Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 April 2015

Kedah Tiada sebaran fahaman Wahabi @ Syiah - Sinar Harian

Tiada sebaran fahaman Wahabi - Nasional - Sinar Harian

Tiada sebaran fahaman Wahabi - Nasional - Sinar Harian

Mohd Rawi Abd Hamid
Mohd Rawi Abd Hamid

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah komited mengekang penyebaran fahaman yang menyimpang dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Exco Agamanya, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, ia termasuk sebarang aktiviti berkaitan fahaman Syiah dan Wahabi.

"Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan mendapati fahaman Wahabi tidak diamal atau disebarkan di negeri ini.

"Malah setakat ini, Jaik tidak menerima sebarang laporan atau aduan mana-mana pihak berkaitan fahaman itu," katanya ketika menjawab soalan lisan oleh Ahmad Yahya (Pas-Alor Mengkudu) mengenai penyebaran fahaman Wahabi di Kedah pada sidang Dun, hari ini.

Beliau berkata, Jaik bersama Jabatan Mufti Kedah memandang serius perkara itu dan mengambil pelbagai langkah penerangan serta pemahaman melalui beberapa medium penyampaian yang bersesuaian.

"Setakat ini tidak berlaku penyebaran fahaman Wahabi di Kedah dan ia tidak menjadi punca yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya, mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda dan penjara berdasarkan undang-undang sedia ada.

 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate