ini kepada mana-mana individu.

Rasa sayang pula jika tidak menulis yg ini. Haji Khalifah [1] menyebut, ketika kitab Ihya' memasuki Maghribi, terdapat sebahagian ulama Maghribi yg mengingkarinya, lalu mengarang kitab mengkritiknya iaitu, Al-Imla' fi Ar-Roddi 'alal Ihya'. Sehinggalah pengarang tersebut melihat kehebatan Imam Ghazali dan ketulusan niatnya. Maka pengarang itu bertaubat dan menarik semula penulisannya terhadap kitab Ihya'.

:: Takhrij hadith oleh Al-'Iraqi
Haji Khalifah juga menyebut bahawa Al-Hafiz Al-'Iraqi sebenarnya menulis dua buah kitab untuk takhrih hadith-hadith di dalam kitab Ihya'. Yang pertama, kitab yg besar yg beliau karang pada 751 H. Tapi beliau tidak menyiapkannya. Pada tahun 760H, beliau karang kitab kedua yg lebih kecil iaitu Al-Mughni 'an Hamlil Asfar yg akhirnya tersebar ke serata dunia bersama-sama kitab Ihya'. Apa yg mendorong Al-'Iraqi bersungguh berkhidmat kepada kitab Ihya'? Saya fikir, ini kerana beliau melihat kehebatan kitab Ihya' yg akan melata ke seluruh dunia satu ketika nanti. Maka, beliau akan berbangga di hadapan Allah kerana membersihkan kitab Ihya' yg yg menjadi pedoman ulama zaman berzaman.

Lalu murid beliau, Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani (wafat 852H) yg telah bertalaqqqi dengannya selama 10 tahun telah menyempurnakan apa yg terluput daripada karangan gurunya dalam satu jilid kitab. Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi (wafat 879H) pula telah mengarang kitab Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya' bagi menyempurnakan lagi takhrij terhadap hadith-hadith di dalam kitab Ihya'. Para ulama seolah-olah ghairah untuk melibatkan diri mereka dalam 'pembikinan' kitab Ihya' yg berharga ini.
Salinan kitab Ihya' Ulumiddin yg terdapat di Darul Kutub Al-Wataniyah, Tunisia.

:: Pujian para ulama terhadap kitab Ihya'
Imam Nawawi berkata, "Jika kitab-kitab Islam hilang (nauzubillah) dan yg kekal hanya Ihya', sesungguhnya ia akan menampung apa yg hilang."

Imam Abdullah Al-'Idrus berkata, "Aku duduk bertahun-tahun menelaah kitab Ihya' , setiap fasal dan huruf daripadanya. Dan aku ulanginya dan menghayatinya. Maka zahir kepadaku daripada perbuatan itu akan ilmu-ilmu, rahsia-rahsia dan kefahaman-kefahaman yg melimpah pada setiap hari berbeza dengan apa yg aku dapat pada hari sebelumnya."
Beliau juga mengatakan Imam Ghazali telah mensyarahkan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah dalam kitabnya yg hebat yg digelar, Ø£Ø¹Ø¬ÙˆØ¨Ø© الزمان (Keajaiban Zaman) Ihya'Ulumiddin.

Anak beliau pula, Syeikh Abdul Qadir Al-'Idrus, pengarang kitab Takrif Al-Ahya' bi Fadhlil Ihya' memuji Imam Ghazali dan karyanya Ihya' dengan pujian yg amat baik.

Imam Muhammad bin Yahya berkata, "Al-Ghazali ialah Syafie yg kedua."


:: Penyalinan, Syarah dan Talkhis kepada kitab Ihya'
Penyalinan, Syarah dan talkhis para ulama terhadap kitab Ihya' juga dianggap satu pembelaan secara tidak langsung kepada kitab Ihya'. Juga dianggap satu pujian yg lebih bermakna berbanding pujian biasa. Ini jelas menunjukkan kehebatan kitab Ihya'. Orang yg mengkritiknya setelah proses-proses saringan yg dialaminya merupakan orang yg tidak tahu menilai.

:: Penyalinan kitab Ihya'
Kitab Ihya' dianggap kitab yg paling hebat yg merangkumkan pelbagai jenis ilmu. Penyalinan kitab Ihya' secara tulisan tangan sebagaimana yg disebut oleh Doktor Badawi, pengarang kitab Muallafat Al-Ghazali(Karya-karya Al-Ghazali) ialah hampir 120 salinan (makhtutot) yg terdapat di perpustakaan-perpustakaan dunia seperti di Darul Kutub Al-Misriyyah, Al-Azhar, Paris, Istanbul, Algeria, Tehran dan banyak lagi. Dan telah dicetak dengan banyaknya di Kaherah, Tehran dan Istanbul.

:: Kitab yg mensyarah kitab Ihya'
  • Ithaf Sadat Al-Muttaqin bi Syarhi Asrar Ihya' Ulumiddinkarangan Imam As-Sayyid Al-Murtadha Az-Zabidi. Kitab yg amat besar.
  • Takrif Al-Ahya' bi Fadhlil Ihya' karangan Syeikh Abdul Qadir Al-'Idrus. Biasanya dicetak bersama kitab Ihya'.
  • Tashyid Al-Arkan fi Laisa fil Imkan Abda' mimma Kankarangan Imam Jalaluddin As-Suyuti. Kitab ini masih belum dicetak dan masih kekal sebagai makhtutoh(tulisan tangan)
:: Talkhis (Ringkasan) kitab Ihya'
Terdapat 26 buah kitab Talkhis terhadap Ihya' dalam bahasa Arab sehingga tahun 1988. Sehingga sekarang saya tak tahu jika ada usaha yg dilakukan untuk mentalkhiskan kitab Ihya'. Tapi kawan saya menyebut ada sebuah kitab di Maktabah Darus Salam yg berjudul lebih kurang bunyinya Ihya' Ulumiddin Kurun ke-21. Saya akan memastikannya semula dan meletakkan maklumat mengenainya di nota kaki.

Sebahagian Talkhis ini masih kekal sebagai makhtutot di perpustakaan-perpustakaan dunia seperti di Kaherah, Berlin, Peshawar, Tunisia, Tehran, Istanbul, Az-Zahiriah di Damsyik, Paris, Iraq dan lain-lain.

Antara Talkhis-talkhis kitab Ihya':
  • Lubab Ihya' Ulumiddin. Talkhis paling awal yg dilakukan sendiri oleh saudara Imam Ghazali, Imam Ahmad bin Muhammad Al-Ghazali. (wafat 521H)
  • Minhajul Qosidin karangan Imam Ibnul Jauzi. Ditulis pada akhir kurun ke-6 Hijrah. Ini jelas menunjukkan kritikan Ibnul Jauzi terhadap Ihya' dalam kitab-kitab beliau semata untuk memberikan mutu yg sebenar kepada Ihya'.
  • Mukhtasar Ulumiddin.Karangan Abu Abdillah Syamsuddin Muhammad bin Jaafar yg dikenali dengan Al-Bilali. Beliau juga ada mengarang kitab lain iaitu, Mukhtasar Al-Ihya'.
:: Penterjemahan kitab Ihya' ke dalam bahasa lain
Kehebatan dan kepentingan kitab ini telah memaksa berlakunya usaha penterjemahannya ke dalam bahasa lain. Ihya' telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman, Bahasa Parsi, Bahasa Sepanyol, Bahasa Urdu dan Bahasa Turki. Menurut kawan saya, Ihya' juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Indonesia.

Yang menariknya, kitab Ihya' tidak pernah diterjemahkan ke dalam Bahasa Hebrew (Bahasa Yahudi) sedangkan kitab-kitab Imam Ghazali yg lain ada diterjemahkan ke dalam Bahasa Hebrew.

Sehingga sekarang, Masjid Al-Azhar menghidangkan pengajian kitab Ihya' Ulumiddin pada setiap hari Ahad, selepas solat asar. Tenaga pengajar ialah guru yg kukasihi, Al-Allamah As-Syeikh Ahmad Al-Hajin, salah seorang murid kepada Mufti Negara Mesir sekarang, Al-Allamah As-Syeikh Ali Jum'ah.

Alhamdulillah, selesai juga. Semoga tulisan ini diterima oleh Allah sebagaimana amal ibadat. Aminnn.

جعله الله خالصا لوجهه الكريم ووسيلة إلى النعيم المقيم

Rujukan:
Ihya' Ulumiddin
Taqrib At-Turath: Ihya' Ulumiddin karangan Dr. Islah Abd Salam Ar-Rifaie
Tulisan Haji Khalifah di ghazali.org
al-Ghazali website
Maqolat Al-Kauthari karangan Imam Al-Kauthari

Untuk mendapatkan kitab Ihya' versi digital sila ke sini.

Nota kaki:
[1] Nama sebenar beliau ialah Al-Allamah Mustafa bin Abdillah Al-Istanbuli. Dikenali di kalangan ulama dengan gelaran Katib Jalabi. Di kalangan rakan-rakan penulis kitab, dikenali dengan nama Haji Khalifah. Digelar begitu setelah beliau menunaikan haji dan naik pangkat yg lebih tinggi dalam jawatan berkaitan penulisan kitab iaitu Khalifahmengikut istilah masyarakat Uthmani. Dikenali dengan nama Haji Qolifah di kalangan orientalis. Ulama Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada kurun ke-11 Hijrah.

Pengarang kitab ulung, Kashfu Az-Zunun 'ala Asamil Kutub wal Funun. Kitab yg menghimpun maklumat tentang kitab-kitab Ilmu Islam. Dua jilid besar kitab ini membicarakan tentang lebih kurang 300 jenis ilmu dan seni. Mengandungi maklumat tentang 14501 nama kitab dan risalah, 9512 nama pengarang.


http://al-aman.blogspot.com/2008/12/pembelaan-terhadap-kitab-ihya-ulumiddin_22.html?m=1


Sent from my iPhone

26 September 2014

Jawapan Kepada Artikel @mynewshub Fitnah Imam Ghazali Jahil Hadis Nabawi - Tolong Sebarkan. @NajibRazak @ustazfathulbari


Tolong Share di whatsapp telegram jawapan ini untuk lawan kembali fitnah pihak wahabi / Salafi / Tajdid yang berdusta terhadap ulama besar dunia Islam Imam Ghazali!!!


Kisah Hujjatul Islam Imam al Ghazali difitnah Jahil Ilmu Hadis Oleh Ulama Anti Sufi


Pengkritik dan golongan  anti-tasawuf seringkali menuduh bahawa kitab-kitab karangan para ulama' tasawuf sarat dengan hadith-hadith dhaif. Tuduhan paling berat pernah dihalakan kepada sosok tubuh tokoh tasawuf  dan ulama Islam agung  yang diberi gelaran "Hujjatul Islam" iaitu Imam al-Ghazali radiyallahu anhu sendiri. Mereka menuduh di dalam karyamagnum opus  empat jilid  Ihya' Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali itu penuh dengan hadith-hadith dhaif. Sebenarnya, perbahasan berhubung dengan kedudukan hadith-hadith dhaif tidak perlulah kita bicarakan di sini kerana perbahasannya yang panjang cuma cukuplah kita nukilkan bahawa  para ulama hadith seperti al-Hakim di dalam al-Madkhal li `ilm al-hadith,  Imam al- Bayhaqi dalam Dala'il al-nubuwwah, Imam Nawawi dalam al-Tibyan fi `ulum al-qur'an. Bahkan Imam al-Sakhawi  dalam al-Qawl al-badi` fi al-salat `ala al-habib al- shafi` menyebut bahawa ianya disepakati para ulama yang membenarkan penggunaan hadith dhaif  selama mana ianya bertujuan untuk menunjukkan kelebihan-kelebihan sesuatu amalan (fadha'ilul amal) dan menggalakkan orang ramai beramal dengannya dan menjauhi dari melakukan maksiat (al-targhib wa tarhib). Status hadith dhaif tidak sama dengan hadith palsu yang sama sekali tidak boleh beramal dengannya bahkan meriwayatkannya juga haram dan berdosa. Namun kelompok pelampau ini telah menyamatarafkan hadith dhaif dan hadith palsu sebagai satu kategori sama dan mendakwa kononnya kedua-duanya tidak boleh digunakan sama sekali. Ini telah  menimbulkan kekeliruan dan keresahan  di kalangan masyarakat dan mula memandang hina terhadap hadith dhaif. Tindakan biadap sebegini tidak pernah diamalkan oleh para ulama silam yang muktabar dan justeru it kita  jangan keliru dengan propaganda para asatizah ini yang kononnya ingin membawa islah dan tajdid dalam masyarakat agar beramal hanya dengan hadith Sahih sahaja.

Imam al-Ghazali jahil ilmu hadith?

Antara tuduhan keterlaluan yang dilemparkan terhadap Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ialah kononnya beliau jahil ilmu hadith dan kerana itulah banyak hadith-hadith dhaif dalam Ihya' Ulumiddin. Ada juga yang mendakwa kononnya di akhir hayat beliau, Imam al-Ghazali meninggalkan tasawuf dan menjadi ahli hadith kerana beliau ditemui meninggal dunia dengan kitab Sahih Bukhari di tempat tidurnya. Harus diingati bahawa tiada manusia lain di atas mukabumi ini yang digelar "Hujjatul Islam" melainkan Imam al-Ghazali. Gelaran itu diberikan oleh masyarakat pada zamannya kerana kehebatan ilmu yang beliau miliki yang tiada tolok tandingnya. Imam Salahuddin al-Safadi (w.764) yang mengarang kitab al-Wafi, sebuah kitab biografi para ulama silam atau digelar 'tabaqat' yang mengandungi 14,000 para ulama menyebut bahawa bahawa "Imam al-Ghazali adalah seorang ulama mazhab Shafi'e yang tiada tandingnya di zaman beliau".  Ulama kontemporari seperti Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa Imam al-Ghazali adalah mujaddid kurun ke-5 hijri sepertimana Imam al-Shafie di zamannya dan Umar bin Abdul Aziz di zamannya.

Yang lantang mengkritik Imam al-Ghazali sebenarnya hanya beberapa orang tokoh ulama seperti ulama anti-sufi  seperti Ibn al- Jawzi  melalui kitabnya  I`lam al-ahya' bi aghlat al-Ihya'  dan Talbis Iblis, dan diikuti oleh Ibn Taymiyyah dan pelajarnya al-Dhahabi. Manakala majoriti ulama di zaman Imam al-Ghazali dan selepasnya semuanya mengkagumi kehebatan beliau. Hari ini kelompok 'islah dan tajdid moden' yang mengkritik Imam al-Ghazali mengutip kembali kritikan-kritikan ketiga-tiga orang tokoh ulama ini dan menghamburkannya kepada masyarakat sehingga masyarakat hilang hormat pada Imam al-Ghazali.

Sebagai manusia biasa, Imam al-Ghazali sudah tentu  ada kelemahannya namun sumbangan besar Imam al-Ghazali dalam ilmu akhlak atau tasawuf melalui karya Ihya Ulumiddinnya itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun sehingga dikatakan "andaikata seluruh kitab-kitab di atas mukabumi ini musnah, dan tinggal Ihya sahaja, maka ianya sudah memadai untuk membimbing manusia". Imam Fakhruddin al-Razi mengatakan bahawa "seolah-olah Allah SWT mengumpulkan seluruh ilmu di bawah satu bumbung dan menunjukkannya kepada Imam al-Ghazali".

Ya, memang diakui bahawa hadith-hadith dalam Ihya ada yang bersifat Hadith Dhaif sepertimana senarai yang diberikan oleh Imam Tajuddin al-Subki dalam Tabaqat al-Shafi'iyyah nya, namun sebagai sebuah kitab akhlak  yang bertujuan untuk 'menggalakan beramal dan menjauhkan maksiat' (targhib wa tarhib), ianya dikira tidak menyalahi disiplin ilmu hadith seperti yang  kita sebut sebelum ini. Kerana itulah tokoh-tokoh hadith seperti  Imam al-Hafiz Al-`Iraqi (w. 806)  dan Imam al-Hafiz al-Zabidi (w. 1205) ketika menyemak satu persatu hadith-hadith dalam Ihya mengatakan bahawa Ihya' secara keseluruhannya sebuah kitab tasawuf yang cukup hebat walaupun di sana ada hadith-hadith dhaif. Bahkan mereka ini, seperti Zainuddin al-Iraqi, Ibn Hajar, al-Zabidi dan ramai lagi turut mengarang Syarah berjilid-jilid kepada kitab Ihya yang hanya empat jilid.  Imam al-Safadi turut mengatakan bahawa kritikan terhadap Ihya hanya kerana di sana ada hadith-hadith dhaif tidak boleh diterima kerana kriteria ketat untuk hadith hanyalah dalam hal-hal Aqidah dan Fekah sepertimana disepakati majoriti ulama. Adapun dalam hal-hal tasawuf, akhlak atau etika, maka kelonggaran diberi di sana.

Tuduhan bahawa Imam al-Ghazali tidak belajar ilmu hadith  juga adalah tuduhan biadap yang pernah kita dengar berlegar di dalam masyarakat kita hari ini.  Ianya tidak benar samasekali, walaupun kepakaran Imam al-Ghazali lebih menonjol dalam bidang Tasawuf, namun kita tidak boleh nafikan bahawa beliau juga pernah mendalami ilmu hadith.  Ibn 'Asakir  turut menyebut bahawa Imam al-Ghazali pernah belajar Sahih Bukhari dari Imam Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi. Manakala guru-guru hadithnya yang lain ialah seperti Imam Nasir ibn 'Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, pakar hadith Imam Abu al-Fityan 'Umar ibn Abi al-Hasan al-Ru'asi al-Dahistani dan  ramai lagi. Wallahu'alam.

 

(Sumber: http://roskiman.com/blog/2012/07/20/imam-al-ghazali/)

http://fitrahislami.wordpress.com/2013/01/13/hujjatul-islam-imam-al-ghazali-rahimamullah-di-kritik-hebat-oleh-golonga-anti-tasauf/


Jika tidak berpuas hati kupasan lebih jelas boleh anda baca di sini



Antara petikannya :

Bukankah Imam al-Ghazali cukup terkenal sebagai seorang faqih (ahli fiqh)? Sudah tentu beliau mahir berkaitan fiqh al-hadith, atau ilmu dirayah al-hadith. Beliau tentunya memiliki ilmu yang cukup berkaitan hadis-hadis ahkam. Oleh sebab itu, beliau mampu menghasilkan kitab-kitab fiqh yang menjadi rujukan muktabar dan diiktiraf oleh para ulama, khususnya dalam mazhab al-Syafi'i.


[*Berhubung ilmu hadis riwayah dan dirayah, saya mengikut pembahagian kebanyakan ulama, namun dengan takrifan al-Muhaddith Sayyid 'Abdullah al-Ghumari dalam Tawjih al-'Inayah, yang turut disepakati Prof. Dr. Abu al-Laith al-Khair Abadi. Iaitu ilmu riwayah al-hadith berkaitan para perawi dan riwayat mereka, manakala ilmu dirayah al-hadith hanya berkaitan matan hadis. Berlainan dengan Dr. Muhammad 'Aqil al-Mahdali yang mengikut pembahagian Prof. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Latif]


Justeru dengan ini, kita dapat lihat Imam al-Ghazali mengetahui tentang dua cabang utama ilmu hadis, iaitu ilmu riwayah al-hadith dan ilmu dirayah al-hadith. Adapun kata-kata Imam al-Ghazali dalam Qanun al-Ta'wil (hlm. 30): "Dan barang bekalanku dalam ilmu hadis adalah sedikit". Saya berpendapat ianya adalah dalam nada tawaduk dan merendah diri, apatah lagi kerana beliau berani mengisytiharkan dirinya begitu. Dalam erti kata lain, beliau menganggap dirinya bukanlah seorang imam dalam ilmu hadis sebagaimana imam-imam hadis yang tersohor di zamannya ataupun di zaman sebelumnya. Namun, ini tidak bermakna beliau langsung tidak mengetahui ilmu hadis.


Antara imam-imam hadis di zamannya atau di zaman sebelumnya, iaitu sekitar kurun kelima hijrah ialah al-Hakim (w. 405H), Abu 'Abd al-Rahman al-Sulami (w. 412H), Tammam al-Dimasyqi (w. 414H), al-Lalika'i (w. 418H), Hamzah al-Sahmi (w. 427H), Abu Nu'aim al-Asbahani (w. 430H), al-Mustaghfiri (w. 432H), Abu Zar al-Harawi (w. 434H), al-Khallal (w. 439H), Abu 'Amru al-Dani (w. 444H), al-Qudha'i (w. 454H), al-Bayhaqi (w. 458H), Ibn 'Abd al-Barr (w. 463H), al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H), Abu al-Qasim Ibn Mandah (w. 470H), al-Baji (w. 474H), al-Sam'ani (w. 489H), al-Ruyani (w. 501H), al-Daylami (w. 509H) dan lain-lain.


Maka, dakwaan bahawa Imam al-Ghazali tidak mahir hadis perlu disemak semula. Kerana hakikatnya, ia bukan secara umum begitu. Beliau hanya tidak mendalami ilmu riwayah al-hadith dari segi kajian sanad dan praktikalnya secara lebih mendalam, dari sudut al-jarh wa al-ta'dil dan rijal al-hadith, serta dari segi periwayatan lautan kitab-kitab hadis secara sama'/talaqqi. Barangkali inilah maksud kenapa beliau menelaah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim di akhir hayatnya, iaitu kerana ingin mendalami rijal al-hadith dalam kedua-dua kitab sahih yang agung tersebut, dan sebagai usaha permulaan bagi mendengar dan menelaah lautan kitab-kitab hadis yang amat banyak bilangannya. Sebagaimana sebahagian ulama merekodkannya di dalam kitab-kitab sanad mereka.


Jelasnya, meskipun Imam al-Ghazali bukanlah seorang imam atau tokoh besar dalam ilmu hadis, beliau dianggap masih berkeupayaan dalam ilmu hadis, riwayah dan dirayahnya.



Sent from my iPhone

Analisa Kemenangan Cikgu Mat Razi @Barisanasional di #PRkPengkalanKubo

Keputusan PRK Pengkalan Kubor mengikut Utusan Malaysia sms alert :

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperolehi 9,961 undi

calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan 7,326 undi dan

Bebas, Aizat Bukhary Ismail Bukhary pula mendapat 38 undi.

Undi rosak 230.

Jumlah yang keluar mengundi adalah 73 peratus.


Analisa :

Pada PRU 13 Allahyarham Dato Nor kZahidi menang apabila mendapat 10,174 undi dengan majoriti 1736 undi.

Dengan 2635 undi majoriti, Ini bermakna Cikgu Mat Razi telah mendapat pertambahan majoriti sebanyak 899 undi walaupun peratusan mengundi hanya 73% tidak seperti PRU yang lalu iaitu 78.94 %

Undi rosak juga berkurangan dari 344 kepada 230 undi. Mungkin perpaduan kalangan Umno yang semakin baik dan penyokong atas pagar kini telah memihak kepada BN dan tidak lagi merosakkan undi menjadi faktor penyebab ini.

Faktor calon dan juga Allahyarham Dato Norzahidi disamping kemelut Pakatan Rakyat menyebabkan undi beralih arah kepada BN.

Calon PAS yang didatangkan juga didapati gagal menunjukkan ketokohan beliau apabila hanya menjawab soalan wartawan dengan dibantu EXCO Kelantan hingga terbongkar dalan cawan.

Lebih jauh beliau dikhabarkan pro Anwarinas dalam PAS !!

Kemenangan selesa ini juga boleh jadi kerana PAS mungkin berpecah dari dalam antara penyokong Hj Hadi dan Anwarinas kerana calon yang ditampilkan tidak setanding dengan calon BN yang membawa imej warak sebagai pengasas pondok dan digelar ustaz.

Mengikut ayahanda panglima yang juga pernah mengajar bersama beliau sejak dahulu cikgu Mat Razi seorang yang baik dengan semua orang. Faktor inilah menjadi magnet yang membuka hati rakyat untuk memilihnya menjadi wakil mereka di Pengkalan Kubor.

Walaupun dikecam oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Nasarudin Daud kerana imej ustaz yang dihina oleh beliau namun pengundi tetap menyatakan pandangan mereka dengan memberi kepercayaan kepada Cikgu Mat Razi sebagai tanda simpati.

Faktor lain ialah pengaruh beberapa pondok di Pengkalan Kubor mengikut rakan saya yang meninjau dari dekat perjalanan PRK di sana mungkin menjadi penambah perisa kemenangan. Tidak silap beliau menyebut ada enam buah pondok di dalam DUN Pengkalan Kubor.

Semua tahu PRU lalu isu Tok Guru Abdullah Saamah di Pondok Geting menjadi tumpuan seluruh negara kerana berani melawan Nik Aziz yang pro wahabi dan kali ini pondok pondok di Kelantan menggunakan peluang untuk membalas jasa BN memperjuangkan isu mereka, membela nasib mereka dan menyokong Ahlu Sunnah Wal Jamaah sehingga ia menjadi titik perubahan pemikiran tuan tuan guru pondok di sana.

Kunjungan TPM Tan SRI Muhyiddin juga memberi aura kemenangan kepada BN terutama ketika melawat kawasan pondok dan sekolah agama semasa kempen bantu calon BN di sana.

Maka tidak pelik dari lima saluran menang PAS kini hanya mampu menang satu PDM sahaja mengikut info yang diterima.

PAS kini wajar menilai kembali kekalahan ini dan mereka juga wajar memikirkan apakah ada lagi ruang untuk PAS terus membiarkan ahli mereka diperkuda PKR DAP selepas dihina dan dicaci dalam krisis MB Selangor yang menyaksikan PAS menolak Presiden PKR isteri Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah dan meletakkan Azmin sebagai calon MB.

Fikirlah..


Keputusan PRU 12 dan 13 untuk rujukan

Analisa Kemenahan Cikgu Mat Razi Dengan Majoriti Lebih Besar #PRKPengkalanKubor

25 September 2014

Biar Kanak-Kanak Kempen dan Insiden Pijak Bendera BN Dikesali #prkpengkalankubor

Blog2 Pakatan Hentam Zuraidah @YBZ99 Hina PAS Isu Exco Selangor



Kenyataan YB Zuraidah mengenai kerusi Exco PAS ialah : 





Blog Anak Sungai Derhaka, sebuah blog yang popular kalangan pembaca blog politik yang pro pembangkang menghentam kenyataan YB Parlimen Ampang Zuraidah yang membuat kenyataan berkenaan Exco baru Selangor yang mengguris penyokong PAS yang membacanya.


Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Zuraida perlu gunakan otaknya untuk berfikir dalam kerangka yang lebih besar dan jauh kehadapan..

Bukannya bercakap dengan perasaan dendam yang masih belum padam..

Apa yang penting sekarang ialah perbetulkan semua kesilapan dan rapatkan kembali keretakan yang telah berlaku..

Bukannya membalas dendam!!




seterusnya :



Tapi persoalan utamanya ialah layakkah Zuraida ini memberikan nasihat kepada Azmin?

Semasa pemilihan 2014 dia berada dalam kem Azmin menjadi penyokong tegar kepada Azmin, kemana Azmin pergi adalah dia.. Apa saja Azmin kata dialah yang akan bersungguh-sungguh mempertahakannya..

Tiba-tiba dia membuat kejutan dengan melarikan diri meninggalkan Azmin menyokong Wan Azizah pulak sebagai Calon Menteri Besar..

Membacakan kenyataan media yang dikatakan telah ditukar yang dibuang nama Azmin dari senarai calon Menteri Besar dari PKR itu..

Sekarang bila Azmin dah diperkenan oleh Sultan sebagai Menteri Besar.. dia kembali nak menyokong Azmin pula... macam lalang la lu...



Baca selanjutnya di blog tersebut http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/09/zuraida-sepatutnya-berfikir-sebelum.html


Sebuah blog lain juga mengutuk Zuraidah iaitu blog Ameno World http://www.amenoworld.net/2014/09/zuraidah-desak-hadi-mohon-maaf-pas.html yang pro PKR




Beliau menulis dengan lebih keras :

Zuraidah katakan Hadi perlu minta maaf pada DSWA kerana menghina wanita itu.

Apa yang Hadi hina? Hadi tidak hina. Ia adalah pendapat peribadi dia tentang kredibliti, kemampuan dan kelayakkan DSWA berkaitan pentadbiran negeri.

Dia beri ulasan berdasarkan pemerhatian dia bahawa DSWA tiada ketokohan sebagai ketua pemimpin negeri. Gunakan perkataan yang betul untuk mengambarkan situasi. Jangan main petik sebarangan aje. Orang beri pendapat dikata hina. Orang berdoa sambil mengulas masalah dituduh melaknat. Kita cipta fitnah. Dan kita nak sakit ahti atas fitnah yang kita cipta. Betul ke kita neh? Macam sakit otak aje aku tengok. 

Yang sebenarnya si Zuraidah neh melebih2. Oleh kerana DSWA sendiri menerima kritikan tersebut, secara terbuka, berlapang dada, buat kenyataan media, maka tindakan Zuraidah, bahkan Tony Pua sekalipun akan ditafsirkan sebagai tindakan membodek.



Di twitter juga penyokong PAS seperti PAS kawasan SIK turut menghentam Zuraidah

sila klik https://twitter.com/pemudapassik/status/514967519870734336

Kenyataan berbunyi :

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik mendesak YB Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR,berhenti menekan Presiden PAS kami.....Jangan cuba mencari kesalahan Presiden PAS kami.



Ia turut disokong oleh pengguna twitter yang lain :


x suka zuraidah,gelojoh bila kuar sttmnt



Kenapa puaka sangat mulut Zuraidah ni..



Panglima nampak perpecahan makin ketara dalam Pakatan. Akibat Anwar Ibrahim mahu menguasai Selangor maka banyak perpecahan yang berlaku. Bagi kita perpecahan musuh politik adalah satu keuntungan namun kita juga bersimpati kepada rakan yang menyokong PAS PKR yang telah kerugian masa dan tenaga mereka menaikkan manusia seperti Zuraidah atau Anwar atau Azizah sehingga negara menjadi kucar kacir dan huru-hara.


Semoga rakyat akan kembali sedar dan PAS juga akan mendapat petunjuk Allah lalu keluar dengan segera dari Pakatan untuk berjuangan seorang diri atau dengan membantu UMNO/BN memerintah negara untuk kebaikan semua.



Cari Blog Ini

Translate